👣Bab 9👣

657 111 88
                                    


A/N:

Ada tak yang ship Jungkook dan Yoonji kat sini?

Kalau ada,bab ini khas untuk anda💑


Someone i love


"Nasib baik kau tak kena tembak betul-betul.Bahu kau bergeser dengan bebola besi tadi.
Kalau kau kena tembak betul-betul,jenuh pulak aku nak kena bawa kau pergi hospital."ujar Jin setelah dia selesai membalut bahu aku yang terluka dengan bandage.

Jadi,maknanya tadi aku tak kena tembaklah?Aku ingatkan aku dah kena tembak sebab sakit sangat.Ini baru kena bebola besi.

Kalau kena tembak betul-betul,mesti berganda lagi kesakitan.

"Tapi kenapa mereka serang kita?Awak ada musuh ke?"soalku ingin tahu.

"Jangan nak menyibuk sangat.Kau tak perlu tahu dan tak layak tahu pun siapa dan kenapa mereka serang kita tadi.Bahaya untuk kau kalau kau tahu siapa mereka.Lagi bahaya kalau kau tahu siapa aku."

Ayat terakhir yang meluncur keluar daripada mulut Jin menimbulkan persoalan dalam kotak fikiran aku.

Kenapa Jin cakap bahaya kalau aku tahu siapa dia?Apa yang dia cuba sampaikan sebenarnya?

"Awak siapa?"tanyaku walaupun aku tahu lelaki yang duduk di sebelah aku ialah Jin.

"Aku Kim Seokjin aka world wide handsome.Muah!"jawab Jin lalu dia melayangkan flying kiss kepada aku.

Eh lelaki bahu lebar ni!Aku tanya benda lain dia jawab benda lain pula.Nasib crush tercinta.Kalau tak,dah terbang kaki aku ke muka dia.

"Jinnnnnnnnnnnn."panggilku sengaja mahu meleretkan nama Jin agar kedengaran manja.

Namun,Jin tidak melayan aku yang cuba nak bermanja dengan dia.Dia hanya mengangkat kening kirinya menandakan 'apa' kepada panggilanku tadi.

"Saya laparlah.Awak tak lapar ke?Perut saya ni asyik berbunyi kriuk,kriuk,kriuk je dari tadi."

Aku mengadu lapar sambil perut aku diusap-usap menandakan aku betul-betul lapar.Padahal sebelum aku pergi rumah Jin,aku dah bedal sepinggan nasi goreng kimchi buatan Yoongi.

"Jom."ajak Jin tiba-tiba.

"Jom pergi mana?"soalku kembali sedikit bingung.

"Aku rasa bebola besi tu terkena di bahu kau bukan di otak kau.Apasal kau tiba-tiba bengap ni?Aku nak ajak kau pergi makanlah dah kau kata kau lapar.Takkanlah aku nak ajak kau pergi berenang pulak."ujar Jin dengan nada kasar lalu dia menjeling aku.

"Kalau awak ajak saya pergi berenang pun,saya okay je.Hehehehe."

Sebuah ketawa kecil meletus daripada mulut aku.Manakala,Jin pula memandang aku dengan pandangan tidak berpuas hati.

👣


"Makanlah.Tadi kau kata kau lapar.Nanti mi tu kembang tak sedap.Ke kau nak aku suapkan?Memang taklah aku nak suapkan kau."soal Jin setelah dia menyedari aku langsung tidak menyentuh ramen yang berada di hadapanku.

Tangan kanan aku cuba mengangkat chopstick tetapi tidak berdaya.Bahu aku yang sakit membataskan pergerakan aku.

"Kau tak boleh nak makan sebab tangan kau sakit ke?Kenapa tak beritahu aku awal-awal?Aku boleh je suapkan kau.Buka mulut."

[C]Crush Minta Kaki | KSJWhere stories live. Discover now