*********
Alice Aikawa merupakan pelajar dari smk Hitomori yang pernah menjadi buah bicara masyarakat.
Bukan terkenal kerana semua pelajar mendapat straight A+ atau dapat memasuki pertandingan peringkat antarabangsa.
Smk Hitomori ini pernah digemparkan dengan kematian seorang gadis.
Kematian yang sungguh mengerikan dan mampu menghantui sesiapa sahaja yang menbicarakan hal tersebut.
Dan Alice Aikawa merupakan salahsatu pelajar yang tidak mahu terbabit dalam hal tersebut.
"Koranggg! Aku dengar citer ada budak baru nak masuk sekolah kita" Erni membuka cerita.
Alice mengerling kearah erni yang terjerit-jerit di muka pintu.
"seriusla" jawab para murid yang lain.
Mereka semua peramah, suka bergurau, aku pun teringin nak berborak dengan mereka. Menjadi sebahagian dengan mereka.
Tapi apakah daya, aku tidak mampu dan tiada bakat untuk membuka perbualan dengan seseorang.
Mungkin kerana aku bisu, jadi aku tiada pengalaman untuk berborak dengan seseorang. Apatah lagi mempunyai kawan.
Yang aku mampu hanya mendengar dan tersenyum apabila mereka membuat jenaka sesama sendiri untuk menghiburkan hati.
"Alice!aku rasa kau mesti rapat ngan dia nanti!" entah sejak bila erni mendekati aku dan memekik kuat di sebelah telinga aku.
Heih, nasib baik aku bisu. Kalau tak, dah lama aku carut menyumpah-nyumpah 7 keturunan korang.
Aku terkejut kerana suara Erni agak kuat ketika itu.
Aku berbisik dalam hati ' dah kenapa anak dara ni...? '
Tetapi aku tetap gagahkan diri untuk teruskan perbualan ini. Tangan aku pantas mengambil sebuah buku dan mengoyak sekeping kertas.
Lalu tulis 'kenapa?'
"Sebab...."semua pelajar memberi perhatian kepada Erni.
Aku hanya bersabar dan menunggu akhir kata erni.
Aku harap dia takdalah niat nak menyakat aku.
"Sebab dia pon sama spesis macam kau,hahaha!!!"Erni ketawa berdekah-dekah diikuti oleh murid lain.
Ah dah agak.
Aku cuma tersenyum bukan kerana rasa lawak tapi aku cuba sorokkan perasaan aku yang mahu menangis ketika itu. Sejujurnya, aku taknak mereka terasa.
Tiba-tiba seorang murid berlari masuk dalam kelas
"Wey!!!duduk tempat masing-masing cepat!cikgu datang"
Semua murid menggelabah mengambil tempat masing-masing
Aku juga cuba pura-pura sibukkan diri dengan mengemas barang, buat² bersedia.
Padahal dalam hati, dah berkecai.
kelihatan seorang cikgu masuk ke kelas diikuti oleh budak baru.
"Baiklah semua,sila beri perhatian,Erika kamu boleh kenalkan diri" cikgu itu memandang kearah pelajar baru itu.
Budak baru itu masih memandang kearah kami sambil tersenyum, Dia tak dengar ke?
Budak baru itu mengeluarkan buku nota kecik didalam poketnya selepas cikgu menyentuh bahunya.
Mungkin budak itu sedang berangan atau..
Dia memang pekak?
Muka surat pertama diselak.
