"Tapi sekarang I dah keguguran. Please jangan beritahu Ilhan. I taknak dia tinggalkan I. Sampai masanya nanti I akan beritahu dia sendiri"  balas Alina sambil memegang sekejap tangan Rudi.

"Suka hati youlah. I taknak masuk campur. Sekarang you dah tahu Ariq tu suami orang, I harap you dapat lepaskan dia"  ujar Rudi. Dia bangkit sebelum memegang bahu Alina sekejap.

"I tahu you sayangkan Ariq. Dan you kena tahu juga, tak semua yang kita sayang akan jadi milik kita"  tambah Rudi. Dia senyum nipis.

"I sedar I dengan Ilhan tak berjodoh. I akan cuba lepaskan dia"  balas Alina seraya turut senyum. Rudi mengangguk lega dan meninggalkan Alina.

'Lepaskan Ilhan? Never! He is mine and always be mine!'  bentak Alina apabila susuk tubuh Rudi hilang dari pandangannya.

Tak semudah itu Alina akan melepaskan Ariq Ilhan. Apa yang sudah jadi miliknya akan tetap jadi miliknya!




AQIL tersadai disofa panjang. Diurut perlahan bahunya yang terasa lenguh. Sejak Ariq mengambil cuti semingu, Aqil yang menguruskan semua hal syarikat.

Husna datang mendekati suaminya dari arah dapur.

"Kasihan dia penat sangat ya?!"  tegur Husna mesra. Dia menghadiahkan segaris senyuman buat suami tercinta.

Perlahan tangannya naik mengurut bahu Aqil. Terasa hilang semua lenguh-lenguhnya bila melihat senyuman isterinya. Ditambah lagi dengan sentuhan hangat isterinya sememangnya aktiviti kegemaran Aqil.

"Mana Hafiey?"  soal Aqil seraya menarik tangan Husna perlahan agar dia duduk disebelah Aqil.

"Hafiey dah tidur. Lepas Husna bagi makan tadi, bagi minum susu terus tidur"  balas Husna.

Mata Aqil tertancap pada bibir Husna yang pucat. Tangannya naik menyentuh dagu isyerinya.

"Husna okay ke tak ni? Kenapa pucat sangat bibir ni? Ada muntah-muntah lagi ya?"  soal Aqil prihatin. Dia sedar alahan mengandung isterinya kali ini bertambah teruk jika dibandingkan sewaktu mengandungkan Hafiey.

"Biasalah tu muntah. Nama pun orang mengandung. Abang nak air? Husna boleh buatkan"  ujar Husna sambil memegang tangan suaminya erat.

"Abang nak naik mandi dulu. Nanti kalau Abang nak air biar abang buat sendiri. Husna tidur lah dulu. Ibu mengandung kena banyak berehat"  sejurus itu dicuit lembut hidung Husna. Husna mengangguk tanda mengerti. Dia senyum melihat keprihatinan suaminya.




CUACA petang yang cerah itu menarik perhatian Nisa. Selepas siap semua kerjanya, sementara tunggu waktu shiftnya tamat, Nisa duduk di bangku di laman hospital. Nisa memerhati gelagat keluarga pesakit yang datang melawat mereka.

Dia melepaskan keluhan kecil. Andai saja ibu dan ayahnya masih hidup. Pasti dia ada tempat mengadu dan bergantung harap.

Lamunanya mati dikejutkan dengan teguran dari Doktor Haqim yang mengambil tempat dihadapannya.

"Please, Nisa. Dengar dulu penjelasan saya!"  ujar Doktor Haqim laju apabila melihat Nisa yang bersedia untuk beredar.

Nisa kembali duduk. Langsung tidak dipandang wajah Doktor Haqim.

"Perempuan yang serang awak malam tu nama dia Syakilla. Ya, dia tunang saya tapi dulu sebelum saya dapat tahu yang dia tu wanita murahan!"  terang Doktor Haqim.

"Wanita murahan?"  soal Nisa masih tidak mengerti.

"Dia nak bertunang dengan saya dan mempercepatkan tarikh perkahwinan kami semata-mata untuk menutup perbuatan tak senonoh dia tu!"   jelas Doktor Haqim lagi.

"Doktor ada bukti ke yang Syakilla tu perempuan macam tu? Doktor pernah nampak dengan mata kepala Doktor sendiri?"  soal Nisa lagi. Sengaja dijongketkan keningnya sebelah.

"Sekarang ni kenapa awak menyebelahi dia?"  ujar Doktor Haqim geram. Suaranya kian meninggi. Nisa seolah-olah memprovokasi dirinya.

"Entah. Saya cuma rasa Doktor tak tahu pun hal sebenar. Doktor cuma mereka cerita untuk mengurangkan rasa bersalah di hati doktor sebab tinggalkan dia demi saya"  ujar Nisa lalu dia bingkas bangun dan meninggalkan Doktor Haqim yang tergamam mendengar kata-kata Nisa.




NAJWA mengerling jam di dinding yang menunjukkan angka 10 malam. Daripada pagi tadi sehinggalah sekarang, tiada tanda-tanda suaminya akan pulang.

Risau sangat agaknya dengan keadaan Alina sehingga isteri di rumah diabaikan.

Drama korea kegemarannya langsung tidak menarik perhatiannya. Dia menyandarkan kepalanya di sofa. Matanya terpejam rapat. Entah bila masa dia terlelap.

Bunyi enjin kereta dimatikan, pintu utama di kuak Ariq. Pandangannya menangkap sesusuk tubuh yang sedang elok tidur dalam keadaan duduk hanya kepalanya yang disandarkan disofa.

Ariq duduk di sebelah Najwa yang sedang lena dibuai mimpi. Dipandang sekejap wajah isterinya yang sedang lena.

"Aku buntu. Aku keliru dengan perasaan aku sendiri. Tolong bagi aku masa perbetulkan semua ni. Kalau betul kau sayang aku, tolong jangan mengalah!"  luah Ariq perlahan. Dielus lembut pipi gebu milik Najwa.

Najwa yang merasakan ada sentuhan halus dipipinya lantas membuka matanya perlahan.

"Sorry Najwa tertidur dekat sini. Najwa masuk bilik dulu. Goodnight"  ujar Najwa lalu dia bangkit.

Ariq memegang kemas lengannya menyebabkan Najwa terduduk semula.

"Aku ada benda nak cakap"  ujar Ariq. Najwa hanya diam menunggu apa yang bakal Ariq sampaikan.

"Alina dah tahu pasal hubungan kita sebagai suami isteri"  sambung Ariq. Najwa hanya memandang sepi. Tiada riak terkejut diwajahnya. Orang dah lama beritahu si Alina tu tapi dia yang taknak percaya.

"Then?"  soal Najwa biasa.

"She is very mad. Aku memang dah boleh agak reaksi dia bila dapat tahu tapi aku tak sangka secepat ini dia dapat tahu"  tambah Ariq lagi.

"oh okay. Kalau dah tak ada apa-apa lagi, Najwa masuk bilik tidur dulu ya. Goodnight"  balas Najwa. Dia bingkas bangun dan menuju ke bilik tidurnya. Jelas kelihatan wajah tidak ambil peduli mengenai gadis itu.

"Aku takut dia apa-apakan kau, Najwa"  luahnya sambil memerhati langkah Najwa yang menapak ke tingkat atas.





"ABANG, janganlah buat adik macam ni! Abang lepaslah!"  jerit Syakilla apabila dia ditarik masuk ke dalam bilik abangnya. Tergamak seorang abang memperlakukan adiknya sebegitu semata-mata untuk melunaskan nafsu syaitannya.

"Kau bukannya adik betul aku. Kau kena ingat kalau tak mak ayah aku kutip kau, sekarang entah-entah kau dah jadi GRO. So apa salahnya kau bayar jasa mak ayah aku!"  balas lelaki itu sinis.

Terus tubuh Syakilla dijatuhkan ke atas katil. Laju dia membuka butang kemeja yang dia pakai. Dia menindih Syakilla yang meronta minta dilepaskan.

"Tolonglah jangan buat adik macam ni!" 

🌸B E R S A M B U N G🌸

Vote
&
Comment

🌹
"Sahabat", jarang kita jumpa.

"Pengkhianat", mungkin sebelah kita je.

Jadi, hati-hati :)

Masihkah Ada Cinta ✔️Where stories live. Discover now