- 18 -

2K 222 8
                                    

" Awal sampai, Kim Taehyung . " kata dia memulakan bicara.

Aku tersenyum sinis, jam di tangan aku lihat. Awal seminit. Tidakkah itu lebih baik? Banyak songeh pula si Lucas ni.

" Seminit awal. Lebih bagus kan dari lewat seminit ? " balas aku. Lucas yang tadinya membelakangi aku terus berpusing untuk menghadap aku.

Senyuman sinisnya dapat aku lihat.

" Kenapa kau tak cari aku, Taehyung? Sedangkan kau tahu aku anak pembunuh eomma dan appa kau. " soalnya.

Aku cuma mampu tersenyum.

" Sebab aku tahu kau akan cari aku. Kau takkan biarkan aku hidup dengan rahsia besar ayah kau kan? Rahsia seorang pembunuh yang membunuh eomma appa aku. " balas aku.

Mulut aku masih mampu untuk mengukirkan senyuman walaupun hati aku panas membara.

Lucas mendekati aku. Bahu aku ditepuk perlahan.

" Kau memang bijak, Kim Taehyung. Kau pun tahu kan, kau pun akan terima nasib yang sama macam eomma dan appa kau. " Lucas berbisik.

" Tak lama pun, Taehyung. Mungkin esok, mungkin lusa. Mungkin sekarang ? " sambungnya lagi. Lucas memang tidak memberi aku ruang untuk berkata kata.

" Bersedialah, Taehyung. Aku akan dapatkan nyawa kau. " sambung Lucas sambil menepuk bahu aku.

Dia berlalu pergi bersama senyuman puasnya.

" Kau yakin ke Lucas nak bunuh aku ? Kau silap. " kata aku sendiri sambil memandang Lucas yang berlalu pergi. Senyuman sinis aku corakkan.

Sama ada aku, atau kau yang akan mati.

--

Pintu wad Seorin aku buka perlahan.

Seorin sedang melihat luar tingkap, kemudian dia berpusing apabila mendengar bunyi pintu dibuka.

Aku lihat wajahnya sayu, air matanya mengalir perlahan.

Aku gelabah, kenapa dia tiba tiba saja menangis? Kaki aku bergerak pantas ke arahnya tanpa teragak agak.

" Sayang, kenapa nangis ni? " soal aku dengan nada kerisauan.

Seorin memukul dada aku perlahan sambil tangisannya semakin kuat. Aku menjadi semakin gelabah. Apa salah aku?

" Kenapa awak jumpa dia?! Awak tahu tak dia nak bunuh awak! " Seorin menangis tidak henti. Air matanya jatuh berjuraian dengan lebat.

Tubuh genit Seorin aku tarik ke dalam pelukan untuk menenangkan dirinya. Rambutnya aku usap lembut, membiarkan dia menangis di dadaku.

" Shh, tak ada apa lah sayang. " aku cuba menenangkan Seorin. Pelukan semakin dieratkan oleh Seorin. Esakan tangisannya semakin kuat.

" Awak jangan jadi bodoh ya. Jangan nak buat benda yang bukan - bukan. " ujar Seorin membuatkan aku tersenyum kecil.

Dahinya menjadi mangsa kucupan aku.

Matanya yang berwarna hazel aku pandang lama. Pipinya aku pegang kemas.

" Saya akan okay. Awak jangan risau. Dah, pergi baring. Esok nak balik dah. Saya nak balik rumah dulu. " kata aku. Seorin cuma mengangguk dan patuh pada arahan aku.

Kakinya perlahan bergerak ke katilnya. Dia mula melabuhkan punggungnya di atas katil, wajahnya sayu melihat aku.

Tangan aku dipegang erat olehnya.

" Jaga diri. Jangan buat kerja gila. " pesan Seorin. Aku tergelak kecil, laju tangan Seorin memukul lengan aku.

Sakitnya, dia pukul pada bahagian luka.

" Aahhh, sakitlah. " kata aku. Seorin mula cuak dan wajahnya bertukar sayu.

" Maaf, maaf. Seorin tak sengaja. " katanya perlahan.

Aku mencium bibirnya sekilas.

" I'll be okay, sayang. Jangan risau. Awak tidur ya. Esok saya datang ambil awak. " kata aku pula. Seorin akur, dia kemudiannya baring dengan perlahan - lahan kerana lukanya masih sakit.

Dahinya aku cium, jatuh pula ke bibirnya.

" Saya balik dulu. I love you , sayang. " kata aku sebelum bergerak pergi.

--

tbc

Malam ni satu lagi update🌸

[ ✔ ] ᴅᴇᴀʀ ᴍʀ.ᴋɪʟʟᴇʀ [ᴋɪᴍ ᴛᴀᴇʜʏᴜɴɢ]Where stories live. Discover now