"Hai akak comel. Girlfriend abang Fitri eh?" Dia tersenyum manis, ada makna tau senyuman dia.

"Hehe iya" Aku mengangguk.

"Akak tak sedih ke abang Fitri nak pergi? Hm mestilah sedih kan. Nanti akak mesti rindu abang Fitri yang gila tu" Dia sudah tergelak.

"Ada-ada je la" Aku tersenyum hambar sambil memandang wajah Fitri. Dalam masa yang sama, dia pandang aku! Ops kantoi usha dia pula. Fitri hanya mengenyitkan matanya dan aku terus mengalihkan permandangan aku.

Seusai membaca doa selamat. Tetamu menjamah makanan yang ada. Aku? Aku hanya melihat. Tunggu semua reda sikit.

Lupa pula, budak kecil tadi nama Amani. Comel je dia, hitam manis. Amani memandangku dan berkata "Kak Yan, jom kita makan nak? Amani lapar. Kak Yan teman Amani ambilkan makanan"

Aku hanya mengangguk dan pergi mengambil makanan bersamanya.

Fitri memandang aku, ha mulalah tu mengusik. "Ehem ehem. Ada adik baru nampak" Fitri terus gelak.

Aku menjelingnya. Jahat!

Selepas teman Amani makan, dia pulang. Aku keseorangan balik. Fitri cepatlah teman makan hm.

Fitri masuk lalu membawa bihun sup. Aku menunjukkan muka comel kepadanya. "Ha nak la tu kan kan" Ujar Fitri.

"Hehe nak. Abang suap tau" Saja nak manja-manja hehe.

"Iyela budak" Fitri akur dengan permintaan aku.

Selesai majlis, aku menolong kemas kerusi dan meja namun dihalang oleh emaknya.

"Dah la tu Yan. Kamu mesti penat. Esok nak sekolah lagi. Meja, kerusi tu tak apa. Nanti biar abang Fitri buat" Kata emak Fitri.

Aku terus memberhentikan pergerakan aku. Aku akur. Memang badan terasa letih.

"Jom sayang. Abang hantar balik"

Aku mengikut Fitri sampai ke kereta. Aku membaringkan badan tanpa sedar aku sudah terlena. Penat sangat! Aku tidur tapi aku dengar apa yang Fitri cakap. Ha macam mana tu?!

"Sayang oo sayang" Panggil Fitri.

Tiada jawapan.

Fitri melihat aku sudah pun terlena. Fitri mengusap kepalaku yang berlapikkan tudung lalu dia berkata "Ala, kasihan dia. Penat sangat la tu" Lalu, Fitri pun......

Fitri!!!! Sampai hati!!!!

Lalu Fitri pun mencium ubun-ubun kepalaku yang berlapikkan kain tudung. Aku hanya mendiamkan diri.

Apabila sudah sampai di hadapan rumah aku, Fitri hanya berdiam diri. Mungkin tak sampai hati nak kejut kot tapi dah lewat. Fitri terpaksa kejut aku juga.

"Sayang, bangun sayang. Dah sampai ni" Kata Fitri sambil menggosok kepalaku.

Aku terasa baring atas bantal. Rupanya aku tertidur di bahu Fitri. Tenang dan selesa.

Aku menggosokkan mata dan keluar. Sebelum keluar aku sempat mengucapkan terima kasih. Iloveyou!

✨✨✨✨✨

Hari demi hari, Fitri yang mengambil dan menghantar aku ke sekolah. Budak sekolah mesti tengok macam beruk baru keluar hutan. Macam tak pernah tengok orang. Maybe mereka ingat aku ni selekeh, siapa je nak kan. Argh! Tak kisah.

Selepas balik sekolah, Fitri membawa aku pergi makan baru hantar pulang ke rumah. Petang, kami keluar pergi joging.

Begitulah rutin kami. Sungguh aku tak sanggup nak berjauhan. Aku rapat dengan dia. Dengan siapa aku nak mengada-ngada lepas ni? Aku kembali sedih.

I Love You, Abam Polis❤️Where stories live. Discover now