- 12 -

2.6K 269 31
                                    

Soalan yang sama sentiasa berlegar di dalam kepala aku. Patut kah soalan itu aku tanyakan kepada Taehyung?

Taehyung kelihatan sungguh berselera menikmati makanannya.

" Taehyung. " aku memanggilnya perlahan. Taehyung memandang aku sambil mengunyah makanannya.

Patut tak aku tanya?

Ah tanya je.

" Kenapa a-awak jadi pembunuh ? " perlahan aku bertanya. Pandangan terus aku alihkan kebawah. Hujung baju aku dipegang erat.

Taehyung ketawa kecil.

" Habiskan makan dulu, nanti saya cerita. " katanya sambil tersenyum.

Aku mula berasa serba salah selepas melihat senyumannya.

Takut.

Aku takut senyumannya itu sebenarnya senyuman palsu.

--

Soalan yang ditanya Seorin bermain di kepala aku.

Tak apa, dia perlu tahu.

Aku sudah melicinkan pinggan aku, terus aku bawa ke sinki dan cuci.

Aku menoleh untuk melihat Seorin, dia makan dengan perlahan. Aku tersenyum kecil melihatnya.

Meja makan tadi aku dekati dan aku duduk di sebelah Seorin. Telinga Seorin aku dekati.

"Cepat makan, nak bercerita ni. " bisik aku lalu tersenyum.

Seorin cuma mampu tersenyum lalu dia makan dengan kelajuan normal.

Aku perhatikan saja gelagat gadis kecil ini. Dia bangun membawa pinggan yang sudah kosong ke arah sinki.

Seorin kembali. Belum sempat dia duduk kembali, aku bangun dan mencapai tangannya.

Aku membawa Seorin ke ruang tamu.

" Duduk sini. " arahku. Seorin akur lalu dia duduk di sebelah aku.

--

Taehyung menarik nafasnya sedalam yang mampu dan kemudiannya dia menghembuskannya perlahan-lahan.

" Betul awak nak tahu? " soalnya. Aku menjawab dengan anggukan.

" Eomma, appa. Diorang mati kena bunuh. Depan mata saya. " terangnya.

Aku agak terkejut. Eomma, appanya mati? Depan mata dia? Adakah soalan aku ini sebenarnya mengguris perasaannya?

" Jadi, saya berniat nak balas dendam. " sambungnya lagi.

Aku memegang tangan Taehyung.

" Maaf, saya tak tahu. " kata aku. Matanya yang sayu aku renung. Ya, mata itu menunjukkan yang dia terlalu sedih.

Taehyung tersenyum. Kepala aku diusap perlahan.

" Tak apa, sayang. " ucapnya.

--

" Jom pergi dating nak hari ni? " ajak Taehyung.

Aku berfikir sejenak. Jam di dinding menunjukkan 8:30 pagi dan kami pun masih belum bersarapan.

" Boleh, jom . " kata aku. Taehyung tersenyum riang. Dia sempat mencium pipi aku sekilas sebelum naik ke atas.

Aku taepaku, taecydukkk. Terasa hangat pipi aku menahan malu.

Pipi kiri dan kanan aku tepuk perlahan. " Dah, Seorin. Cepat , jom siap. " kata aku pada diri sendiri sebelum bergerak ke bilik untuk bersiap.

--

tbc


Selamat berpuasa semua orangggg! BALAS NI KALAU TAK, TAKNAK KAWAN HUMPHHH!

XOXO

[ ✔ ] ᴅᴇᴀʀ ᴍʀ.ᴋɪʟʟᴇʀ [ᴋɪᴍ ᴛᴀᴇʜʏᴜɴɢ]Where stories live. Discover now