10 : JKOppa&JKYeoja

18 6 0
                                    

Keesokan harinya,

Big Hit Entertaiment,

Di hadapan lif,

Yura memegang sampul surat yang ditulis hadapannya 'Surat Pemberhentian Kerja'.

Semalam,

Ting! (Deringan telefon)

Yura membuka mata lalu mengangkat talian dari abangnya.

"Yura ya..." Suara abangnya yang serak seperti baru saja menangis.

"Ouh... Oppa... Kenapa?" Yura terkejut.

"Esok kita balik Busan..."

"Waeyeo?"

"Esok pagi oppa pergi mahkamah urus penceraian kami"

"Huh?! Oppa bercerai?"

"Gwenchana... Esok pagi oppa jemput Yura ya..."

Tiba-tiba taliannya diputuskan. Yura bangun dan menulis surat berhenti kerja.

Yura memberikan surat itu kepada bosnya.

Di hadapan pintu utama,

Jungkook berjalan dari kafeteria ke lif utama tiba-tiba dia ternampak Yura dengan seorang lelaki. Yura memeluk lelaki itu lalu memasuki kereta.

3 Bulan kemudian,

Love Yourself Tour di Seoul,

Jungkook berjalan diatas pentas sambil bernyanyi-nyanyi bersama fan-fannya di bawah.

Sungguh riuh dan bercahaya seperti sebuah klub. Light stick BTS menjadi pilihan utama peminat.

Jungkook mendekati Rock Zone untuk bertemu dengan para peminat dari atas pentas.

Tiba-tiba Jungkook melihat susuk yang dia kenali. Susuk itu menikam anak mata Jungkook sehingga matanya memerah lalu susuk itu beredar.

"Yura..." Jungkook memanggil dengan mikrofon dipipinya tapi lagu masih merancakkan suasana jadi kurang jelas dan Yura mengendahkan.

"Kim.... Yura..." Jungkook menguatkan nada suranya dan membuatkan 6 ahli kumpulannya berhenti benyanyi dan para peminat yang lain terdiam melihat Jungkook.

"Kim... Aniya... JKYeoja..." Jungkook memanggil nama akaun Yura.

Yura berhenti tapi tidak berpaling.

"JKYeoja shi... mana janji awak nak update fanfic tu?"

"JKYeoja... kenapa awak padam fanfic tu?"

Bertubi-tubi Jungkook menyoal. Kamera tertumpu kepada Jungkook, wajahnya yang mula merah didampar pada skrin konsert.

"JKYeoja shi..."

Jungkook memanggil lagi. Yura mengesat air matanya dan berjalan pergi.

Jungkook melihat lalu mengejar menggunakan laluan atas pentas ke pintu utama dewan.

"Ya Jungkook" Suga memanggil sambil menutup mikrofon tapi diendahkan.

Suga mengejar lalu yang lain juga mengikuti Suga.

Juru kamera dan wartawan menunggu di sebelah red carpet di luar dewan dan dijaga oleh guard.

Yura berjalan melalui red carpet tersebut.

"Yura ya..." Jungkook memanggil.

Wartawan yang memalau kehadiran Yura tiba-tiba mula tertumpu.

"Yura ya..." Jungkook mencapai tangan Yura dari belakang.

"Kenapa awak buat saya macam ni?"

Ahlu kumpulan BTS yang lain melihat mereka dari pintu utama, walaupun jauh suara mereka dapat didengari.

"Kenapa awak berhenti tulis fanfic tu? Kenapa awak berhenti tentang saya, huh?!" Jungkook mendekat sambil menggenggam tangan Yura.

Yura menarik tangannya yang digenggam Jungkook.

"Sebab saya tak nak buat..." Yura berpaling menikam anak mata Jungkook.

"Kenapa awak tak nak? Kenapa awak tak nak terima saya? Awak kan minat saya... kenapa tak terima saya?"

"Yura... Saya cintakan awak.. saya perlukan awak..."

Jungkook mendekat lalu mendakap tubuh Yura. Tiba-tiba Yura menolak dada Jungkook hingga membuatkan Jungkook hampir jatuh.

"Kenapa..."

"Sh... diam aku nak tengok drama ni..."

Suga menutup mulut Hoseok dengan jari.

"Heee... hik...hehe"

Suga dan Hoseok melihat Jimin yang mula menangis.

"Jungkook! Saya hanya minat awak, minat awak sebagai seorang Idol! Saya minat dan suka awak sebab tarian dan suara awak... Saya buat fanfic sebagai seorang peminat! Saya cuma wattpader biasa..."

Air mata Jungkook mengalir dan dia menahan sedu-sedan tangisannya.

"Tapi, dulu saja saya minat awak..." muka Yura menjadi tegas, matanya mula memerah. Jungkook menatap wajah Yura yang menahan air mata.

"Sekarang..." Yura berjalan mendekati Jungkook.

"Saya cemburukan awak... sebab saya cintakan awak..."

Yura menarik leher Jungkook lalu memberikan ciuman kepadanya dengan serpihan air mata yang pecah.

Jungkook memejam mata lalu memeluk tubuh kecil Yura dan melepaskan ciuman perlahan-lahan.

"Nan saranghaeyo...Kim Yu-ra(saya menyintai awak... Kim Yu-ra)" Jungkook memeluk erat tubuh Yura yang menangis kegembiraan mendengar lafaz Jungkook.

1 Tahun Kemudian,

Yura melihat dari atas apartment yang tinggi ditingkap.

"Sayang buat apa?" Jungkook menyoal sambil membawa segelas susu suam.

"Saja ambil mood" Yura membalas sambil melihat bentangan bandar dari tingkap.

Jungkook meletakkan gelas susu suam diatas meja sisi katil.

"Kalau nak ambil ilham, abang boleh tolong..." Jungkook memeluk Yura dari belakang.

Yura tersenyum teringat perkara yqng berlaku di lif setahun lepas.

Jungkook memegang bahu Yura dan menekan untuk menyuruh Yura duduk di sisi katil.

Jungkook melutut lalu mencium perut Yura yang besar.

Jungkook berdiri dan duduk disamping isterinya sambil menggenggam erat tangannya.

"JKYeoja..." Jungkook melihat wajah Yura yang ketawa kecil selepas dengar panggilan itu sambil tersenyum.

"JKOppa akan menjadi lelaki yang JKYeoja create sendiri dan JKOppa akan jadi suami seperti JKYeoja impi dan mimpikan di dunia fantasi... Kerana JKOppa nak kisah hidup kita yang JKYeoja dicoretkan dalam dunia oren tu menjadi nyata..."

Yura tersenyum lalu Jungkook mencium dahi isterinya.

~T A M A T~

==========================
Tamatlah sudah fanfic pertama author... sorry bab ni panjang 740+ patah perkataan..

hope korang enjoy and recommend dekat kawan2 or skuad korang tq! Vote jangan lupa...

Wattpader VS IDOL (JJK)Where stories live. Discover now