Bab 1

1.8K 58 2
                                    

Dr Aaron, atau nama barunya Nueve. Kita panggil Aaron jelah. Dia sedang berada dalam makmalnya di sebuah lokasi rahsia. Ianya rahsia sebab takde orang pun yang akan pergi ke sana. Ianya terletak di salah satu bangunan terbengkalai berdekatan pelabuhan Cyberraya.

Dalam itu, Aaron sedang menghiris sedikit kulitnya sehingga mengalir darahnya. Ini bukan disebabkan depression, tetapi sebahagian dari projek barunya.

Projek ini berdasarkan dari ciptaan topi pengawal minda yang pernah dicipta. Cuma kali ni, ia dalam bentuk cecair.

Aaron mengambil satu tabung uji. Dimasukkan dua sudu air panas. Bukan buat Dalgona Coffee ye. Lepastu, dia masukkan dua titik cecair Hydrocephalus, beberapa serpihan kecil Azurrium dan setitik darah yang disiat dari kulitnya tadi.

Lepas siap campur semua bahan, dia pun goncang-goncangkan tabung uji supaya semua bahan bercampur.

"Hahahaha! Akhirnya, siap juga cecair pengawal minda ni." Jeritnya seorang diri.

Lepastu, dia terfikir. "Eh kejap. Nak bagi nama apa kat cecair ni eh?" Aaron memegang dagu.

Dia letak dulu tabung uji tu atas meja. " Nanti kalau ada idea, aku bagilah nama." Dengan pantas dia mencapai phone dan scroll socmed.

Sedang asyik scroll, dia ternampak satu trailer movie. Movie itu bertajuk Necromancer.

"Uih. Gempak tajuk movie ni." Aaron pun pandang cecair tadi. Dia pergi dan ambil cecair itu dan mengangkatnya.

"Aku tahu. Aku namakan cecair ni..... Necromancer!" Jeritnya. Nasib baik masa tu malam. Kawasan makmal a.k.a tempat tinggal dia jauh dari penempatan. Jadi, takde orang akan dengan tawa gila mamat rongak tu.

"Sekarang ni, aku cuma perlukan seseorang untuk uji benda ni. Pilihan secara random."


Esok petang, Ace baru keluar dari kedai sambil membawa Twisties. Dia buka dan makan. Dia lalu di sebuah lorong dicelah bangunan. Secara senyap ada orang mengekorinya.

Orang tersebut berjalan perlahan sambil mengeluarkan picagari. Di angkat picagari itu tinggi dan ditarget pada bahu Ace. Bila nak cucuk, Ace berjaya elak cucukan tersebut.

"Eh! Sape kau ni!? Ape yang kau nak cucuk dekat aku!?" Marah Ace.

"Kau tak perlu tahu apa benda ni. Yang penting kau akan jadi tester ciptaan aku ni." Aaron pun terus menerus cuba cucuk bahu Ace.

Ace mengelak semua serangan, tapi malang baginya bila akhirnya Aaron dapat jugak cucuk bahu kiri dia. Ace terus berasa lemah dan rebah ke tanah. Pandangan dia mula kabur.

"Tak.....tak guna.....kau." Katanya dalam nada lemah. Lepastu, Ace pun pengsan.

"Yes! Berjaya. Lepas Necromancer tu serap dalam badan dia sepenuhnya, dia akan datang sendiri dekat aku. Aaron pun mendekati Ace dan ambil Twisties dan pulang.

Malam itu, around pukul 11 nak ke 12, Ace bangun dari pengsannya yang lama. Dia bangun sambil memegang kepala. Terasa sedikit pening. Lepastu dia pegang bahu yang kena cucuk tadi.

"Sape pakcik tadi tu. Suka hati je nak cucuk orang." Ace pun bangun untuk pulang ke rumah. Semasa baru nak jalan, dia terdengar suara memanggilnya.

"Datang dekat aku." Kedengaran suara dalam kepala Ace. Terus muka Ace dari muka yang sembam, jadi muka tanpa ekspresi. Dia menukar arahnya dan menuju ke satu tempat rahsia di pelabuhan Cyberraya.

Aaron sedang duduk di kerusi berhadapan pintu makmal. Dia sedang menunggu ketibaan tetamu untuk pastikan yang ciptaannya berfungsi atau tak. Kalau tak datang tu maksudnya tak jadilah.

Lepas lama menunggu, pintu makmal terbuka. Kelihatan tubuh lelaki yang berdiri tegak. Muka tanpa sebarang ekspresi.

"Bagus! Nampaknya ciptaan aku menjadi sepenuhnya. Sini kau." Panggil Aaron. Ace pun datang dekat depannya.

Pasal Necromancer ni. Hydrocephalus tu sejenis cecair yang boleh serap dalam badan manusia, dan menyebabkan orang yang kena tu tak boleh fikir ape-ape. Darah yang diletak dalam ramuan tu bertujuan untuk menentukan tuan kepada mangsa. Sebab tu Aaron boleh cakap dekat Ace dalam jarak yang jauh. Ia juga bertujuan memukau mangsa. Azurrium pulak bagi cecair tu effect glowing.

Bersambung....

Necromancer (EA Fanfic)Where stories live. Discover now