"Bila masa pula dinda panggil kanda? " soal Zedi kehairanan. Bila masa pula aku panggil budak pendek ni.

"Ya Allah! " Aisy meraup muka.

"Wah. Dinda rasa first time kanda sebut, " usik Zedi lagi.

"Aisy, jom kita belasah dia ni, " Hara meregangkan badannya. Dia dah pasrah dengan seketul Zedi ni. Makin biar, makin menjadi- jadi eh perangai.

"Jom, " Aisy dan Hara pun meluru ke arah Zedi yang masih leka.

"Ambil ni! "jerit Aisy dan Hara namun tumbukan mereka berdua tersasar. Pergerakan Zedi pantas. Atau dia cuma ada luck je, bukannya pantas pun.

Zedi tergelak jahat. Ish dia punya bunyi macam iblis betina.

"Kau tunggu! " Maka berlari lah tiga ahli ZIQHAS yang paling tak matang itu di dalam studio.

Teacher Irene mengeluh. Terasa diabaikan. Tak apalah. Dah biasa. Kalau dengan ZIQHAS, memang dia selalu diabaikan kerana mereka tak pernah anggap serius dalam perbincangan. Mak cik redha bila diabaikan. Benda dah selalu kena, buat apa nak terasa. Ye dok?

******

"Kau rasa siapa pengganti kita? " Izla memandang yang Zedi kini bersebelahan dengannya.

Mereka hanya duduk di sofa ruang tamu. Mereka mempunyai keluarga namun keluarga mereka terlampau sibuk dengan kerja. Takde lah semua keluarga. Ada je yang parents diorang tak sibuk tapi diorang yang mengada nak duduk luar. Konon berdikari.

"Aku tak tahulah. Aku rasa ada lelaki dan perempuan lah, " balas Zedi.

"Why? "soal Izza.

"Maybe teacher takkan lepaskan peluang untuk dapatkan pelapis baru, " balas Zedi lalu dia pun minum airnya.

"Hmm, betul juga, " Izla membalas perlahan.

"Tapi asal aku rasa macam pelapis tu lebih sesuai guna pengganti, " Zedi bersuara perlahan namun didengari Izla.

"Asal? Bukan ke kau yang kata agak kejam bila guna pengganti, " perli Izla lalu dia pun membaling bantal ke arah Zedi.

Zedi menangkap bantal itu dengan cermat, "Yes. Memang aku ada cakap tapi bila fikir balik, nampak macam pengganti lagi sesuai. Kau tengok je lah muka teacher tu. Gelabah semacam je bila nak cakap. Relax relax dah lah, "

"Husnudzon, "balas Izla ringkas namun mendalam maknanya.

"Halah halah kau ni. Ohh ye lah, lupa. Kau sorang je yang tak buat dosa, " Zedi menggulingkan matanya.

"Well, " Izla terus riak. Haa habis lah masuk api neraka.

Zedi pun terus menukar siaran ke anime.

"WOI! " amik kau.. Keluar suara jantan dia.

"Mende kau ni? Cakap elok- elok tak boleh? Macam jantan pula terjerit- jerit, " kata Zedi tanpa rasa bersalah kerana menukar siaran dengan selamba.

"Aku nak tengok Extraordinary You lah. Kau tengok lah Naruto Shippuden tu lain kali! "jerit Izla.

"Halah halah. Happy ending punya. Pergilah lah tengok dekat Netflix, "balas Zedi selamba.

"Aaaaaaa. Aku nak tengok dekat tv. Baru HD! Hero tu handsome tau! " jerit Izla.

"I. Don't. Care, " Zedi tetap menonton Naruto Shippuden walaupun Izla di tepi dia dah macam orang gila.

"Tak guna punya kawan, "kata Izla.

"Eleh. Kawan tak guna ni juga nanti kau cari bila ada masalah, " balas Zedi sambil menonton Naruto Shippuden.

"Bagilah aku tengok Extraordinary You. Kau tengok lah Naruto lain kali, " pujuk Izla.

ZIQHAS: The Ending [Edit]Where stories live. Discover now