"P-pastikan k-kau potong rambut kau.A-aku nak t-tengok."getus suara lelaki yang amat aku kenali.

Bukankah ini suara Jin?

Kepala diangkat sedikit menghadap Jin.Jin tersenyum tawar memandang aku.

"Jin?Awak dah sedar?Masa bila awak sedar?"soalku agak terkejut.

Jin menanggalkan alat bantuan pernafasan yang menutupi mulut dan hidungnya sebelum mula berbicara.

"Aku dah lama sedar.Aku sedar sejak kau balik bilik wad sekejap untuk makan ubat tadi."

Kalau Jin dah sedar masa aku balik bilik wad tadi,maknanya dia dah sedar sejam yang lalu.

Kenapa dia pura-pura tak sedar sedangkan dia dah sedar?

Aku kena prank ke apa ni?Dia berpakat dengan siapa untuk kenakan aku ni?

"Kalau awak dah lama sedar,kenapa awak tak bangun masa saya panggil nama awak tadi?Buat penat je saya melalak menangis tadi.Membazir air mata saya."

Akibat geram dipermainkan oleh Jin,lengan sasanya itu aku pukul dengan selipar.

"Aduh,sakitlah.Mana boleh kau pukul aku seorang je.Kau kena pukul Jungkook sekali.Dia yang cadangkan untuk aku buat prank ni."

Pengakuan Jin membuatkan aku berhenti memukulnya.Aku dah agak ini mesti kerja si kepala kelapa tu.

Klerk!

Pada ketika itu juga,kedengaran bunyi pintu bilik Jin dibuka daripada luar oleh seseorang.

"Ayo,ladies and gentlema-"sapa Jungkook ceria namun dicantas oleh suara jeritan aku.

"JEON JUNGKOOK!MARI SINI KAU!BERANI KAU DAN JIN PRANK AKU!TAK GUNA PUNYA KEPALA KELAPA!"jeritku sambil memakai selipar untuk mengejar Jungkook.

"ALAMAK,MATI LA NAK!JINNNN!!!KENAPA KAU BERITAHU YOONJI?TAK GUNA PUNYA ABANG TIRI!"pekik Jungkook sambil berlari pecut keluar daripada bilik.

Tidak sempat aku mahu bangun daripada kerusi,tangan aku dipegang kemas oleh Jin.

"Duduklah sini.Teman aku.Aku ada benda nak cakap dengan kau."ujar Jin bernada serius.

Akur dengan permintaan Jin,aku membatalkan niat untuk mengejar Jungkook.

"Awak nak cakap apa?Cakaplah.Saya dengar."

Jin perlahan-lahan bangun daripada baringnya.Dia kemudiannya menarik lembut aku ke dalam pelukannya.

"Terima kasih,Yoonji."ucap Jin dengan nada suara bergetar.

Getaran dalam suara Jin kedengaran seperti dia sedang menahan tangis.

"Terima kasih?Kenapa awak ucap terima kasih pada saya?"soalku yang hairan dengan ucapan terima kasih Jin.

"Terima kasih sebab dah tembak aku.Disebabkan kau,aku dapat jumpa mendiang isteri aku dalam koma."ucap Jin lagi.

Esakan halus Jin dapat aku dengari walaupun hanya perlahan.

Jin sedang menangis ke sekarang?

"Sama-sama.Bertuah Jihee dapat awak sebagai suami dia.Walaupun dia dah tak ada,awak masih ingat dia.Ingatan awak terhadap Jihee terlalu kuat sampai dia masuk dalam koma awak."

Jin meleraikan pelukannya dengan aku.Dia kelihatan terkejut ketika mendengar aku menyebut nama mendiang isterinya.

"Macam mana kau tahu nama mendiang isteri aku?"soal Jin.

"Awak pernah sebut nama Jihee masa awak pengsan lepas awak kena bola hari tu."balasku menjawab soalan Jin.

Suasana antara aku dan Jin menjadi janggal seketika.Aku senyap.Dia senyap.

[C]Crush Minta Kaki | KSJWhere stories live. Discover now