👣Bab 31👣

406 79 40
                                    

Yoonji Plan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Yoonji Plan

Yoongi Pov

Mata aku memerhati pelajar-pelajar yang sedang rancak menari di lantai tarian.Lebih tepat lagi aku menganalisa pergelangan tangan mereka.

Segelintir daripada mereka memakai gelang berwarna hitam.Gelang yang menjadi pengenalan ahli kumpulan mafia Shadow.

Gelang itu sama seperti apa yang diberitahu oleh Jungkook hyung.

Baru aku teringat akan sesuatu.Semua pelajar perlu memakai gelang hitam sebagai pas kemasukan ke dalam auditorium.

Ini bermakna semua pelajar di dalam auditorium sedang memakai gelang hitam.

Adakah ini salah satu helah Hansung dan daddy Jungkook untuk mengelirukan kami?

"Jin hyung,Yoongi perasan semua pelajar pakai gelang hitam.Yoongi rasa ini salah satu daripada helah Hansung dan daddy Jungkook untuk rosakkan rancangan kita."bisikku perlahan kepada Jin hyung di sebelah.

"Aku pun fikir macam tu juga.Aku rasa mereka sengaja suruh semua pelajar pakai gelang hitam supaya kita tak dapat kenal pasti siapa ahli kumpulan mereka."bisik Jin hyung kembali.

Jin hyung menarik badan aku merapatinya.Dia kemudiannya memeluk aku agar kami dapat berkomunikasi dengan lebih mudah tanpa dicurigai.

"Aku yakin daddy Jungkook dah masuk ke dalam auditorium tanpa kita sedari.Dia dan Hansung boleh bertindak bila masa-masa sahaja."bisik Jin hyung ketika kami berpelukan.

"Jadi,apa kita nak buat sekarang?Patut ke saya mulakan rancangan kita sekarang?"getusku perlahan.

"Ya.Kau boleh mulakan rancangan kita sekarang.Buat kerja kau elok-elok.Jangan sampai kau tertangkap."arah Jin hyung ringkas.

"Aku dan Jungkook akan bersiap sedia di sini dengan team ayah dan mak kau.Kalau ada apa-apa berlaku,update aku."pesan Jin hyung lalu kami meleraikan pelukan.

Setelah mendapat kebenaran daripada Jin hyung,aku mula mengatur langkah menuju ke kawasan makmal sains.

Namun,tidak sempat aku membuka langkah,lampu-lampu di dalam auditorium mula berkelip-kelip seakan-akan rosak.

Beberapa saat selepas lampu berkelip-kelip,lampu yang menyinari kawasan auditorium terpadam.

Keadaan dalam auditorium menjadi gelap gelita tanpa sebarang sumber cahaya.

Para pelajar mula bertempik riuh kerana keadaan di dalam auditorium yang gelap.

Klerk!

Kedengaran bunyi pintu auditorium dibuka oleh seseorang.

Cahaya bulan yang menyoroti masuk ke dalam auditorium melalui pintu yang dibuka menampakkan kelibat dua figura di hadapan pintu.

Susuk tubuh tinggi lampai milik dua figura itu berjalan memasuki auditorium.

[C]Crush Minta Kaki | KSJWhere stories live. Discover now