💀ZOMBIE: 17

604 88 7
                                    

Kami semua masuk ke dalam bangunan itu.

Bangunan itu juga dipenuhi dengan darah-darah.

"Nampaknya, diorang terus lepaskan zombie macam tu saje" beritahu Dr. Cha sambil melihat sekeliling kilang itu.

Kilamg itu nampak kosong seperti sudah lama ditinggalkan.

Tapi, kenapa tadi ada kenderaan keluar dari bangunan ni?

"Mari masuk" kata Dr. Cha mengetuai kami.

Kami semua hanya mengikutinya.

•••

Kami masuk ke dalam sebuah bilik besar.

Di dalam bilik besar itu terdapat sebuah meja dan kerusi seperti di bilik CEO.

Tak lain tak bukan, bilik itu milik Seo Inwoo.

Keadaan di dalam bilik itu sangat berabuk.

"Cari penawar tu cepat" arah Dr. Cha yang mula mencari di meja Seo Inwoo.

Kami semua hanya angkur dengan arahan Dr. Cha.

Aku membuka laci di satu per satu. Tetapi tidak jumpa.

Aku terus mencari di rak-rak buka. Mungkin dia selitkan penawar tu dekat buku-buku itu.

Tersentak bahuku apabila rak buku itu tiba-tiba bergerak ke tepi apabila aku menarik salah satu buku di situ.

Mereka yang lain turut terkejut melihat apa yang berlaku.

"Wow. Macam dekat movielah" kata Yunho teruja.

"Ada pintu" kataku sambil berjalan mendekati pintu itu.

Baru sahaja aku nak membuka pintu itu, tiba-tiba Mingyu menghalang aku.

"Biar saya yang buka" kata Mingyu.

"Ah..nae" aku berdiri di belakang dia.

Dr. Cha memandang aku dengan senyuman nakal.

Dahiki berkerut melihat senyuman Dr. Cha itu.

Ingatkan orang macam Dr. Cha tu, serious orangnya. Tapi tak.

Mingyu, Hyunjae, Yunho dan Sejun berdiri di depan sambil memegang kayu bessball dan seumpamanya untuk buat persediaan apabila ada ancaman.

Mingyu memulas tombol pintu lalu menolaknya.

Ianya sebuah bilik yang dipenuhi dengan kertas.

"Itu penawarnya!" Kata Dr. Cha yang ternampak botol kecil yang mengandungi cecair warna biru di atas meja.

Dr. Cha mengambil botol itu.

"Cuma ada satu?" Soal Hyunjae.

"Nampaknya macam tu lah. Sekejap"

Mata Dr. Cha tertarik pada papan putih yang tergantung di dinding.

Terdapat banyak tulisan di atas papan putih itu.

Kami semua hanya mengikuti Dr. Cha yang berjalan mendekati papan putih itu.

"Apa maksud tulisan ni?" Soalku ingin tahu.

"Ramuan penawar ini" beritahu Dr. Cha sambil menunjukkan penawar yang dijumpainya tadi.

"Kita patut ambil ramuan ni. Ada sesiapa bawa telefon?" Soal Dr. Cha pada kami semua.

Kami hanya balas dengan gelengan. Kebanyakkan telefon kami kehabisan bateri dan ada juga yang hilang semasa hari pertama virus itu muncul.

"Terpaksalah saya tulis dekat kertas" kata Dr. Cha.

Dr. Cha ambil kertas kosong yang berada di atas meja lalu salin semua yang tertulis di atas papan putih itu.

Sementara Dr. Cha salin ramuan itu, kami yang lain melihat sekeliling bilik itu.

"Korang tengok ni" panggil Mingyu.

Kami semua kecuali Dr. Cha pergi ke arah Mingyu yang berdiri di depan Tv.

Di tv itu terpapar tempat-tenpat yang dirakam dengan cctv.

"Wae?" Soal Sejun.

"Tengok ni" Mingyu menunjuk ke arah salah satu tempat.

Dahiku berkerut melihat tempat yang dirakam cctv itu.

"Zombie" sebutku.

Mereka merapatkan wajah mereka dengN tv itu agar dapat melihat lebih jelas.

"Banyaknya" kata Hyunjae terkejut.

"Kalau semua zombi tu terlepas, habislah kita" kata Yunho pulak.

"Saya dah siap salin. Mari kita pergi" kata Dr. Cha.

"Kajja"

Apabila kami keluar dari bilik itu, ada beberapa orang menghalang laluan kami sambil mengacu senapang pada kami semua.

Kami semua tergamam.

"Habislah kita..." gumam Sejun di sebelah aku.

Seorang lelaki tinggi muncul dari belakang orang yang pegang senapang itu.

"Seo In Woo" sebut Dr. Cha perlahan apabila Seo InWoo muncul di hadapan mereka.

Seo In woo tersenyun sinis memandang Dr. Cha.

"Hai Dr. Cha" sapa Seo Inwoo.

Dr. Cha memandang Seo Inwoo dengan pandangan yabg tajam.

Aku memandang mereka berdua pelik.

Diorang pernah kenal antara satu sama lain ke?








TBC

ZOMBIEWhere stories live. Discover now