Puasa??? 6 (Berbuka)

1.7K 75 0
                                    

.
.
2:45 p.m.

Semua ejen di ruang legar kerana mereka semua merancang membuat kerja sekolah bersama-sama. Di tambah lagi mereka kan tingkatan 3. Jadi, kerja kursus sejarah dan geografi mestilah banyak. Ada yang buat secara senyap seperti Iman, Alicia, Nadia, Izah, Rudy, Khai Nazim dan Chris. Ada juga yang buat kerja dengan berbincang tapi bising. Iaitu Mika, Roza, Roha, Moon, Jet dan Bulat. Tapi ada juga yang buat sambil dengar lagu guna headphone iaitu Zass dan Ali. Sedang sibuk membuat kerja............

Bulat: Erm......boleh tanya tak? Hari ni, berbuka masakkan apa?

Semua ejen muda yang tadi buat kerja terus memandang Bulat. Kecuali Zass dan Ali yang sibuk buat kerja dan mendengar.

Jet: Kau ni Bulat. Belum jejak pukul 4 dah tanya pasal masakkan.
Bulat: Ala. Aku tanya je.

Semua ejen muda perempuan menatap satu sama lain.

Roza: (Menggaru kepala) Kitaorang pun tak tahu nak masak apa.
Iman: Hm........biasanya sekarang kami tahu nak masak apa. Tapi hari ni.........

Hening...........🐤🐤🐤🐤🐤

Moon: Apa kata kita suruh lelaki masak pula.

Semua ejen perempuan tersenyum, tapi bukan bagi lelaki yang dah buat muka malas. Rudy hanya buat muka biasa dah terus buat kerja krususnya.

Mika: Bagus juga idea kau Moon. Hari ni lelaki masak.
Roha: Aku pun sokong.
Chris: Aku tak sokong.
Nazim: Korang suruh kitaorang masak. Meletoplah alamatnya.

Semua ejen perempuan hanya roll eye. Ini lah lelaki, berlagak hebat dalam berlajarlah, sukanlah dan banyak lagi. Kalau bab masak mesti fail. Izah menyiku lengan Iman dan menujuk ke arah Rudy yang sibuk buat kerja tanpa menghirau kawan-kawannya. Iman faham.....................

Iman: Rudy~
Rudy: (Angkat satu alis)
Iman: Hari awak masak dengan mereka heh. Boleh lah~~~(Puppy eye)
Rudy: (Cair) Erh..........

Semua ejen perempuan dah ketawa kecil. Manakala lelaki dah berzikir dalam hati supaya Rudy tak setuju.

Rudy: Erh......(Mengeluh) Kalau Ali on. Saya pun on.

Rudy sambung buat kerja. Perempuan dah ubah tumpuan ke arah Ali dan Zass yang sibuk buat kerja tanpa menghiraukan yang lain.
Alicia cuba memanggil Ali.

Alicia: Ali.
Ali: (Still buat kerja)
Alicia: Ali!!
Ali: (Still buat kerja)
Alicia: Ish! Pekak ke apa dia ni. Ali!!
Ali: (Still buat kerja)

Alicia dah mula bengang dengan Ali yang dari tadi tak menghiraukan panggilannya. Ejen lain dah mula ketawa kecil. Alicia terus membaling pemadam tepat ke muka Ali. Ali terus memandang Alicia dan menurun headphonenya, termasuk Zass.

Ali: Kenapa ni Alicia?
Alicia: Kenapa? Aku panggil kau banyak kali. Kau tak dengar.
Ali: Ala. Jangan marah. Aku buat kerja krusus kan. Lagi satu aku pakai headphone, mana dengar.
Alicia: Tak ada. Kau harus kena denda. Kau harus memasak hidangan berbuka dengan ejen lelaki yang lain hari ni juga.

Ali mengakat satu alis, kemudian memandang kearah ejen lelaki yang buat muka malas dan ada juga yang menggeleng. Cuma Rudy je yang buat kerja.

Ali: Erm..........boleh je.

Semua ejen perempuan high-five beramai-ramai. Ejen lelaki dah buat muka pasrah.

Skip......

Tepat pukul 5:30 p.m. semua ejen lelaki berjalan ke kafe akademi dengan muka malas. Tapi bukan Rudy, Ali dan Zass. Ejen perempuan hanya ketawa kecil melihatnya.
.
Di dapur kafe akademi, Ali, Rudy dan Zass menggeledah serta melihat rempah, sayur dan bahan yang boleh di masak. Ali jumpa ayam yang agak banyak, Rudy ketemu nasi dan Zass jumpa rempah serta cili. Ali tersenyum lalu berbincang bersama-sama. Ali, Nazim dan Jet potong ayam. Rudy, Bulat dan Chris basuh ayam yang dah di potong. Zass dan Khai potong sayur-sayuran.

Skip......

Mentor dan ejen muda perempuan telah bersedia di meja makan di kafe akademi. Bahu aroma masuk terhidu dari dalam dapur kafe akademi. Tak lama kemudian para ejen lelaki muda membawa pinggan dan di letakkan dihadapan setiap ejen. Mata mereka berbinar melihat Nasi Ayam yang nampak lazat di depan mata mereka.
Masa berbuka puasa, mereka pun makan.

Roza: Hm~~Sedapnya.
Nadia: Boleh tahan.
Bakar: Hebatlah korang. Tak tahu pula korang boleh masak.
Chris: Hehe. Itu terima kasih kepada Ali, Rudy dan Zass yang ajar cara nak masak.
Mika: Oh. Zass pun pandai masak.
Geetha: Diam-diam ubi berisi.
All: Haha.

End......

SORRY HAVE TYPO
JANGAN LUPA TEKAN 🌟

Ramadhan With Ejen Ali And Friends (2020+COMPLETE)Where stories live. Discover now