- 11 -

2.7K 284 16
                                    

Fast time skip // 3 bulan kemudian

Hari demi hari, aku semakin selesa dengan Taehyung. Malahan perasaan aku terhadap dia juga turut berubah.

Sisinya sebagai seorang pembunuh memang langsung tak ada setelah 3 bulan dia menjaga aku.

Walaupun dia seorang pembunuh upahan, sejak kebelakangan ni dia memang dah tak ada pergi buat kerja tu lagi.

Sentiasa ada dekat rumah.

Tapi, aku masih belum menanyakan satu soalan kepadanya.

" Seorin. Buat apa tu? " teguran Taehyung mematikan lamunan aku.

Taehyung terus melabuhkan punggungnya di atas sofa bersebelahan aku. Alat kawalan televiesyen dicapai olehnya.

" Tengah menjahit ni. Tak nampak ke? Hahha " jawab aku kononnya ajak bergurau.

Taehyung memandang aku atas bawah. Dahi aku pula dipegang, kemudian leher aku.

" Kau demam ke ? " soalnya.

Aku laju menafikan. Apahal tiba-tiba cakap aku demam?

" Dah tu, kenapa cakap kau tengah menjahit sedangkan kau tengah tengok tv? " soalnya lagi.

Aku tergelak mendengar jawapan Taehyung.

" Taehyung, saya bergurau jela. Apa ni ambil serius. Janganlah sampai macam tu sekali. " kata aku sambil tersenyum sinis.

Taehyung pula tergelak.

" Aku pun saja je. Takkan lah aku ni bodoh sangat. Hahahaha " balas Taehyung diselangi tawa riangnya.

Jujur, selama 3 bulan ni memang perasaan aku terhadap Taehyung berubah.

Taehyung, si pembunuh upahan. Tetapi, melayan aku seperti sang isteri. Memang sisi seorang pembunuh itu tak ada.

Aku, bahagia bila dengan dia.

--

Aku memandang Seorin. Khusyuk betul dia menonton filem .

Tiba-tiba Seorin mengalihkan pandangannya ke arah aku. Cepat - cepat aku alihkan pandangan ke arah televisyen.

" Ada nak cakap apa apa ke, Taehyung? " soalnya.

Aku menggelengkan kepala tanda tidak.

Seorin kembali menonton filem.

" Seorin. " panggil aku.

Dia mula membawa pandangannya ke arah aku.

" Still remember my confession ?" soal aku.

Seorin tersenyum kecil.

" Mestilah ingat. " jawabnya sambil tersenyum.

Aku juga tersenyum melihatnya.

" Jadi? " aku menyoalnya kembali.

Seorin menarik nafas dalam dan menghembuskannya perlahan.

Seorin mengangguk.

" Saya dah jatuh cinta dengan awak, Kim Taehyung. " katanya. Pipinya mula merona merah menahan malu.

Senyuman di wajah aku terukir lebar setelah mendengar jawapan Seorin. Hati aku melonjak gembira.

Perasaan ini lain daripada lain.

Aku terlalu teruja dan gembira.

Tubuh genit Seorin terus menjadi sasaran aku. Aku terus memeluknya erat.

" Terima kasih, Seorin. " bisik aku perlahan.

--

Makan malam pertama sebagai pasangan kekasih. Why not?

Makanan yang terhidang di hadapan aku telah membuatkan Seorin tersenyum lebar. Wajahnya menunjukkan riak teruja.

" Awak buat semua ni ke , Taehyung? " soalnya sambil tersenyum memandang aku.

Aku mengangguk kecil sambil tersenyum kotak.

Ini kali pertama aku melihat Seorin gembira, terlalu gembira dan ceria. Inilah diri Seorin yang sebenarnya.

Tapi, kenapa makciknya mahu aku bunuh dia?

--

tbc

[ ✔ ] ᴅᴇᴀʀ ᴍʀ.ᴋɪʟʟᴇʀ [ᴋɪᴍ ᴛᴀᴇʜʏᴜɴɢ]Where stories live. Discover now