Chapter 2

846 90 93
                                    

ZIQHAS memandang 9 orang pelajar tingkatan 3 dihadapannya. 4 daripadanya adalah pelajar perempuan manakala yang selebihnya adalah pelajar lelaki.

"Jadi, inilah pelapis yang dikatakan tu? "soal Zedi.

"Yeah, teacher rasa kamu berenam pernah nampak diorang semua. Am I right? " Teacher Irene kelihatan teruja dengan sesi perkenalan itu.

"Of course, sama sekolah kan? Orang buta je yang tak nampak, " balas Hara selamba.

"Yeah, betul tu. Kan Izla, " Zedi memeluk bahu Izla dengan senyuman manisnya.

"Jangan sentuh aku walau seinci pun, " Izla menolak Zedi dengan kejam.

Zedi ketawa, "Izla merajuk lah. Takkan kes semalam pun kau nak ungkit sampai hari ni? " usik Zedi lalu dia mencubit pipi Izla dengan kuat.

"Jangan. Sentuh. Aku. Dengan. Tangan. Kotor. Kau, " sebut Izla mendatar satu persatu.

"Ohh wow. Makin berani eh kau, " Zedi mengejek lalu dia pun memeluk Izla dengan ketat.

"SAKITLAH ZEDI! LEPASLAH! "jerit Izla dengan lantang.

Zedi tergelak jahat. Lagaknya seperti ibu tiri cinderella yang kedua. Eh, cinderella ada sorang ibu tiri je kan?

Ahli ZIQHAS yang lain hanya melihat sahaja. Seperti biasa, Zedi dan Izla akan bergurau.

Teacher Irene menekup muka. Nasib baik di studio ini hanya ada dia, ZIQHAS, dan pelapis baru.

"Okay, Zedi, Izla. Cukuplah semalam kamu berenam palau teacher. Hari ni jangan, please. Teacher suruh diorang datang untuk berkenalan dengan kamu berenam. Boleh tak kamu berenam jadi normal sekejap? Teacher mohon, " Teacher Irene sudah pasrah melihat sinetron dihadapannya kini.

"I'm sorry, teacher, " Zedi dan Izla memohon maaf.

"Okay everyone, back to our topic. So, inilah pelapis baru yang teacher katakan semalam. Teacher ambil keputusan untuk tubuhkan 2 kumpulan. Satu kumpulan terdiri daripada 4 orang perempuan manakala satu kumpulan lagi terdiri daripada 5 orang lelaki. As you know, this is the time for all of you know each other. Tak kenal maka tak cinta, " bebel Teacher Irene panjang lebar dengan senyuman manisnya.

"Dah kenal macam celaka, " kata Hara selamba.

Qari memandang Aisy lalu dia terus membisik, "Macam ayat twitter je, "

Aisy hanya tersenyum kecil.

"Wait... Teacher suruh kitorang datang studio untuk sesi jejak kasih ni? " soal Zedi, terkejut selepas mendapat tahu mengapa mereka perlu ke sini.

"Yeah. Why? Is it wrong? "soal Teacher Irene bingung.

"Totally wrong! " Qari merungut.

"Why? Kamu berenam ada plan ke time cuti- cuti ni? " soal Teacher Irene.

"Of course lah teacher. Saya nak pergi Popular. Banyak buku yang saya nak beli, " Zedi mengeluh kecil.

"Saya pula nak pergi tengok wayang dengan Hara, " kata Qari.

Hara menyokong.

"Saya nak pergi shopping dengan Izla, " Aisy bersuara perlahan.

"Ya betul! Banyak barang kitorang berdua nak beli tau! " sambung Izla dengan semangat.

"Banyak barang tapi beli jenis sama. Beli heels 4 pasang tapi kakinya ada sepasang je. Mende lah korang, " Zedi memandang kedua rakannya.

"Biarlah! Aku boring duduk rumah. Kau mana faham pasal perempuan, " balas Izla selamba.

ZIQHAS: The Ending [Edit]Where stories live. Discover now