5

210 7 5
                                    

Suria tinggal sendirian di KL selepas mendapat kerja sebagai tenaga pengajar di sebuah kolej swasta. Pada mulanya dia agak skeptikal, mampukah dia mengajar dengan baik? Bolehkah pelajar-pelajar menerima dia sebagai guru mereka? Memikirkan yang dia akan menjadi salah seorang yang bertanggungjawab dalam menentukan masa depan pelajar-pelajar, dia sedikit tertekan. Tetapi pada masa yang sama dia teruja.

I'll give you my best, kids. Itu ikrarnya. Terasa juga seperti mak-mak gayanya ketika melayan anak-anak didiknya. Padahal jarak umur mereka bukanlah jauh sangat. Lebih kepada kakak dan adik-adik. Kerana dia tinggal sendirian di rumah, Suria lebih banyak menghabiskan masanya di kolej. Cara untuk dia mengelak daripada rasa sepi.

Khairi masih di sana, di US, bekerja dengan airline, based di Florida. Suria pasrah, asal saja dia tidak lupakan janji dia. Mereka kekal berhubung melalui telefon setiap malam, masing-masing update aktiviti seharian. Usiapun masih muda, membina kerjaya menjadi keutamaan.

"You ingat Adam tak?" Suria teringat pertanyaan Khairi lewat perbualan mereka malam tadi. Tiba-tiba sahaja nama Adam muncul. Poof! Seperti genie biru dalam cerita Aladdin.

"Adam?" Fikiran Suria kabut seketika. Adam mana pula ni?

"Hello, takkan kawan lama pun dah lupa. Kita sama-sama buat study group dulu. You, me, Jihan, Hazman and Adam. Remember?" jelas Khairi. Bagaimana Suria boleh lupa tentang Adam. Bukannya Adam tak pernah rapat dengan dia. Tak silap, Adam pernah meluahkan perasaannya terhadap Suria. Agaknyalah. Yang pasti, Adam pernah mengaku dia sukakan Suria di hadapannya.

"Oh! That Adam. Dah, dah ingat sekarang. Kenapa dengan dia?"

Khairi sedikit sebanyak lega kerana selama dia terpisah dengan Suria, Adam tidak cuba menghubungi Suria. Jawapan Suria mengesahkannya. Kesayangannya ini tidak pandai berbohong. Kalau dicubapun, pasti kantoi.

"Hazman ada cakap apa-apa pasal dia tak?"

"Tak pula dia cakap apa-apa. I tak pasti jika mereka ada berhubung ataupun tak. Kalau ada, tentu dia ada beritahu saya. Macam awak cakap, kitakan pernah join study group sama-sama.," jelas Suria. Keliru dia. Hujan tak, ributpun tak, so why the third degree. "Boleh saya tahu mengapa awak sibuk sangat tanya pasal Adam ni? Ada apa-apa yang berlaku kepada dia ke?"

"Bukan apa-apa. I asked because he contacted me out of the blue a few days ago."

"Oh ya? Cari kawan lamalah tu. Sihatkah dia?"

"Sihat, alhamdulillah. Dia sekarang dah jadi orang minyak," Khairi menjawab dengan tenang biarpun jiwanya sedikit kacau. Entah mengapa sejak Adam menelefon dia tempoh hari, ada kerisauan menerjah. Mana tidaknya, asyik bertanya tentang Suria. Suria di mana, Suria buat apa sekarang, Suria itu, Suria ini. Memang wajar dia berasa curiga dan sedikit risau tentang apa yang ada dalam benak Adam. Dia berada jauh, di luar negara juga tidak membantu. Dia tidak mempunyai apa-apa ikatan yang 'sah' dengan Suria juga antara penyumbang terbesar kecelaruan jiwa pada ketika itu. Walaupun Suria tidak pernah merungut, tetapi dia tahu Suria mengharapkan dia menetap di Malaysia. Lebih tepat lagi di KL.

"Orang minyak apa pula ni! Minyak kelapa sawit ke? Atau minyak attar?" Sengaja Suria cuba berjenaka tetapi lawaknya tak sampai. Hambar tahap nak senyum pun terasa tak berbaloi.

"Oil and gas. Dia kerja di pelantar minyak. Tiga bulan sekali balik ke darat. He called to find out if he could see you..."

Suria terdiam. Cari aku buat apa, gerutunya. Cuba cari Sofian ke, Hazman ke. Atau ramai lagi kawan-kawan lain yang dia boleh cari. Batch kita ada 222 orang. Pilihlah yang mana-mana. Ramaikan yang ada tu. Takkanlah tak ada orang lain.

"Suria?"

"Ya?"

"I told him to ask you himself. It's really up to her to decide although I'm her precious boyfriend whom she loves wholeheartedly..." Cuba berlawak tetapi sebenarnya dia serius. Please say you won't see him... Pada ketika itu dia rasa tidak berdaya dan keyakinan diri sedang menghampiri paras bahaya.

Alusmitai (TO BE PUBLISHED)Where stories live. Discover now