Bab 8 -Malu tapi mahu

Start from the beginning
                                    

"Ha'ah ada hutang" Fitri menjawab selamba sambil merenung lagi. Haish kau ni Fitri. Anak dara orang ni, jangan tenung lebih-lebih. Terus Fitri mengalihkan pandangannya.

"Eleh gedik" Kata Yan sambil menekankan perkataan 'GEDIK' tu. Ei geram!

Seusai kakak Fitri habis berjoli. Kami pergi makan malam dan mereka hantar aku balik dengan selamat.

Home sweet home! Ei macam dah lama tak balik je hahaha. Biarlah kan.

✨✨✨✨✨

Fitri sedari Yan macam tak banyak mulut apabila kakaknya ikut bersama jika pergi kemana-mana. Fitri mengambil keputusan untuk keluar berdua sahaja bila keluar bersama Yan.

Hm bukan apa, aku cuma malu. Tahap malu aku ni tak dibuat-buat. Kadang sampai kena marah sebab malu tak bertempat.

Aku selalu teman Fitri cari barang dapur. Anak mithali katakan..

Setiap kali beli barang dapur dengan Fitri, setiap kali tu jugalah orang pandang pelik. Mungkin dia orang ingat kita orang ni kahwin muda kot padahal tak kahwin lagi gais.

Aku hadap semua ni dengan hati terbuka. Mentaliti orang kan, kita tak boleh nak cakap lebih-lebih sebab mulut orang memang tak akan tutup dari mengumpat, membawang orang. Biaq pi dekat depa nahh.

Kalau keluar mesti bawa balik takoyaki dan air honeydew. Makanan dan minuman paling favourite lah katakan.

Fitri memang suka naw membesarkan perut aku yang dah cukup besar ni. Setiap kali aku merungut pasal aku gemuk mesti dia cakap 'awak tu bukan gemuk la sayang, awak cuma chubby macam teddy bear'

Mengada lebih ei manalah tak sayangkan. Dulu crush sedari dah jadi boyfriend. Penyelesaiannya, jangan pernah give up dengan crush anda. Pertahankan selagi mampu.

✨✨✨✨✨

Menjelang bulan puasa of course la selalu pergi bazar Ramadhan. Boleh dikira setiap hari aku pergi bazar dengan Fitri dan setiap hari aku beli air carrot susu. Waw favourite gila air tu.

Setiap hari juga aku berbuka puasa dekat tesco tapi mula-mula je lepas tu aku decide untuk duduk rumah je sebab malas nak ikut. Dah besar kan, jaranglah nak ikut mak keluar mana-mana. Lebih selesa duduk rumah.

Hari-hari ada orang ambil aku bawa pergi bazar. Bukan lelaki okay tapi perempuan iaitu saudara aku, Iman. Mana-mana pergi, mestilah muka berdua ni je nampak.

Suatu hari aku ajak Fitri teman pergi bazar beli air carrot susu tapi dia cakap dia sibuk kerja. Em melepaslah sehari tak jumpa dia.

Aku pasrah je la. Tiba Iman chat ajak aku pergi bazar dan suruh siap cepat. Aku minta dia pujuk Fitri untuk turut bersama kami tapi...

"Weh, jom pergi bazar. Cepat siap. Aku dah otw dah ni" kata Iman.

"Ala, malaslah. Fitri tak ada hm" Aku membalas dengan menunjukkan riak sedih sambil mencebik hm.

"Mengadalah kau. Cepatlah" Iman memarahi Yan. Gediklah nak jumpa boyfriend saja pun. Dengan aku pun tak nak keluar dah.

"Hm weh, pujuk Fitri please. Boleh la boleh la" Aku terus memujuk Iman untuk ajak Fitri sekali.

"Alah kau ni. Dia dah mesej aku dah suruh aku je teman kau. Dia sibuk kerja" ujar Iman kepada Yan.

Aku faham dan aku pasrah hm.

Iman sampai dan kami terus pergi bazar tiba sampai dekat simpang empat, Fitri ada dekat situ tunggu kami.

What the hekk. Dia orang pakat nak suprise kan aku. Suprise sangat. Anjat gegurl. Menyampah!!! Padahal dalam hati suka hehe.

Aku jeling Fitri yang sudah tersengih-sengih macam kerang wangi tu. Ingat comel la tu.

"Weh Iman, ada orang tu merajuk lepas tu siap jeling-jeling aku lagi" usik Fitri. Makin seronok la dia bahan Yan.

Iman hanya ketawa. Aku? Sah-sah aku jeling dia. Aku tinggalkan dia dan terus masuk dalam bazar tersebut. Sesak gais. Ramai orang.

Aku rasa macam ditarik oleh seseorang. Weh siapa tarik aku ni?😭 Nak menangis. Takut em..

Rupanya Fitri. Haish dia ni. Dah ramai-ramai ni buat takut je.

"Hei budak, dah besar sangat ke nak jalan sorang-sorang?" Marah Fitri sambil menarik hujung baju tangan aku. Berlapik okay gais.

Aku mencebik lalu mengendahkan soalannya. Malas nak layan huh! Merajuk lagi.

"Alolo merajuk ke bby sayang abang bushuk masham ni?" Fitri memujuk aku sambil mengenyitkan matanya. Alah merajuk lagi rupanya. Susah betul nak pujuk. Aku tahu satu je yang mampu pujuk dia hahaha.

Cuba teka gais?! Of course lah makanan. Dah makan je kerjanya. Makin tembam la haih.

Aku masih terus berdiam diri dan berpeluk tubuh tapi cuma sesekali sahaja Fitri menarik aku daripada terus dilanggar atau dirempuh oleh orang lain.

Dah 2 kali pusing bazar tu. Haish nak beli apa pun tak tahu. Cuci mata je kot. Maybe la..

"Sayang? Nak beli apa? Air carrot susu? Kuih? Nasi?" Fitri mengajukan pelbagai soalan kepada Yan.

Ini semua poyo! Nak pujuk je tu kan kan.

"Hm beli je la apa-apa" Aku membalas dengan acuh tak acuh je.

"Alah sayang. Sorry la. Saja nak buat suprise. Cepatlah nak beli apa ni?" Fitri terus memujuk Yan. Saja Fitri mahu umpan nak pujuk Yan dengan belikan apa yang dia nak makan.

"Hm nak air carrot susu je" Aku memilih satu je iaitu air carrot susu kerana itu sahaja yang menarik hati.

Setelah membeli apa yang diingini, kami pulang dengan selamatnya. Alhamdulillah..

I Love You, Abam Polis❤️Where stories live. Discover now