MRS. ETHAN HAYYES - 9

17K 609 46
                                    

Kakinya laju melangkah masuk ke dalam Specialist Medical Center itu dengan wajah yang dingin tanpa sebarang senyuman. Setiap orang yang berselisihan dengannya akan menundukkan sedikit kepala mereka kepadanya. Hanya mereka yang kenal dengannya sahaja akan berbuat begitu. Ben dan Alex mengekori dari belakang.

Ethan masuk ke dalam lif VVIP yang disediakan khas untuk golongan VVIP di situ. Sebaik sahaja kakinya berhenti di hadapan pintu wad 101 itu, tangannya segera memulas tombol pintu bilik.

Kepala Khayla menoleh ke arah pintu bilik yang dibuka dari luar itu. Bibirnya yang tadi mengukir senyum terus mati apabila melihat gerangan yang melangkah masuk. Terus sahaja dia memalingkan wajahnya ke kanan.

"Hey baby." Tegur Ethan lembut.

Punggung dilabuhkan di atas kerusi yang disediakan di sebelah kiri katil.

Khayla hanya diam membisu. Mata dipejamkan. Tidak sudi untuk melihat wajah si dia. Dia masih lagi tidak dapat lupakan apa yang terjadi.

"I'm sorry." Tangan Khayla di raih lalu diciumnya lembut. Kebisuan Khayla amat menyeksa jiwanya.

Bagai nak luruh jantungnya apabila mendapat berita Khayla dimasukkan ke hospital kerana tidak sedarkan diri. Rasa bersalah makin kuat dalam dirinya.

"Hey, please say something." Tegur Ethan lagi.

"Please go. I don't want to see your face anymore." Khayla bersuara perlahan.

"Don't be like this, baby."

"Saya tak ingat apa-apa tentang Tuan. Kalau betul Tuan tunang saya, I want break off." Jawab Khayla selamba.

Mendengar sahaja ayat yang keluar dari mulut Khayla, Ethan terus bangun dari duduknya. Dia berdiri tegak di depan Khayla. Cuba menahan marah dan bersabar dengan sikap Khayla.

Dia tarik nafas lalu di hembus perlahan-lahan.

Matanya memandang tajam ke arah Khayla. "Don't you dare. I won't let you go from me. Never. Ever." Ujar Ethan keras.

Dia terus berlalu dari situ. Pintu bilik di hempas kuat.

Khayla ketap bibir. Airmatanya perlahan mengalir keluar.

PART OF FULL VERSION

MRS. ETHAN HAYYES BOOK'S VERSION

 ETHAN HAYYES BOOK'S VERSION

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 30, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mrs. Ethan Hayyes © (TERBIT)Where stories live. Discover now