empat-belas.

50 21 193
                                    

Satu sekolah mulai heboh tentang kejadian semalam namun Taehyung hanya mengabaikannya sahaja. Kakinya laju menuju ke kelas.

"Pembunuh tu ada dalam sekolah ni. Takut pula aku." Soyoung dan Hara yang kebetulan berada disitu memandang beberapa pelajar perempuan yang membawang tentang Taehyung.

Lepas tangan? Oh semestinya tidak. Mulut kotor kenalah basuh sikit.

"Kau cakap apa tadi?" Hara memasang wajah dingin sambil menolak salah satu dari mereka ke dinding.

"Hara kau jangan macam - macam dosa tau." Hara menepuk dahi mendengar ayat dari Soyoung.

"Kau ni. Agak - agaklah aku nak cium dia." Soyoung tersengih, tanjat baby.

"Kau tak tahu apa - apa baik kau tutup mulut kalau tak kau yang arwah dekat tangan aku nanti." Hara memberi amaran keras.

Pelajar tadi menganggukkan kepalanya dan berlalu pergi.

"Tahu pun takut." Kata Soyoung.

"Tapi kan, apa kes semalam?"

Suasana dikelas tidak lagi seperti hari sebelumnya. Sepi, sunyi dan krik krik.

Taehyung menjadi seorang yang pendiam tidak seperti dulu ceria dan riang.

Namjoon melangkah masuk kedalam bilik Cikgu Yoonjung.

"Annyeonghaseo cikgu."

"Eo Namjoon? Waeyo?"

"Boleh cikgu potong nama kami dari acara menari tu?"

Melihat kelas yang diam, Cikgu Eunhwa mengerut dahi.

"Kenapa kamu semua diam je ni? Selalunya bising macam lalat hari ni senyap macam kera."

Tiada seorang mahu menjawab. Cikgu Eunhwa menepuk meja.

"Baiklah sudah sudah. Kenapa semua diam je ni? Ada masalah cerita dekat cikgu."

"Buka mulut atau saya hantar kamu semua ke bilik disiplin."

"Kami ada masalah sikit cikgu." Yoongi membuka mulut bagi pihak semua.

"Ok hari ni kita tak belajar. Cerita dekat cikgu apa masalah semua? Siapa yang bermasalah?" Cikgu Eunhwa menutup buku.

"Saya nak tanya sesuatu ni cikgu." Jimin mengangkat tangannya. Cikgu Eunhwa memandang Jimin.

"Adakah kita perlu ceritakan sesuatu yang sensitive didepan orang ramai?"

Soalan Jimin membuat Cikgu Eunhwa terdiam.

Habis sahaja waktu sekolah, Taehyung laju keluar. Jimin mengemas buku dan beg dengan pantas dan mengejar Taehyung.

"Weh korang ada nampak Jiyeon? Dah 4 hari dia tak datang sekolah." Soal Jenna.

"Entah. Aku lupa nak tanya Jimin."

"Balik terus ke?" Soal Aurora.

"Balik teruslah tak best kalau tak keluar dengan diorang."

Hari berganti hari. Situasi kelas 5 Euphoria masih sama.

Kedatangan Jiyeon yang merosot, Jadual bola Seungcheol yang tidak menentu, Taehyung dan Joshua masih canggung.

Tiba - tiba Jenna dan Hoseok datang, dan masuk kedalam kelas.

"Aku nak tanya siapa yang tarik nama kita dari acara tu?" Soal Hoseok.

"Aku." Hoseok dan Jenna memandang Namjoon.

"Tapi kenapa?"

"Kitaorang dah bincang satu kelas tapi kitaorang tak nak bagitahu korang sebab kitaorang tak nak kau dan Jenna kecewa."

"Kecewa? Apa yang korang cakap ni? Aku tak faham."

Namjoon menyentuh bahu Hoseok.

"Aku nak kita selesai masalah kita dulu, aku tak nak kita semua dalam hubungan yang retak ni."

"Lagi 5."

"Tambah 10!"

"Lagi! 20!"

"Lembik! 30!"

Seungcheol terbaring lemah diatas lantai. Cikgu yang melatih Seungcheol memandangnya.

"Kenapa giveup?"

"Maaf cikgu, saya penat." Termengah - mengah Seungcheol dibuatnya.

"Bangun! Awak kena buat lagi 20! Saya akan datang kembali!" Cikgu tadi berlalu pergi.

Seungcheol bangun dari baring. Bola diambil.

Ting!

Mikyong +
Date evening?^^

Seungcheol +
Sorry, saya busy

[C] EUPHORIAWhere stories live. Discover now