Bab 2 💖

1.1K 114 13
                                    

Kek terus disuap dalam mulutnya. Sedap. Selepas dia makan, terus memasuki biliknya. Komputer dibuka. Boboiboy cuba menghubungi Amato dan Aisyah. Tidak berapa lama kemudian, panggilan dijawab.

"Ya, Boboiboy. Kenapa telefon malam ni?" soal Amato. Maklumlah waktu London dan Malaysia sedikit berbeza.

"Mama papa. Boboiboy cuma nak cakap sesuatu" ujar Boboiboy. Dia bermain dengan jarinya.

"Ya. Kenapa?" tanya Aisyah.

"Boboiboy nak cakap. Sekarang kan Boboiboy dah habis SPM, Boboiboy cuma nak balik ke rumah Tok Abah" jelas Boboiboy.

"Maksud Boboiboy nak berehat di Pulau Rintis?" tanya Aisyah kembali. Boboiboy sengih dan menangguk.

"Hmm. Boleh. Tapi" belum sempat Amato berkata habis, Boboiboy terus menyampuk.

"Alah, tak payahlah bawa bodyguard. tak best lah. Boboiboy nak bebas, lagipun Boboiboy boleh jaga diri" cantas Boboiboy. Dia menepuk bahunya beberapa kali.

"Huh, yalah Boboiboy. Kamu boleh pergi." jawab Amato.

"Yeay!" teriak Boboiboy dan menepuk tangannya. Tergeleng kepala Amato dan Aisyah melihat perangai anaknya macam budak-budak.

"Hati-hati" pesan Aisyah.

"Jangan lupa bawa duit, kad kredit tu. Tok Abah tu bukan banyak duit nak tanggung kamu" ujar Amato. Boboiboy terus membuat tabik tangan di atas kepalanya.

"Baik pa!" teriak Boboiboy.

"Bye sayang!" lambai Aisyah. Boboiboy senyum dan lambainya juga. Komputer terus ditutup.

Pintu diketuk bertalu-talu. Boboiboy berjalan ke arah pintu dan membukanya. Terjengul maid di hadapan biliknya.

"Minuman tuan dah siap" kata maid, tegas.

"Letak kat atas meja tu" arah Boboiboy. Maid menangguk dan meletak minuman di atas meja tuannya.

"Nanti Rul pergi ke Pulau Rintis. Jaga rumah ni elok-elok. Kalau ada apa-apa berlaku, siap kamu" ujar Boboiboy, tegas. Maid itu mengangguk dan pergi meninggalkan bilik tuan nya. Pintu terus ditutup oleh Boboiboy.

"Tak sabarnya nak jumpa atuk" teriak Boboiboy, dia terus ke almari pakaiannya dan keluarkan semua pakaian untuk bersiap sedia ke rumah Tok Abah.












Pintu kereta api dibuka. Mata Boboiboy melirik sekeliling stesen kereta api. Dia mengecam seorang lelaki tua yang memakai baju t-shirt biru dan memakai topi di kepalanya. Boboiboy terus lari kearahnya.

"Eh, Boboiboy" gertak Tok Abah. Dia terus memeluk satu-satu cucu kesayangannya. Tok Abah menggosok kepala cucunya.

"Boboiboy rindu atuk" gumam Boboiboy.

"Atuk pun rindu Boboiboy. Jom Boboiboy, kita pergi rumah atuk. Atuk dah sedia bilik Boboiboy cantik-cantik tau"

"Ye ke? Buat susah je atuk ni."

"Mana susah. Jom pergi"

Tok Abah terus menarik Boboiboy ke keretanya. Mata Boboiboy melirik sekeliling. Semua orang tak mengenalnya. Nasib baik.

Mudahlah tiada fangirls mengejarnya, budak lelaki mencemuh dan berpura-pura berkawan dengannya. Kehidupannya akan berubah di sini.




Sesampai di depan pintu rumah, Tok Abah mengetuk pintu. Dan terus pintu dibuka seseorang. Boboiboy menatap 'orang' itu.

"Terima kasih Ochobot jaga rumah atuk" kata Tok Abah dan semyum ditayangnya.

"Siapa ni atuk?" tanya Boboiboy. Dia meneliti orang di hadapannya. Memakai cermin mata dan memakai baju t-shirt warna kuning.

"Ini Ochobot, anak jiran atuk. Atuk upah dia jaga rumah atuk, sebab dia pun nak kumpul duit, dua tahun lagi dia nak belajar universiti. Dia nak siap sedia, takut duitnya tak cukup. Dia pun pekerja kat Kedai atuk. Rajin dan bijak budak ni" puji Tok Abah. Ochobot tersengih dan Boboiboy hanya meng'ooo'kan sahaja. Boboiboy mengulurkan tangannya bersalam.

"Hai Ochobot. Saya Boboiboy" ucap Boboiboy. Senyum ditayangkannya.

"Hai Boboiboy. Kamu ni?" tanya Ochobot keliru. Boboiboy terkekek ketawa.

"Cucu atuk lah!" jawab Boboiboy. Dahi Ochobot dikerut dan dia menoleh memandang Tok Abah.

"Tok Abah tak kata Tok Abah ada cucu?" tanya Ochobot. Tok Abah garu kepalanya

"Tok Abah memang ada cucu lah. Sekali sekala dia je balik. Kau tak nak dengar cerita atuk" bebel Tok Abah. Ochobot menangguk dan senyum.

"Ok, Tok Abah dan Boboiboy. Ochobot nak balik dulu. Bye!" lambai Ochobot dan terus keluar rumah. Tok Abah dan Boboiboy terus balas melambai kepada Ochobot.

Mereka terus masuk rumah balik. Tok Abah mengunci pintu dan Boboiboy hanya di belakangnya.

"Boboiboy, atuk nak masak. Kamu masuk lah bilik kamu. Kat atas, belah kanan. Letak beg kamu sekali" pesan Tok Abah.

"Baik Tok Abah" kata Boboiboy. Dia menaiki tangga dan masuk bilik yang dimaksudkan oleh Tok Abah.

Tangannya memutar tombol pintu dan perlahan-lahan membuka pintu. Tergamamnya melihat sekeliling bilik. Cantik.

"Pandai atuk hias"

Boboiboy meletak begnya di tepi katil. Dia terus merebahkan badannya di atas katil. Setelah berjam-jam di dalam kereta api, akhirnya dapat baring. Selesanya.

"Boboiboy! Jom makan!" laung Tok Abah.

"Ok" terus Boboiboy bangun dan turun ke meja makan.

Senyumlah BoboiboyOù les histoires vivent. Découvrez maintenant