---
crush || woozi-author pov-
"Just follow me" ujar Jihoon. Harin hanya menganggukkan kepala kemudian tangan kanannya menggenggam kuat baju yang di pakai oleh Jihoon manakala tangan kirinya masih dipimpin kemas oleh Jihoon.
Jihoon memandang sekilas Harin. Kemudian kembali fokus pada jalannya. Ya mereka lost ya gais.
"Mana talinya pulaaaaaa." gumam Jihoon. Harin mengangkat kepalanya. Dalam samar-samar cahaya bulan yang mengenai wajah Jihoon , dia pandang lama.
Nasib aku rabun jauh. Desis hati Harin.
Menyepat pula budak kecil ni nak usha crush dia. -. -
"jangan nak ambil kesempat dalam kesempitan ya." Jihoon menjetik dahi Harin menggunakan tangan kirinya. Harin tersengih sambil tersedu-sedan. Efek selepas nangis katakan.
Jihoon mula fokus semula pada pencarian tali. Harin hanya mengikut langkah Jihoon. Keadaan hening semula. Hanya bunyi cengkerik menjadi penyeri malam itu.
"Sunbae.."
"Hm"
"Saya lapar.." Rungut Harin kemudian berhenti dari berjalan. Jihoon tetap menggenggam kemas pergelangan tangan Harin.
Ehe saja ingat kan aums
"Jadi? Kita kat hutan kan ? Kau nak makan rumput tu?" bebel Jihoon. "Jangan memacam , cepat jalan." Sambung Jihoon kemudian menarik lembut tangan Harin.
Harin mendengus. Dia menyeluk tangannya ke dalam poket seluar. Dua bar coklat dia tunjukkan pada Jihoon. Jihoon memberhentikan langkahnya.
"Saya saja sedia awal hehe" Harin menayangkan sengihan kekok ke arah Jihoon yang memandangnya tajam. Jihoon menilik jam tangannya.
"Dah pukul 11.50 , sepuluh minit lagi nak masuk pukul 12 malam. Kau nak tidur sini ke ?" Bidas Jihoon lalu menjulingkan mata ke atas.
"Maknanya kita dah berjalan selama 30 minit lah ? Dan tak jumpa jalan keluar ?" Soal Harin. Takut-takut dia menuturkan ayatnya.
"Ye! Jangan buang masa!" Ujar Jihoon dengan nada suara yang keras. Harin mendiamkan diri. Dah lah spect hilang di bawa lari kak ponti , sesat lagi tu.
"Mesti sunbae laparkan? Sunbae penat? Mesti saya dah susahkan sunbae kan?" Soal Harin.
"Tahupun." Gumam Jihoon perlahan tapi dapat didengari oleh Harin. Harin mencebik. Dia menyimpat semula coklat tadi di dalam poketnya. Jawapan tak pernah tak menyakitkan hati! Desis hati seketul Harin.
❄
"Bwo?! Dua ahli kamu hilang ?! Macam mana boleh ? Apa peranan kau sebagai ketua kumpulan hah ?!" Bentak Jaesuk Saem. Wajahnya memerah menahan amarah.
Kyunghoon selaku ketua kumpulan 7 hanya menundukkan kepalanya. Jaesuk saem mengurut pelipisnya. Semua peserta sudah berbisik satu sama lain.
Seokmin pula sudah tidak dapat duduk diam. Dia mendekati Hana dan Haeyoung. "Seokmin! Harin dia ㅡ"
Seokmin mencantas kata-kata Haeyoung. "Ya aku tahu." Jawab Seokmin agak perlahan. "Dia hilang dengan crush pulak tu . Apeh bodoh sangat." Gumam Seokmin dan berjalan memasuki barisan kumpulannya.
YOU ARE READING
Crush || 우지 [svt] ✅
Fanfiction•[호감 || 우지]• "awak comel !" "memang pun , kau je tak perasan" -cast- •leejihoon •baeharin •leeseokmin •dokyunghoon start ; 31.03.20 end ; 21.04.20 ©fckdaaalbyeoool