Tengku Adrean segera berdiri, iPhone miliknya disimpan kedalam poket seluar sebelum melangkah menuju ke bilik meeting seperti tiada apa yang berlaku. Muka dingin nya mula memainkan peranan setelah keluar dari pejabatnya.

"Kau nak berkahwin? Dengan jantan mana pula kau buat benda tak elok kali ini? " Tuan Rizal memandang tajam kearah anak perempuannya.

"Nama dia Adrean papa, Rania tak buat benda yang papa fikirkan itu, Rania masih ada maruah diri" Perlahan saja Rania bersuara, dia tidak mahu mengundang kemarahan Tuan Rizal. Ketiadaan Puan Suria dan Suraya di rumah itu benar-benar melegakannya, jika tidak pasti keadaan akan menjadi lebih rumit dari sekarang.

"Jadi kenapa kau datang berjumpa dengan aku?" soal Tuan Rizal walaupun dia sudah tahu tujuan anak gadisnya itu.

"Rania nak minta izin papa, dan Rania harap papa boleh walikan Rania nanti" senyuman tawar diberikan kepada papanya.

"Hahaha, Rania-Rania, apa yang membuatkan kau fikir aku akan setuju dengan pernikahan kau, aku dah cakap, aku tak ada anak yang memalukan macam kau, dan aku tak akan walikan kau" Tegas Tuan Rizal dengan nada sinis.

"Tapi papa.."

"Aku kehilangan isteri kesayangan aku disebabkan kau, hidup aku terseksa selepas Ameliya meninggal, jadi jangan ingat aku akan biarkan hidup kau bahagia, kahwin? Kau tak layak untuk rasakan kebahagiaan berumah tangga. Kau perlu rasa apa yang aku rasa Rania, sekarang keluar dari rumah ni."

Mendengar nama arwah mama nya disebut membuatkan Arisa Rania kembali dihantui rasa bersalah.

"Rania minta maaf" perlahan air mata mengalir di pipi nya. Arisa Rania segera bangun untuk beredar, sebelum amarah papa nya semakin memuncak lebih baik dia keluar dahulu.

"Ingat Rania, selagi aku tak bahagia, kau tak akan bahagia" kata-kata terakhir Tuan Rizal membuatkan Rania tersenyum tawar.

"Macam mana Cik Rania? Tuan Rizal setuju ke? " soal Kevin apabila melihat wajah sedih Arisa Rania.

"Macam mana awak tahu nama papa? " soal Rania kehairanan, rasanya dia tidak pernah memberitahu sesiapa tentang nama papa nya.

"Hehe, Tuan Muda? " Kevin menggosok belakang lehernya dengan sengihan kecil.

Mendengar nama itu, Rania hanya mengangguk perlaha. Kalau orang itu Tengku Adrean tak mustahil lelaki itu akan mencari maklumat latar belakangnya.

"Jadi macam mana?" soal Kevin lagi namun Rania hanya menggeleng perlahan.

"Dia tak akan walikan saya disebabkan dendam yang sama" Rania tersenyum tawar kearah Kevin.

"Jangan risau, saya pasti Cik Rania akan tetap berkahwin dengan Tuan Muda, saya berani jaminlah!" semangat Kevin bersuara sambil membukakan pintu untuk Arisa Rania.

"Yakin nya awak" Rania tergelak kecil melihat telatah Kevin.

"Mestilah saya yakin, sebab lelaki yang akan Cik Rania kahwin adalah Tengku Adrean Ruiz, never underestimate him" Yakin Kevin bersuara.

"Tapi, wali.."

"Papa Cik Rania taknak jadi wali disebabkan alasan yang tidak munasabah, jadi mengikut syarat-syarat yang di tetapkan dalam agama kita, Cik Rania boleh gunakan wali hakim sebagai wali nanti" jelas Kevin.

Rania memandang kearah Kevin dengan wajah tidak percaya.

"Cik jangan pandang rendah pada saya, walaupun muka handsome saya ni nampak jahat, saya masih tahu pasal agama hehe"

Kata-kata Kevin sekali lagi membuatkan Arisa Rania melepaskan ketawa kecil. Entah kenapa dia berasa lega.

Tengku Adrean melangkah keluar dari Lamborghini Huracan miliknya, dia baru saja pulang dari Royal Airline, kelihatan mangsanya sedang menjemur pakaian, siapa lagi kalau bukan Arisa Rania.

Gadis itu memang rajin, sudah dilarang berkali-kali oleh Datin Roselle agar membiarkan saja kerja-kerja di Mansion itu dilakukan oleh maid yang bertugas, malangnya gadis itu masih berdegil katanya bosan jika hanya duduk sahaja.

Apabila melihat Rania begitu tekun dengan kerjanya, mula timbul idea jahat didalam kepala otaknya yang cerdik lagi pandai maha smart untuk mengenakan mangsanya. Dengan langkah perlahan dia mendekati tubuh itu.

One

Two

Three

"Kau buat apa?! " sergah Tengku Adrean Ruiz dengan suara yang lantang.

Arisa Rania yang sedang menjemur pakaian itu terus melatah apabila di sergah secara tiba-tiba.

"Oh bapak kau harimau! Ish apa awak ni?!" marah Arisa Rania

"Oh, kau dah berani marah aku sekarang"

"Haruslah, lepas kahwin nanti dah tak boleh marah-marah awak, berdosa pula karang tak pasal-pasal awak murka dan saya pun jadi isteri derhaka"

Tengku Adrean sudah mengerutkan keningnya mendengar kata-kata gadis itu.

"Apa yang kau bebel kan ni, oh, kau tak sabar nak kahwin dengan aku eh" kata lelaki itu sambil tersenyum senget.

Memerah muka Arisa Rania mendengar usikan Tengku Adrean.

"Ish! tepila bapak rimau"

"What? kau panggil aku apa?" membulat mata Tengku Adrean yang terkejut dengan gelaran yang diberikan kepadanya. Dia semakin mendekati tubuh itu.

Arisa Rania yang perasan bahawa lelaki itu akan mengamuk terus sahaja berlari masuk kedalam.

"Mummy tolong! Ada bapak rimau mengamuk"

"Kau nak pergi mana hah?! Mari sini kau! " Tanpa menunggu lama Tengku Adrean membuka langkah untuk mengejar gadis itu sebelum dia perasan akan pandangan pengawal-pengawal mansion yang sedang memandang pelik ke arahnya, ada juga yang tersenyum.

Segera dia berdehem sebelum berjalan seperti biasa untuk masuk ke dalam.

'Aduh jatuh martabat beta, kau tunggu lepas kahwin Rania memang aku buli kau cukup-cukup'



"Kau boleh jalan cepat sikit tak? Terkedek-kedek macam mak itik"

Terlopong Arisa Rania mendengar gelaran mak itik itu.

'Amboi balas dendam nampak bapak rimau ni'

"Yalah tak nampak ke saya dari tadi berlari ikut awak ni jangan la buka langkah besar sangat penat tahu tak nak kejar" Rania memandang geram kearah Tengku Adrean yang agak jauh kedepan. Bukaan langkah Tengku Adrean dipandang dengan wajah tidak puas hati.

'Ceh, selangkah dia, tiga langkah aku' rungut Rania didalam hati.

"Kau tu yang pendek jalan terkedek-kedek, kalau macam ni tahun depan baru kita habis beli barang kahwin tahu tak? " bebel Tengku Adrean lagi, pandangan sinis diberikan kepada bakal isterinya itu membuatkan gadis itu menjeling tajam kearahnya.

'Dia tu yang tertelan galah masa kecil salah kan kita pulak yang pendek'

"Mengutuk dalam hati la tu" kata Tengku Andrean lagi.

"Memang pun" laju saja mulut gadis itu membalas. Dengan lelaki itu memang menguji kesabaran nya, hilang sifat lemah lembut nya bila berhadapan dengan Tengku Adrean.

Tengku Adrean hanya tersenyum melihat telatah gadis itu yang jelas tidak berpuas hati dengan nya.

Mi Esposa (TERBIT)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant