35

9.3K 278 7
                                    

"Kalau dia ikhlas berkawan dengan kita, dia takkan ambil kesempatan atau memperalatkan diri kita demi kepentingan peribadi dia."

MATA Nisa dan Doktor Hanim menoleh memandang Najwa yang bergerak kecil tanda dia sudah sedar dari pengsan

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

MATA Nisa dan Doktor Hanim menoleh memandang Najwa yang bergerak kecil tanda dia sudah sedar dari pengsan.

Nisa membantu Najwa yang ingin duduk bersandar. Najwa menelan airliurnya yang terasa pahit dan sukar untuk ditelan. Dia mendongak memandang Doktor Hanim.

"How are you feel right now, Najwa?"  soal Doktor Hanim terlebih dahulu.

Najwa hanya senyum nipis dan mengangguk perlahan, "Much better, Doctor"  balas Najwa. Nisa menghela nafas lega melihat Najwa yang sudah boleh tersenyum.

"Then I need you to check on something. This"  ujar Doktor Hanim seraya menyuakan satu alat penguji kehamilan.

Najwa memandang Doktor Hanim pelik begitu juga dengan Nisa.

"Nak buat apa ni, Doktor?"  soal Najwa semula tapi tangannya menyambut perlahan alat penguji kehamilan itu.

"Just for sure. Lagipun awak dengan Ariq dah lama berkahwin kan"  balas Doktor Hanim seraya senyum manis.

"Pergi je lah cuba. Tak salah pun"  tambah Nisa. Melihat anggukan dari Najwa, Nisa membantu Najwa untuk bangun dan membawanya ke tandas.

Najwa menunggu keputusan dari alat itu dengan rasa resah. Seketika dia terlihat dua garisan yang muncul menunjukkan bahawa dirinya hamil. Najwa menahan rasa sebak. Dia tidak percaya bahawa benih suaminya sedang membesar dalam rahimya.

"Najwa, are you okay?"  soal Doktor Hanim seraya mengetuk pintu perlahan.

Najwa segera keluar dan menyerahkan alat penguji kehamilan itu kepada Doktor Hanim. Melihat Doktor Hanim yang senyum gembira membuatkan Nisa mengerti akan keputusan yang ditunjukkan oleh alat itu.

"You should tell your husband about this! Jangan lupa untuk datang hospital ya "  ujar Doktor Hanim tumpang gembira.

"Boleh tak saya nak tunggu suami saya balik dulu? Saya nak beritahu surprise ni bila dia balik outstation lagi tiga hari."  pinta Najwa. Sengaja dia membuat muka comel meminta simpati.

"Iya lah iya lah. Yang penting jangan lupa datang hospital nanti!"  balas Doktor Hanim tegas.

"Jangan risau, Doktor. Saya akan jaga dia!"  tambah Nisa. Doktor Hanim gelak kecil melihat telatah Nisa Haura.






PAGI itu Najwa langsung tidak boleh berjauhan dengan tandas. Berulang-alik Nisa memandang Najwa yang ke tandas memuntahkan segala isi perutnya.

Masihkah Ada Cinta ✔️Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt