"

Tak nak.Yoonji nampak cantiklah dengan gaya rambut ni.Nampak macam bad girl gitu."

Pujian Pak Su Yeonki Min kedengaran seperti sindiran sinis di telinga aku.Sejak dah berambut pendek ni,makin sensitif aku.

"Aku tak nak pergi sekolah esok.Macam mana aku nak pakai skirt sekolah dengan gaya rambut lelaki ni?Nanti mesti aku nampak macam tomboy."rungutku sambil menyesali janji bodoh yang dibuat dengan Jin.

Sedang aku asyik merungut seorang diri,bahu aku ditepuk perlahan daripada belakang oleh seseorang.

Melalui pantulan cermin,Jin sedang menepuk-nepuk bahu aku.Bibirnya tidak lekang mengukirkan senyuman manis buat aku.

"Kalau kau nak aku kahwin dengan aku,kau kena pergi sekolah.Aku tak nak berkahwin dengan perempuan yang suka ponteng sekolah."

Jin cuba memujuk aku yang berura-ura mahu ponteng sekolah buat kali yang ke 18 kali dalam tahun ini.

"Tapi-"

"Esok aku dah tak ada di sekolah.Jadi,kau kena jaga diri kau baik-baik di sekolah.Jangan nak menggedik dengan lelaki lain termasuklah Jungkook.Aku jenis cepat cemburu."pesan Jin yang masih lagi memegang bahu aku.

Jungkook yang sedang enak menikmati susu pisang buatan Yoongi serta merta tersedak setelah namanya disebut oleh Jin.

"Awak tak ada di sekolah esok?Awak nak pergi mana?"soalku ingin tahu.

"Aku dah berumur 30 tahun kut.Buat apa aku pergi sekolah?Lagipun,misi aku di sekolah dah tercapai.Pembunuh adik aku dah mati."balas Jin.

Pembunuh adik Jin dah mati?Kenapa aku tak tahu pun pasal hal ni?

"Pembunuh adik awak dah mati?Maksud awak,Hansung dah mati?"soalku lagi.

"Ya.Hansung dan ayah Jungkook dah mati sebab saling berbalas tembakan selepas kau tembak diri sendiri tu."terang Jin membuatkan aku faham akan satu perkara.

Semua orang sengaja tak nak beritahu aku tentang kematian Hansung.Mereka tak nak aku tahu yang Hansung dah mati.

Tetapi kenapa mereka cuba sembunyikan tentang kematian Hansung daripada pengetahuan aku?

"Jeon Jungkook!"

👣

Sekuntum bunga kekwa putih diletakkan ke atas kubur Hansung.Aku juga tidak lupa untuk menyalakan lilin di samping bunga kekwa putih itu.

Kedua-dua belah mata aku tutup.Tangan digenggam bersama sebagai tanda bertafakur kepada mendiang Hansung.

"Kim Hansung atau nama lain kau,Kim Taehyung,aku minta maaf sebab aku lambat datang melawat kau.Aku minta maaf sebab tak hadir ke majlis pengebumian kau.Aku..."

Bicara aku terhenti sejenak.Sedaya upaya aku menahan diri daripada menangis.Tak baik kita menangis di depan kubur sahabat baik sendiri.

"Kalau orang lain di tempat aku,mesti mereka tak akan datang melawat kubur kau sebab kau dah cuba mengancam nyawa keluarga aku.
Tetapi aku bukan macam orang lain.Aku percaya setiap orang patut diberi peluang kedua.Tambah-tambah lagi kalau orang itu ialah sahabat baik aku sendiri.Aku tahu-"

Percakapan aku terganggu dek suara esak tangis seseorang.Aku menoleh sekilas mencari pemilik esakan itu.

Jungkook yang berdiri di sebelah aku sedang menutup mukanya dengan tangan.Walaupun dia berbuat begitu,suara esakan halusnya masih dapat didengari.

"Terima kasih sebab sudi berkawan dengan aku daripada aku gemuk sampailah aku kurus kering.
Terima kasih kerana pernah menjadi sebahagian daripada memori indah dalam hidup aku.
Terima kasih kerana   selalu buat aku gembira bila aku sedih dengan perangai kunyit hidup kau yang hampeh tu.
Terima kasih sebab selalu tolong aku mengata Namjoona sampai dia menangis.
Terima kasih kerana hadir dalam hidup aku sebagai sahabat baik aku  dan terima kasih juga kerana meninggal dunia sebagai sahabat baik aku."

Kedua-dua belah tangan aku letakkan di dada kanan.Senyuman manis diukirkan buat mendiang Hansung yang mungkin sedang memerhatikan aku saat ini.

"Terima kasih untuk hati kau yang kau dermakan untuk aku,Hansung.Tanpa hati kau,mungkin aku dah mati sekarang.Aku berjanji aku akan jaga hati aku dalam badan aku ni baik-baik.Terima kasih untuk segalanya,bff kunyitku."

Kepala ditundukkan sedikit tanda aku mahu melangkah pergi daripada kubur Hansung.

"Semoga kau bersemadi dengan tenang di alam sana,Kim Hansung.Aku harap aku dapat berjumpa kau lagi di kehidupan seterusnya tetap sebagai sahabat baik kau.Aku pergi dulu.Jaga diri elok-elok tau.Jangan nak mengunyit dengan mana-mana roh lelaki handsome kat sini pulak."pamitku sambil melambaikan tangan kepada kubur Hansung.

Setelah Yoonji dan Jungkook semakin menjauh daripada kubur Hansung,seorang lelaki berpakaian hitam mengatur langkah ke kubur Hansung.

Lelaki berpakaian hitam itu mengambil bunga kekwa putih yang diletakkan Yoonji di atas kubur Hansung.

Bunga kekwa putih itu dibawa ke hidung lalu dihidu lembut oleh lelaki itu.

Sepasang mata hijau zamrud milik lelaki itu memerhatikan gerak geri Yoonji dan Jungkook yang sedang berbual di luar kawasan perkuburan.

"Sama-sama,Yoonji.Aku berbesar hati dapat berbakti kepada sahabat baik aku sampai ke hujung nyawa aku.Terima kasih sebab kau masih sudi datang melawat kubur aku walaupun aku dah cuba mengancam nyawa keluarga kau.Terima kasih kerana senyum buat kali terakhir untuk aku."

Lelaki dalam pakaian hitam itu kemudiannya lesap dibawa angin petang yang bertiup agak kencang.

Pemergian lelaki berpakain hitam itu meninggalkan satu jejak.

Sehelai bulu pelepah hitam terjatuh daripada badan lelaki itu disebabkan angin kencang tadi.

To be continued...


A/N:

Kalau korang jadi Yoonji,korang akan melawat kubur Hansung atau tak lepas apa yang dia dah buat pada keluarga korang?

Ha guys agak-agak ada apa dengan bulu pelepah hitam tu?

Btw,esok kan dah nak puasa so aku di sini nak memohon kemaafan andai kata di sepanjang ff ni aku pernah terlanjur kata atau aku lambat reply komen korang.

Kosong-kosong ye guys.

[C]Crush Minta Kaki | KSJWhere stories live. Discover now