"Saya sebenarnya teringin sangat nak tengok muka Jihee.Mesti dia cantik kan?"ujarku sekadar berbasa basi bagi mengelakkan suasana menjadi lebih janggal.

"Boleh.Mari aku tunjukkan."

Telefon pintar berjenama Samsung Z Flip yang terletak di atas meja kecil di sebelah katil diambil oleh Jin.

Dia menekan-nekan skrin telefonnya lalu telefon itu diserahkan kepada aku.

"Mari saya tengok betapa canti-"

Bicara aku terhenti tatkala mata aku melihat wajah mendiang isteri Jin.

Mata aku gosok beberapa kali.Takut aku tersilap tengok.

Tak mungkin wajah isteri Jin begini.Betul ke apa yang aku tengok ni?

"Jin,ini ke gambar isteri awak?Awak tak tersilap tunjuk gambar kan?"soalku yang masih tidak dapat mempercayai perempuan di dalam telefon Jin itu ialah mendiang isteri Jin.

"Jin,ini ke gambar isteri awak?Awak tak tersilap tunjuk gambar kan?"soalku yang masih tidak dapat mempercayai perempuan di dalam telefon Jin itu ialah mendiang isteri Jin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Inilah gambar mendiang isteri aku.Takkanlah aku tersilap tunjuk gambar mendiang isteri sendiri pula?Kenapa kau nampak terkejut sangat?"soal Jin kembali.

Dalam banyak-banyak muka orang dalam dunia ni,kenapa muka isteri Jin macam muka aku?Permainan takdir apakah ini?

"Gila tak terkejut.Muka mendiang isteri awak sebijik macam muka saya tau.Cuma saya comel lagilah.Dan saya dah buat keputusan."ujarku sambil memandang tepat ke mata Jin.

Jin menjungkitkan kening kirinya sebagai menandakan apa kepada keputusan.

"Disebabkan muka saya sama macam muka mendiang isteri awak dan awak pun masih tak dapat lupakan mendiang isteri awak,saya buat keputusan untuk ajak awak kahwin dengan saya.Jom kahwin!"

Aku selamba mengajak Jin berkahwin dengan aku tanpa segan silu mahupun malu.

Jin merenung aku tajam seperti mahu menelan aku hidup-hidup setelah aku mengajaknya berkahwin.

"Euww,kau ingat aku nak kahwin dengan kau?Kau ni sekolah pun tak habis lagi ada hati ajak duda anak satu ni kahwin.Lagi satu,kalaulah kita kahwin dan dibuatnya kau mengandung,siapa nak jawab?
Mana kau nak belajar lagi,mana kau nak uruskan anak lagi.Bebal!"bebel Jin sambil bercekak pinggang.

Aku ketawa terbahak-bahak mendengar bebelan Jin.Jin ni boleh tahan gatal juga.

Aku baru ajak dia kahwin dia dah cakap pasal topik mengandung dan anak.

Amboi,advance betul Jin ni.🌚

"Jin,benda simple pun awak nak susahkan kepala otak fikir.Kalau awak takut saya mengandung,kita tak payahlah buat anak.Lepas saya habis sekolah nanti,kita buatlah anak banyak-banyak.Setel masalah."

Pukk!

Bunyi sesuatu berdentum dengan benda yang keras kuat kedengaran.

Sekejap,kenapa bunyi ni kedengaran dekat dengan aku?

Dan,kenapa kepala aku tiba-tiba berasa sakit sekarang?

"Ya Tuhanku,semoga ketukan padu handphone Samsung Z Flip aku tadi dapat membersihkan otak kuning Yoonji yang sudah tercemar."

Jin menadahkan kedua-dua tangannya untuk berdoa kepada Tuhan setelah mengetuk kepala aku dengan telefonnya.

"Ya Tuhan,semoga Kau membuka pintu hati Jin agar dia bersetuju untuk berkahwin dengan aku.Aku memohon padamu,Tuhan."ujarku menyertai Jin yang sedang berdoa.

Manakala,di luar bilik Jin,ada seseorang yang mencuri dengar perbualan mereka berdua tanpa mereka sedari.

"Ouhh,noona gatal nak kahwin dengan Jin hyung eh.Aku nak kena report pasal hal ni pada omma dan bapak.Biar noona kena marah."getus lelaki pendek berkulit putih pucat di luar bilik Jin itu.

To be continued...

A/N:

So,happy tak Jin hidup lagi?

Okay tak weh bab ni?Aku murung dengan Yoonji dalam bab ni🌚

Aku rasa ff ni maybe habis dalam bab 40.Lima bab penuh dengan kebebalan Yoonji lagi😂

[C]Crush Minta Kaki | KSJWhere stories live. Discover now