Bab 2

902 53 2
                                    

Aaron masih tersengih kerana bangga dengan ciptaan baru yang menjadi. Dia masih lagi memerhati muka Ace yang tak ada emosi tu.

"Kenapa dengan muka kau ni?" Aaron menyentuh pipi kanan Ace yang terbakar.

"Ahh.... Kesah ape aku. Nah, kau ambil benda ni dan cari lagi sorang orang yang kau rasa boleh kerjasama dengan kau." Aaron menghulur picagari berisi Necromancer pada Ace. Ace ambilnya dan mengangguk.

"Satu lagi. Apa nama kau ya?" Soal Aaron.

"Na....nama a....aku A.....Ace." Balas Ace secara gagap.

Ace masih boleh berbicara tapi tak berapa betul sangat sebab diri Ace yang sebenar tak sedarkan diri.

"Ace. Boleh tahan juga nama kau tu. Aku tukarlah. Aku panggil kau......Necro."

Ace hanya mengangguk. Jadi, mulai saat ini, kita panggil dia Necro.


Akhirnya, kita masuk juga pada watak utama iaitu Ali dan semua ejen muda.

Esok paginya, ianya cuti seminggu. Jadi pagi-pagi lagi semua ejen muda dipanggil ke akademi untuk menjalani latihan.

Semua ejen muda dah berkumpul di platform di bilik simulasi. Mata mereka tertumpu pada ruang simulasi di bawah.

Kelihatan tumbuh tembok-tembok tinggi yang membentuk sebuah maze. Maze yang amat bercelaru. Di bahagian tepi maze yang berdekatan dengan dinding, ada enam buah ruang kecil. Di tengah-tengah maze pula ada ruang luas. Tengah-tengah ruang itu ada menara tinggi yang diletakkan intel di atasnya. Ada banyak Droid yang berkawal menjaga menara tersebut. Ada juga Droid yang berkawal di kawasan maze.

"Baiklah. Latihan kali ni adalah latihan secara berpasangan." Ujar Ejen Leon.

"Kamu mestilah pilih pasangan masing-masing. Yang penting, kumpulan kamu berlainan teras." Kata Ejen Gheeta pula.

"Ha... Cepat-cepat. Pilih team masing-masing." Sampuk Bakar.

Semua ejen muda pun pilihlah team diorang. Ali dengan Alicia, Rudy dengan Iman, Roza dengan Mika, Jet dengan Chris, Zass dengan Bulat dan Moon pula dengan Khai.

"Pastikan kamu bekerjasama dengan ahli pasukan masing-masing. Gunakan kebolehan teras untuk meningkatkan peluang keberjayaan pasukan." Kata Ejen Leon.

"Kamu semua boleh bergerak sekarang ke ruang kecil ditepi dinding. Itu adalah ruang persediaan kamu." Arah Ejen Karya.


Masa dalam ruang persediaan, Alicia pelik tengok Ali. Ali nampak sangat lesu. Eyebag pun jelas kelihatan. Alicia boleh agak apa yang tak kena.

"Weh Ali. Kau ngantuk ke?" Soalnya.

Ali memandang Alicia dan mengangguk.

"Kau tidur pukul berapa semalam?" Soal Alicia lagi.

"Hehehe.... Semalam aku tidur pukul 4 pagi. Viktor ajak aku main game, tapi dia tidur awal. Aku sambung jelah sampai pukul 4." Balas Ali.

"Lagipun, aku tak tahu pulak ada latihan pagi ni." Sambungnya lagi.

Alicia menggeleng kepala sambil cekak pinggang. "Make sure kau jangan tak perform. Kalau kau buat hal, siap kau." Marah Alicia.

Ali hanya menguap dan menutup mulut.


"Baiklah. Semua pasukan bersedia. Latihan akan bermula dalam kiraan 5......4......3.......2.......1..... Mula!" Jerit Bakar.

Semua pasukan pun keluar dari ruang persediaan masing-masing.




Ace tiba dirumahnya. Bila dah sampai depan rumah, baru dia sedar semula. "Aduhh... Apa dah jadi sebenarnya ni. Aku..."

Kata-katanya terhenti bila tengok sekeliling. "Aik! Bila masa aku ada kat sini? Bukan ke aku baru nak jalan tadi?" Ace memegang kepalanya.

Lalu dia masuk ke rumah. Dan ya, dia masih tak sedar yang ada picagari dalam poket hoodienya.

Baru je nak baring atas katil, suara dalam kepala memanggil lagi. "Cari kawan kau sekarang." Terus Ace bangun dan keluar dari rumahnya mencari kawan untuk bekerjasama. Kali ni bukan Ace, tapi Necro.

Bersambung...

Necromancer (EA Fanfic)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon