Bab 55

1.2K 54 2
                                    


Hani teringin sangat nak mandikan jenazah mak kandungnya namun dirinya tidak kuat. Saat lafaz basmallah bacaan yaasin dimulakan, air mata Hani semakin lebat. Danial yang duduk berhadapan dengan Hani tidak mampu untuk memujuk adiknya lagi. Sudah ditolak, ditamparnya tubuh jejaka itu. Seakan-akan mimpi sahaja.

"Sayang." Satu suara menegur Hani dari belakang tubuh gadis itu. Tatkala melihat wajah jejaka itu terus dipeluk erat tubuhnya. Khairul hadir berbaju melayu hitam bersama Alif.

Semakin terasa basah baju melayu Khairul apabila bacaan yaasin semakin ke penghujungnya. Entah lah. Dalam hati Khairul memang bercelaru perasaannya. Tak sangka pula keadaan Hani boleh jadi begini apabila mendapat tahu tentang kematian Datin Yasmin.

Patut ke dia rasa serba salah?

"Sayang, jangan macam ni. Saya tahu awak kuat. Dah, dah. Allah lebih sayangkan mama. Doakan mama tenang dekat sana dan ditempatkan dalam golongan orang yang beriman." pujuk Khairul.

Alif yang duduk bersebelahan dengan mereka sekadar memandang sahaja. Tidak mampu berkata apa. Wajah Khairul dipandang kejap sebelum mata mereka berdua bertembung. Ya, dari segi riak wajah adiknya itu seperti sedang bergaduh dengan perasaan sendiri.

Bacaan doa diaminkan. Danial menatap lalu mengucup wajah Datin Yasmin untuk kali terakhir. Dalam hatinya turut bersedih akan kehilangan mak kandungnya itu namun tidak mahu ditunjukkan. Sayu sahaja Danial melihat Hani yang masih dalam pelukan Khairul.

Pasti Hani trauma akan kehilangan orang yang dia sayang selepas kematian Ilham.

"Pergi cium mama dulu." ujar Khairul. Tubuh Hani ditolak perlahan-lahan dari pelukannya. Gadis kecil itu menapak perlahan mendekati tubuh Datin Yasmin yang elok dikafankan.

Dahi Datin Yasmin dikucup lama. Walaupun Hani tidak dapat merasa kasih sayang seorang ibu, namun perasaan sayang terhadap ibunya itu masih menebal. Datin Yasmin yang mengandungkannya selama 9 bulan, melahirkan dan membesarkannya walaupun seketika. Dia tetap mak kandung Hani. Tiada sesiapa mampu menggantikan tempatnya.

Kain ditarik lalu ditutup wajah Datin Yasmin. Itu lah kali terakhir Hani dapat melihat wajah yang bertarung nyawa melahirkannya dulu. Para lelaki diarah untuk mengangkat jenazah ke dalam van.

Hujan renyai mula membasahi bumi. Orang ramai sudah mula beredar dari tapak perkuburan. Hanya seorang gadis kecil masih memeluk kubur seakan-akan sedang memeluk jasad seseorang itu. Air mata Hani jatuh bersama air hujan yang turun.

"Khai, kau tak rasa serba salah ke dengan apa yang kita buat ni?" soal Alif tatkala mereka berdua sedang memandang ke arah Hani.

Khairul melepaskan keluhan kecil. "Aku tak tahu nak rasa apa sekarang ni, Alif. Bukan ke Hani benci mak dia tapi kenapa everything going wrong."

"Kau nak tahu sebab apa?" Khairul menoleh ke wajah Alif.

"Apa?"

"Sebab yang kita bunuh tu mak kandung dia, Khai. Mak kandung. Kita pun pernah rasa benda yang sama. Kehilangan mak kandung sendiri. Sakit kan? Itu lah apa yang Hani rasa sekarang. Buat masa ni, kau jaga lah dia. Selalu ada dengan dia, kuatkan semangat dia." jelas Alif lantas menepuk bahu Khairul sebelum beredar.

"Mama, kenapa tinggalkan adik cepat sangat. Adik tak sempat nak dengar suara mama. Walaupun mama layan adik macam anak tiri, adik tetap sayangkan mama. Adik selalu jenguk mama dari luar rumah. Tengok mama senyum pun dah buat adik gembira sangat. Ma, adik sayang mama."

Tubuh Hani dipeluk dari belakang. Tanpa menoleh Hani terus membalas pelukan itu.

"Jom balik. Hujan ni. Nanti awak demam." pujuk Khairul lembut.

"Tak nak. Nanti mama tak ada teman." pantas Hani menjawab. Tangannya masih meraup batu nisan yang terukir nama Datin Yasmin.

"Jangan lah macam ni sayang. Doakan mama tenang dekat sana." ujar Khairul.

Hani membisu seketika. Air matanya sudah mula kering. Kepalanya terasa berat sangat tetapi diabaikan sakit itu. Mungkin terlalu banyak menangis.

"Mama, adik balik dulu. Nanti adik datang dengan abang lawat mama. Bye mama. Assalamualaikum." Hani mengucup perlahan batu nisan sebelum beredar pulang.


































"Abah tak risau ke dengan keadaan rumahtangga Khai. Kalau Hani dapat tahu kerja Khai selama ni, tak ke dia lari daripada Khai?" ujar Alif mengubah topik perbualan mereka. Telah lama Alif memikirkan perkara tersebut.

Sudah lama Khairul menanti saat bahagia bersama Hani.

"Jangan risau lah. Abah tahu Khai sayangkan Hani dan tak akan biarkan Hani pergi macam tu saja. Lagi satu, masa kau berdua buat kerja tu ada sesiapa tak yang nampak? Si Danisha tu ada sekali ke dalam rumah masa tu?" tanya Dato Kamal meminta kepastian.

Takut juga kalau ada jiran-jiran yang nampak muka Alif dan Khairul ketika malam kejadian itu berlaku.

"Tak ada siapa pun nampak. Danisha lepak dekat club malam tu. So line clear." Dato Kamal melepaskan nafas lega.

Apa yang dia fikirkan sekarang ini hanya lah keadaan Khairul dan Hani. Betul juga apa yang Alif katakan tadi. Kalau Hani melarikan diri daripada Khairul, keadaan akan berambah rumit. Tiger pasti akan menggunakan peluang itu dengan membunuh Khairul.

Ya, sasaran Tiger hanya Khairul. Baginya Khairul dah membunuh Fung. Jadi darah perlu dibayar dengan darah. Itu misinya.






















"Sayang, makan lah. Semalam sayang tak makan apa pun." rayu Khairul sambil menghulurkan sudu berisi bubur nasi ke arah Hani.

"Saya tak ada selera. Awak simpan lah. Nanti saya makan. Nak tidur." ujar Hani dingin. Selimut ditarik menutup tubuhnya.

Khairul melepaskan keluhan berat. Mangkuk bubur nasi itu diletakkan di atas meja bersebelahan katil. Langkahnya dibawa keluar dari bilik lalu pintu ditutup rapat. Sunyi sahaja rumah. Selepas kehilangan Datin Yasmin, seri wajah penghuni di dalam rumah ini kian menghilang. Tak sangka pula perkara ini akan berlaku.

Tubuh Khairul disandarkan pada sofa. Wajahnya diraup lama. Entah mengapa dia merasakan dirinya tak guna. Kejam. Tetapi dalam pada masa yang sama dia tidak merasakan perkara itu kejam bagi dirinya. Entah lah. Pening.

"Sudah lah Khai. Jangan risau sangat. Damia memang macam tu. Dulu dia pernah kehilangan seseorang yang dia sayang sangat." tegur Dato Ishak tatkala melabuhkan punggungnya di sebelah Khairul.

Tersentak sedikit hati Khairul apabila mendengarnya. Ilham?

"Papa saya bukannya apa, arwah Ilham tu memang rapat dengan Hani ke?" tanya Khairul ingin tahu. Sudah lama dia ingin mengetahui siapa kah Ilham yang berjaya menghuni hati Hani sebelum Khairul.

"Rapat. Rapat sangat. Sepatutnya mereka berdua berkahwin dalam masa ni. Tetapi jodoh tak sampai. Ilham dah pergi sewaktu mereka sekolah menengah lagi. Ilham tu dah macam sebahagian daripada hidup Damia. Khai jangan risau lah. Itu kisah lama, Damia pun dah boleh terima semua benda ni." luah Dato Ishak panjang.

Khairul sekadar mengangguk kecil. Terasa cemburu sedikit dalam hatinya itu walaupun Ilham sudah tiada di dunia ini lagi.

"Papa cuma minta kamu selalu ada dengan dia. Layan dia macam mana papa layan. Jangan sakitkan hati dia. Damia tu nampak sahaja gembira di luar tetapi di dalam tiada siapa tahu." tambah Dato Ishak lagi.

"Khai tak sangka yang kehilangan mama buatkan Hani jadi macam tu sekali. Maksud Khai, kan mama..."

"Papa faham. Damia tu nampak sahaja benci pada mama dia tapi dia selalu melawat Yasmin. Beri makanan masa Yasmin sakit. Danisha tu mana jaga sangat mama dia." ujar Dato Ishak. Geram juga dengan sikap Danisha yang hanya menumpang senang sahaja akan harta Datin Yasmin.

Bahu Khairul dipegang kejap. "Kalau satu hari nanti papa dah tak ada, Khai jagakan Damia untuk papa. Dia satu-satunya puteri yang papa ada. Tolong ya Khai."

Khairul menarik senyuman kecil.

DAMIA HANI Where stories live. Discover now