"Tak, tak! Ariq bukan lelaki macam tu!"  omelnya sendiri. Diraup rambutnya ke belakang.

Dia meraba poket seluarnya untuk mencari telefon bimbitnya tapi tiada. Lantas dia menepuk dahi tanda baru teringat. Telefon bimbitnya tertinggal di dalam kereta.

Dia terlupa untuk menghubungi Nisa. Sudahlah dia berasa bersalah meninggalkan gadis itu sendirian, jadi dia berfikir ada baiknya jika dia menghubungi Nisa untuk memastikan dia selamat sampai ke rumah.

Laju kakinya menuju ke tempat memarkirkan kenderaan. Telefon bimbitnya dicapai.

Pandangannya teralih kepada satu beg bewarna pink yang elok terletak di tempat duduk penumpang. Ingatannya terus kepada Nisa.

"Kalau beg dia ada dekat sini, macam mana dia nak balik? "  soal Rudi sendirian.

Lantas dia terus menghidupkan enjin kereta dan memecut laju. Ingatannya terhadap Alina dilupakan begitu saja. Nisa Haura menjadi keutamaannya saat ini. Keselamatan gadis itu boleh tergugat.

Nombor Nisa pantas didial. Seketika, bunyi deringan lagu datang dari arah beg pink itu. Rudi menyelup beg dan mengeluarkan telefon bimbit milik Nisa.

"Sekali dengan handphone dia boleh tinggalkan macam tu je?!"  bebelnya sendiri. Memang lurus bendul betullah gadis itu!

Rudi semakin laju memecut. Jam dikerling menunjukkan angka 10.45 malam. Kerisauannya semakin bertambah.




NISA memandang langit. Dia berjalan di bawah sinaran bulan dan bintang. Sambil dia berjalan, sempat mulutnya bernyanyi lagu kegemarannya.

"Dah lama tak jalan jauh macam ni rasa penatlah pula"  omelnya sendiri. Dia berhenti berjalan dan mengurut pahanya perlahan. Gayanya persis seperti orang tua yang sering sakit lutut akibat berjalan lama.

"Bila nak sampai kalau macam ni!"  jerit Nisa. Dia kerling jam di tangan kirinya yang menunjukkan jam 10.40 malam.

Sebenarnya dia cuba mengurangkan kegelisahan di hatinya. Pelbagai adegan jenayah yang dia bayangkan boleh terjadi pada dirinya saat ini.

Sudahlah berjalan sendirian, pada waktu tengah malam dengan keadaan jalan raya yang lenggang menjadikan dia berfikir yang bukan-bukan. Ditambah dengan kepenatan berkerja menyebabkan dia melepaskan keluhan berat.

Tiba-tiba ada kereta yang membunyikan hon kepada Nisa. Nisa tidak menoleh langsung lantas dia melajukan langkahnya.  Dengan tidak semena-mena sebuah kereta berhenti di hadapan Nisa. Nisa telan air liur. Kelihatan seorang lelaki dalam keadaan mabuk keluar dari perut kereta mewah itu.

"Kau nak pergi mana?! Aku dah cakap kau tak boleh lari daripada aku!"  jerit lelaki itu. Dia berjalan terhuyung-hayang sambil menuju ke arah Nisa.

Nisa berundur beberapa langkah sebelum berlari tanpa arah tuju. Ya Allah kau selamatkanlah aku!

Walaupun dalam keadaan mabuk, lelaki itu laju mengejar Nisa dari belakang. Sesekali Nisa menoleh melihat lelaki mabuk itu.

"Janganlah kejar saya! Encik salah orang ni!!!"  laung Nisa sambil berlari.

Nisa menyeberangi jalan yang kelihatan lenggang itu. Nyaris-nyaris nyawanya melayang apabila terdapat satu kereta mewah yang lewat kawasan situ. Mujur sempat pemandu kereta itu memberhentikan kenderaannya.

Nisa termanggu sambil tangannya masih menutup muka. Apabila merasakan tiada apa yang berlaku pada dirinya, dia membuka mata perlahan-lahan.

"Awak!"  jerit Nisa. Dia berasa lega melihat susuk tubuh yang dikenalinya, Rudi Rayqal.  Dia segera menyembunyikan dirinya yang kecil di belakang Rudi yang tinggi apabila melihat lelaki mabuk itu masih mengejarnya.

"Hoi, itu bini aku! Pulangkan balik!"  bentak lelaki mabuk itu.

"Saya rasa Encik salah orang. Dia isteri saya."  balas Rudi bersahaja. Laju Nisa mendongak memandang Rudi dari arah belakang. Bila masa aku jadi isteri kau?!

"Oh ya ke? Aku salah orang lah ni. Sorry sorry "  balas lelaki mabuk itu pula. Dia kemudian berlalu pergi. Nisa mengintai dari celah lengan Rudi melihat ke arah lelaki mabuk yang sudah pergi itu.

Dia menjarakkan dirinya dan menghembus nafas lega. Rudi berpusing menghadap Nisa seraya memandang Nisa tajam. Nisa terkebil-kebil memandang Rudi. Marah ke risau tu?

"Kenapa awak tinggalkan beg dan handphone awak macam tu je? Nasib saya jumpa awak, kalau tak, tak tahulah apa jadi dekat awak tahu tak?!"  ujar Rudi dengan suaranya yang keras. Dipandang tepat wajah Nisa yang tunduk bila dimarah. Nisa bermain dengan jari-jemarinya sendiri.

"Sorry"  balas Nisa perlahan hampir tidak didengari. Dia pun tidak tahu mengapa dia meminta maaf.

"Masuk. Saya hantar awak balik"  arah Rudi tegas. Laju Nisa menyelusup ke dalam kereta. Bibir dicebikkan. Pandangannya masih tertancap pada jari jemarinya.

"Seatbelt, sayang!"  sengaja dileretkan sayang itu apabila melihat Nisa yang diam tidak berkutik. Nisa telan air liur sebelum memakai seatbelt.







"ABANG nak pergi tengok Alina ke? Tak boleh tunggu esok?"  Najwa memegang kemas lengan suaminya. Usai semua beg dikeluarkan, jam menunjukkan angka 4 pagi.

"Sorry. Alina need me."  balas Ariq seraya merungkaikan pautan tangan Najwa yang memegang kemas lengannya.

Kereta yang dipandu Ariq laju memasuki jalan raya.

Najwa menutup pintu dan bersandar di balik pintu. Dia terduduk lemah. Dirinya terasa lemah begitu juga dengan hatinya.

Airmatanya mengalir perlahan. Dia tidak menyangka dia akan menangis lagi kerana sikap Ariq. Lelaki itu memberinya sejuta persoalan yang tidak dapat dirungkaikan.

"Mengapa engkau memberiku peluang untuk meraih cintamu sedangkan engkau masih mencintai dia?!"  bentak Najwa marah. Dia menangis sekuat-kuatnya sambil memeluk lututnya.



🌸B E R S A M B U N G🌸



Vote
&
Comment




🌈

"Kalau betul kau cinta, tolong jangan mendua. Takut nanti ada yang menderita."


























Masihkah Ada Cinta ✔️Where stories live. Discover now