- 15 -

2.3K 266 31
                                    

Hi readers kesayangan . Sihat ?

Vote and comment ya, jangan biarkan cerita ni sendu.

Ye tahu tak best😂😂

•••

Hari bersilih ganti. Sejak kejadian tempoh hari, aku sentiasa berada di rumah. Tidak ke mana mana. Hanya untuk menemani Seorin.

Aku.. terlalu risau.

Apa jadi kalau mak cik dia upah orang lain untuk bunuh dia? Masih mampukah aku untuk melindunginya pada waktu itu?

Drtt.. drtt..

Telefon aku di dalam poket bergetar seperti ada panggilan yang masuk.

+309 4973494621

Accept | Decline

Panggilan ini dari nombor yang tidak dikenali. Takkan ada pelanggan baru? Sedangkan aku sudah berhenti dari melakukan kerja - kerja ini sejak 2 bulan lepas.

Tanpa berlengah lagi, aku terus mengangkat panggilan tersebut.






Hello?

"Kim Taehyung. Si pembunuh upahan terhebat. "

Siapa kau?

"Kau tak perlu tahu siapa aku. Aku cuma perlukan yeochin kau je."

" Taehyunggg, jangan naik atas ! "

Seorin?!

[ panggilan diputuskan ]





Aku terkedu. Aku terus berlari ke dapur untuk mengambil sebilah pisau sebagai senjata. Tanpa berlengah lagi, aku terus berlari ke bilik Seorin.

" Lepaskan aku lah! " suara Seorin kedengaran meminta untuk dilepaskan.

" ARGGHH ! " jeritan Seorin sekali lagi kedengaran dan kali ini membuatkan hati aku semakin gelisah.

Pintu biliknya aku rempuh kuat, dan terlihat tubuh Seorin bersama darah yang membuak keluar dari perutnya.

Aku melihat siapa dia yang menjadi angkara kepada semua ini.

" Hai, Kim Taehyung. Yeochin kau ni lawa. Tapi kesian, hidup dia sedih. " ucapnya.

" Lucas. " sepatah namanya aku sebut.

Aku tidak mampu lagi untuk mengawal amarah aku selepas melihat wajahnya. Aku terus berlari ke arahnya dan cuba untuk menusuk dirinya dengan pisau.

Tetapi, dirinya lebih pantas berbanding aku. Aku terlebih dahulu terkena pisau yang cuba ditusuk olehnya dan ia meninggalkan kesan kepada lengan aku.

" Kau pasti akan mati, Lucas. Kau perlu mati . ! " jerit aku.

Lucas tersenyum sinis sebelum keluar dari bilik Seorin melalui tingkap.

Lengan aku yang terkena pisau tadi aku tekan sambil berjalan ke arah Seorin yang terbaring lemah di lantai bilik.

" Sayang, tahan sekejap. " kata aku menyuruh Seorin untuk bertahan.  Seorin cuma tersenyum.

Aku mengikat kesan luka aku supaya dari berhenti mengalir walaupun sekejap.

Tubuh lemah Seorin aku angkat dan segera bawa turun ke bawah. Aku perlu cepat ke hospital. Keadaan Seorin semakin lemah.

Seorin yang sedang terkulai lemah aku letakkan di dalam kereta. Aku terus menghidupkan enjin kereta dan memulakan pemanduan tanpa banyak berlengah.

Sepanjang perjalanan, aku asyik berfikir apa yang akan terjadi . Aku tak sanggup kehilangan Seorin.

Aku melihat cermin pandang belakang, terlihat Seorin yang lemah memandang aku dengan senyuman manisnya.

" Sabar sayang. Dah nak sampai. Sikit lagi. " kata aku menenangkan dirinya.

Aku terus memandu pecut ke arah Hospital Hanse yang terletak lebih kurang 5km lagi.

" Dah nak sampai sayang. " kata aku. Aku lihat sekali lagi cermin pandang belakang. Seorin tidak lagi tersenyum. Matanya tertutup rapat.

Aku memandu masuk ke kawasan kecemasan Hospital Hanse. Aku keluar dari tempat pemandu dan menjerit meminta pertolongan.

" Tolong ! Ada kecemasan dekat sini ! " jerit aku .

Beberapa staff hospital berlari ke arah aku bersama sebuah katil beroda setelah ada yang melihat aku mendukung tubuh Seorin yang berdarah.

Aku terus meletakkan Seorin di atas katil tersebut.

" Sayang, bertahan. " bisik aku sebelum mereka membawa Seorin pergi untuk dirawat.

--

tbc

Saya sudah berada di Instagram

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Saya sudah berada di Instagram. Followlah kalau mahu. Dijamin dapat followback. Kalau tak dapat boleh dm tewpi♡

[ ✔ ] ᴅᴇᴀʀ ᴍʀ.ᴋɪʟʟᴇʀ [ᴋɪᴍ ᴛᴀᴇʜʏᴜɴɢ]Where stories live. Discover now