Selesai mencuci tangan serta mengemaskan lagi pakaianya tika ini , dia menuju ke pintu toilet untuk keluar .
Baru sahaja dia ingin menarik pintu tersebut , pintu itu sudag ditolak kuat oleh seseorang.
" Ya Allah terkejut aku " Mia memegang dadanya . Gila tak terkejut sikit lagi dahi dia nak terhantuk pintu tu. Sudahlah pintu tu bapak gila keras mak kau . Besi kot. Mujur dia sempat langkah beberapa tapak kebelakang akibat tindak balas yang membuatnya terkejut .
" Mak Aiii kak Mia sorry sorry . Ni Aisya ni yang tolak saya "
" Kepala hotak kau Sab , aku pulak yang kena .. Er sorry kak Mia . Si Sab ni tak tahan sangat nak membuang " Giliran budak yang bernama Aisya pula yang meminta maaf .
Wajah mereka berdua nampak bersalah . Iye la kan takot takot tercari pasal dengan Princess School kot ! Hot pula tu .
" Eh takpe takpe . Akak okay lah . Dah Sab pergi masuk. Terberak sini akak tak tahu . " Mia ketawa lucu saat melihat gadis yang bernama Sab tadi membuat muka tak tahan nak membuang . Comel comel je diorang ni .
" Heee okay akak sorry sekali lagi " Jerit Sab lalu berlari menuju ke mangkuk tandas .
Mia tersenyum melihat telatah Sab yang berlari itu.
" Er akak . Aisya nak tanya sikit boleh ? " Aisya membuat muka bersalah nak tanya atau tidak . Tatot tena malah.
" Apa dia ? " Tanya Mia . Aisya yang tadinya memegang pintu tandas dari terbuka itu menutup semula pintu tersebut. Dia melangkah masuk ke tandas .
" Sorry kalau saya tanya , tapi kenapa lately ni saya tengok Princess dan Prince dah tak macam selalu ? Err maksud saya , macam ada something wrong je . Ke sekolah kita ada problem kak ? Takdela .. Sebab macam serius je ? " Aisya tanya dengan perasaan sedikit awkward disitu.
" Tak ada apa la Aisya . Okay je cuma kitorang banyak program nak kena atur and settle so busy dan agak stress jugala . Tapi kitorang ok je . " Bohong Mia .
" Tapi kan akak , kenapa akak dengan abang Iqbaall dah tak balik sama . Sebab tu saya curious ni . Kadang- kadang saya nampak akak balik dulu lama sikit baru Abang Iqbaall balik . " Mak ai . Budak ni skodeng aku ke apa . Semua benda dia siasat ni. Hei layan je lah budak budak ni . Nanti kutuk senior sombong berlagak riak pula ha
Mia tersenyum kekok ." Kan akak dah kata , sekarang memang jarang sangat balik sekali sebab nak kena settle banyak benda . Lagipun, awak ada dengar kan nanti sekolah lain datang ke sini untuk sports day ? " Aisya angguk . Dia ada dengar dari rakan kelasnya yang sekolah lain datang . Tapi batch akhir cam Mia juga la.
" Ha benda tu pun ingat senang ke nak settle . Okayla Aisya . Kak Mia pergi dulu tau . Tengok sikit si Sab tu . Lama betul membuangnya " Aisya ketawa .
" tulahtu mengalahkan orang beranak je . Tapi akak okay kan ? " Aisya ni comel je .
Mia tersenyum . " Akak okay sayang . Akak pergi dulu tau " Aisya angguk lalu tersenyum . Mia buka pintu toilet dan keluar entah ke mana.
Langkah kakinya menuju ke ruang locker untuk mengambil buku Kimia dan pencil box kerana 30 minit lagi masa Kimia . Ada kelas okay . Kelas tambahan lagi. Ingat hari hari ponteng kelas ke ? Belajar tetap belajar k . Ini sekolah ya anak anak bukan office .
Selesai mengambil kelengkapan , dia mengunci semula lockernya .
Dia berjalan menuju ke ruangan kelas . Kunci locker dimasukkan dalam poket seluarnya . Hari ni bukan hari Isnin dan dia tidak memakai uniform sekolah ye kawan kawan .
Langkahnya terhenti saat melihat dua pasangan sedang bermesra di depan pintu masuk belah kiri sekolah .
Baru habis dating ? Huh ?
YOU ARE READING
PrinceVSPrincess 📛
Teen FictionGolden Musical HighSchool Yup. Sekolah ini sekolah untuk semua orang kaya dan minat dalam bidang muzik . Si dia dan si dia memang tak pernah nak berbaik sejak gred 2 lagi . Kini , sudah di gred 5 . Sehari tak sah tak bergaduh . Yang ni cari pasal y...