- 17 -

2.1K 232 29
                                    

" Haha, nak ke saya jadi isteri awak? " soal Seorin selepas aku memanggilnya isteri seperti yang doktor tadi katakan.

Aku mendekatkan wajah aku ke hadapan wajahnya.

" Mestilah. You're my everything, Seorin. " ujarku. Rambut Seorin aku kusutkan perlahan sambil tersenyum.

Seorin tidak mampu lagi untuk menyimpan senyumannya lantas dia terus memeluk aku dengan erat.

" Kim Taehyung, saya sayang awak sangat sangat. Tolong, jangan tinggalkan saya. " suara Seorin berkata kata di telinga aku.

Aku membalas pelukannya. Ubun - ubunnya aku cium perlahan.

" Saya takkan tinggalkan awak, Seorin. Kita akan kahwin. Kita akan bina keluarga kita, kita akan ada anak. Saya janji saya akan jaga awak sampai bila - bila. " aku menabur janji yang tak mungkin aku mungkiri sambil melihat ke dalam mata Seorin.

Aku, terlalu sayangkan Seorin.

--

" Kim Taehyung. Huh. Sedih. " kata aku sendirian. Aku tersenyum sinis melihat gambar lama aku dan Taehyung.

Ya, aku pernah menjadi kawan baik dia.

Akan tetapi segalanya berubah setelah appa membunuh eomma dan appa Taehyung. Taehyung berubah 100%.

Dia menjadi panas baran tak tentu pasal. Ada saja yang tak kena.

Dia bukan tak tahu aku anak kepada si pembunuh , yang aku pelik kenapa dia diam? Atau dia tak dapat nak jejak aku?

Lemah.

" Aku akan pastikan kau pun mati. Biar kau jumpa eomma dan appa kau dekat atas sana. " ujar aku lagi.

Telefon pintar diatas meja aku ambil. Nombor Taehyung aku cari lalu aku menghantarkan pesanan ringkas buatnya.


Jumpa dekat taman atas Hospital Hanse. Aku tahu kau ada dekat sana.

6 petang ni. Jangan lewat.




send




Kim Taehyung, kau tunggu. Lucas akan beri kau penderitaan yang lebih sakit.

--

Drtt..drtt

Telefon pintar aku bergegar di dalam poket hoodie ku. Wajah Seorin aku pandang sekilas sambil tersenyum .

Aku seluk poket hoodie ku untuk mengambil telefon pintar. Ada satu mesej baru.


"Jumpa dekat taman atas Hospital Hanse. Aku tahu kau ada dekat sana.

6 petang ni. Jangan lewat. "




Aku menarik nafas sedalam yang mampu. Keluhan berat aku lepaskan. Aku tahu mesej ini daripada siapa.

Lucas.

" Taehyung. Kenapa ni? Awak okay? " Seorin memegang tangan aku. Dia melihat aku dengan wajah sayu.

Aku cuma mampu tersenyum seakan tiada apa apa yang berlaku.

" Saya okay je. Sayang lapar tak? Nak makan apa apa? " soalku untuk menukar topik.

Seorin menggelengkan kepala.

" Tak nak makan lagi. " ujarnya. Seorin mula bergerak untuk menarik bantal yang terletak di belakangnya.

" Meh saya tolong. Awak rehat ye. " aku membantu Seorin untuk baring sebelum dahinya aku kucup sekilas.

Jam di tangan aku lihat.

5:45 petang.

" Saya sayang awak, Seorin. " ucap aku sambil tersenyum ke arahnya. Seorin membalas dengan senyuman .

" Saya pun sayang awak, Kim Taehyung. " balasnya sebelum dia menutup mata untuk berehat.

--

tbc

Petang dan malam akan ada update jugak💕

[ ✔ ] ᴅᴇᴀʀ ᴍʀ.ᴋɪʟʟᴇʀ [ᴋɪᴍ ᴛᴀᴇʜʏᴜɴɢ]Where stories live. Discover now