"Betul jugak, kita pergi restoran yang zaman Abang kolej dulu makan dekat sana"

"Boleh, Sayang ikut Abang je"

"Good girl" Aku terus melajukan kereta ku kesebuah restoran yang aku selalu pergi dengan Neeta dulu.

Neeta adalah adik sepupu daripada sahabat aku semasa kolej dulu. Umurnya sama dengan Yasmin. Tapi masalahnya, dulu dia adalah cinta pertama aku. Jauh sebelum aku melihat Yasmin sebagai seorang perempuan, aku sudah mencintai Neeta lebih dulu.

###

Selepas sampai, aku semacam tersedar kenapa aku pergi kesini? Kenapa aku terikut perasaan selepas melihat gambar Neeta didalam phone sebentar tadi?

"Abang kenapa ni? Asyik melamun je daripada tadi" Yasmin menyedarkan aku.

"Ah? Tak. Jom lah, sedap-sedap tau makanan dekat sini"

Yasmin tersenyum. "Cium bau je dah sedap. Mesti sedap lah, dari Abang kolej sampai ke hari ini masih ada lagi"

"Kan? Dulu kan, balik kolej je lepak sini sebab anak pemilik kedai ni kawan Abang juga, tapi dah meninggal" Ucap aku pelan.

Yasmin menutup mulutnya. "Al-fatihah untuk kawan Abang"

###

Yasmin POV

Banyak rupanya benda yang aku tak tahu daripada Abang Kimi. Dia tahu segalanya pasal aku, sedangkan aku? Mungkin dengan berkahwin ini lah aku akan kenal siapa dia.

Kami makan macam biasa, selepas makan mesti sembang dulu, gelak dulu, macam dekat rumah.

"Abang pergi bayar dulu, okay?" Aku mengangguk. Abang Kimi berjalan ke cashier.

Tapi sebelum dia sampai di tempat pembayaran, seorang makcik kurang lebih macam Umi datang bercakap dengan dia sambil tersenyum. Jaraknya tiada lah jauh manapun dengan aku, aku masih boleh dengar diaorang bercakap walaupun tak nyaring kedengarannya.

###

Zafril POV

"Zafril, YaAllah... mimpi apa aunty dapat jumpa dia ni" Aku tersenyum melihat Mama kawan aku yang dah meninggal tadi itu.

"YaAllah Aunty Yana, lamanya tak jumpa"

"Itu lah lama sangat, apa khabar?"

"Alhamdulillah baik saja. Aunty sihat kan?"

"Alhamdulillah, datang dengan siapa?" Tanya Aunty Yana.

"Dengan isteri saya" Jawapku.

Aunty Yana senyum. "Jadi lah dengan budak Neeta tu?"

Aku terus menggeleng. "Bukan, tak ada jodoh dengan dia. Isteri saya duduk dekat situ, Yasmin nama dia" Aku menunjuk Yasmin yang tengah tersenyum dari jarak yang tidak lah jauh sangat itu. Dia melambaikan tangannya dan terus berjalan membawa beg nya menemui Aunty Yaya dan aku.

"Oh ini lah dia isteri Zafril? Cantik lah" Puji nya.

"Assalamualaikum Aunty" Ucap Yasmin memberi salam.

"Waalaikumsallam. Ini rupanya jodoh Zafril, dulu suami kamu suka lepak sini."

Yasmin hanya tersenyum.

"Okaylah, Aunty nak pergi chasier dulu. Datang sini lagi tau?" Aunty Yaya menenpuk bahu Yasmin lembut.

"InshaAllah" Jawab Yasmin sambil tersenyum.

"Aunty, sama-sama lah sebab Zafril nak pergi bayar"

"Tak payah bayar lah, free of charge" Ucap Aunty Yana sambil berjalan.

"By the way, Aunty ingat kamu kahwin dengan Neeta. Sebab, tempat ni jadi saksi tau"

###

Yasmin POV

"By the way, Aunty ingat kamu kahwin dengan Neeta. Sebab, tempat ni jadi saksi tau"

Aku terus terdiam. Apa yang aku dengar sekarang ni? Aku terus kembali ke meja dimana aku dan Abang Kimi duduk tadi.

Kenapa nama Neeta menjadi pusat perhatian dalam hidup aku sejak siang tadi? Adakah ia Neta yang sama?

Abang Kimi memang pernah cakap aku memang bukan cinta pertamanya, tetapi aku akan jadi cinta terakhirnya. Aku akan percaya semua itu sampai mati.

Tapi, cinta pertama itu sukar untuk dilupakan.

Aku terus terpejam dan memegang kepalaku yang berlapik tudung itu.

"Sayang, jom?" Tiba-tiba Abang Kimi datang dan mengajak ku untuk pulang.

Aku terus bangkit dari kerusi dan berjalan disampingnya.

"Abang, boleh tanya tak?" Ucapku sambil memasang tali keledar.

"Mesti lah boleh, tanya apa sayangku?" Ucapnya sambil memandu pulang kerumah.

Aku tersenyum. "kita kena open each other kan? Do you remember that?"

"Of course, I do. Kenapa ni?" Tanya nya lagi.

"Ada apa-apa yang Abang simpan dan Abang nak share dengan Yasmin? I am okay, apapun itu kisah dia. Just let me know!" Pintaku.

Abang Kimi menggeleng. "Setakat ini tak ada. Tadi dah kan? Abang dah bawa Yasmin pergi tempat yang Abang selalu pergi zaman kolej dulu."

"Ehm... I mean cerita pasal seseorang dimasa lalu Abang?"

Dia memegang tanganku. "Kita hidup untuk masa sekarang kan, sayang? You are mine, today, tomorrow, and forever"

Aku hanya tersenyum tanpa menjawap apa-apa lagi. Aku tahu kita hidup dimasa sekarang. Tetapi aku takut jikalau masa lalu itu datang ke masa sekarang macam mana? Bagaimana kami nak menghadapinya?








CINTA KALI KEDUAWo Geschichten leben. Entdecke jetzt