💀ZOMBIE: 21

655 96 67
                                    

Mingyu menghentikan keretanya di tempat yang jauh dari Zombie.

Mingyu dan Dr. Cha menolong bawa aku dan Hyunjae keluar dari kereta itu.

Kami berdua di sandarkan di kereta.

Keadaan kami sangat tenat.

"Hyunjae-ah, Yuha-ah korang okey?" Soal Mingyu risau.

"Nae..." jawab kami berdua lemah.

Urat di leher kami mula timbul dengab jelas.

Bekas gigitan zombie itu semakin merebak.

"Dr. Cha bukan ke Dr ada bawa penawar tu?" Soal Mingyu pada Dr. Cha.

"Ah. Nae!" Dr. Cha menyeluk kocek seluarnya mengambil botol kecil yang berisi penawar itu.

"Penawar ni boleh sembuhkan diorang kan?"

"Nae. Tapi...saya cuma ada satu botol je. Kalau di bahagikan kepada dua, mereka tidak dapat sembuh kerana sukatan penawar ni telah ditetapkan untuk sembuh seorang sahaja." Terang Dr. Cha.

"Maksud Dr?"

"Kita cuma boleh selamatkan salah seorang dari mereka berdua" beritahu Dr. Cha sambil memandang wajah kami berdua serba salah.

Mingyu terduduk selepas mendengar kenyataan itu.

Dia memegang kepalanya dengan kedua-dua tangannya. Dia kelihatan sangat tertekan.

Aku rasa sangat bersalah dengannya.

"Mingyu-ah, beri sahaja penawar tu pada Hyun--"

"Beri penawar tu pada Yuha" potong Hyunjae.

Kami bertiga memandang Hyunjae yang berada di sebelah aku.

Hyunjae memandang aku dengan senyuman kecil.

"An-Andwae...awak perlu terus hidup" kataku padanya.

"Tak. Awak yang perlu terus hidup. Keluarga awak sedang menunggu awak."

"Tapi...."

"Gwenchanayo, saya dah tak ada sesiapa di dunia ni." Kata Hyunjae dengan senyuman manis.

Mata aku yang bergenang terus mengalir dengan deras.

"Jangan menangis..." 

Hyunjae memeluk aku erat.

Aku menangis di dalam pelukannya.

"Jangan risaukan saya. Awak kena terus hidup." Pujuk Hyunjae.

"Dr. Cha, beri penawar tu pada Yuha" arah Hyunjae.

Dr. Cha menghulurkan penawar itu pada aku.

"Minum" kata Hyunjae dengan suara yang lembut.

Berat hati aku untuk minum penawar itu.

Air mata Hyunjae akhirnya mengalir.
Bertambahlah berat hati aku nak minum penawar itu.

Hyunjae memegang tangan aku dan menolong aku minum penawar itu.

Apabila aku habiskan penawar itu, Hyunjae mengusap kepala aku.

"Jangan lupakan saya ye" kata Hyunjae yang masih mengusap kepala aku.

Aku mengangguk kecil kepala aku.

"Mingyu-ah, pastikan mereka berdua sampai sana dengan selamat" kata Hyunjae pada Mingyu.

Mingyu menganggukan kepalanya.

"Baik korang pergi sekarang sebelum hari jadi gelap" kata Hyunjae.

ZOMBIEWhere stories live. Discover now