Kejadian satu malam di mana dia hampir terkorban menjadi mimpi ngeri baginya.Tiada lagi istilah takut setelah dirinya sering menjadi mangsa kepada si penghisap darah.
Nak tahu lebih lanjut sila baca sendiri. Jangan lupa vote dan comment sekali.
Abai...
Bunyi loceng yang bingit masih tidak dapat menyedarkan seorang gadis daripada lena tetapi mengganggu jiran sebelah rumahya.
"Woi! Bisingar! Tutuplahjamtu. Akunakberakpuntaksenang. Terbantuttaikakunakkeluar". Omel jiran sebelah rumahnya.
"YUNGSIINNN!! Bangun sekarang!! Kamu dah lewat nak pergi kolej!". jerit ommanya Min Yongsan yang sedang menyiapkan sarapan buat mereka berdua.
Ayah yungsin sudah lama meninggal dunia akibat dibunuh semasa yungsin masih berumur 6 tahun. Tetapi polis tidak menjumpai lagi suspek sehingga sekarang. Akhirnya polis memutuskan untuk menutup kes dan disambut baik oleh Puan Min.
"Hisshhh. Lagi aku tak menggila lagi tulah dia tak bangun. Memang nak kena ni". Puan Min melangkah menuju ke arah bilik anaknya sambil kepalanya ligat memikirkan cara untuk mengejutkan anaknya yang liat bangun tidur itu.
Tanpa mengetuk pintu mahupun memberi salam terlebih dahulu, Puan Min menerjah masuk ke dalam bilik anaknya yang tidak berkunci itu.
"YUNGSIINN!! BTS ADA BUAT COMEBACKLAH! CEPAT YUNGSIN CEPAT SEBELUM HABIS!" jerit Puan Min sambil memasangkan lagu Bts "ON".
"Huh BTS! Mana Bts?! Omma kenapa tak kejutkan yungsin omma..."rengek yungsin di depan ommanya.
"Banyaklah kamu punya BTS. Sekarang pergi mandi! Nanti lewat nak pergi kolej. Omma pun nak cepat ni. Harini omma ada banyak tempahan, jadi kena keluar awal pergi beli bahan". arah Puan Min lalu keluar dari bilik anaknya.
"Omo! Dah nak dekat pukul lapan ni!Habislah aku. Terpaksalah aku naik bas harini". dengan segera yungsin menyiapkan dirinya. Dia hanya mengenakan oversize hoodie dan skinnie jean. Rambutnya disikat rapi agar tidak serabai.
¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.
"Omma yungsin pergi dulu". yungsin terus memakai sneakersnya setelah mencium pipi ommanya.
"Makanlah dulu. Nanti sakit perut".
"Tapi yungsin dah lambat ni omma. Kang tak pepasal kena tinggal dengan bas".
"Nah ambik ni. Makan dalam bas nanti".
"Gomawo omma. Bye". Yungsin terus berlari menuju ke pondok bas yang tidak jauh dengan rumahnya. Sebenarnya yungsin tidak gemar naik bas kerana terpaksa berhimpit dengan orang ramai. Dia lebih gemar berjalan kaki sahaja.
"Fuh nasib baik sempat." yungsin memilih tempat duduk di belakang sekali kerana dia lebih suka tempat yang tersorok.
Sementara untuk sampai ke kolej, yungsin mengambil earphone dari begnya lalu memasang lagu bts. Lagu "Sweet Night" daripada V BTS menjadi pilihannya.
Sedang yungsin leka melayan perasaannya, dia tidak sedar ada sepasang mata yang memerhati gerak gerinya.
"How could i know~one day i wake up fee-". nyanyiannya terhenti tatkala seorang lelaki duduk di sebelahnya. Yungsin tidak dapat melihat muka lelaki itu dengan jelas kerana terlindung di sebalik mask dan cap yang dipakai olehnya. Yungsin mengabaikan lelaki tersebut lalu menyambung nyanyiannya yang terhenti tadi.