001

245 41 0
                                    

Han Eunji menguap buat kali ke berapa dia tidak ingat ketika kelas Matematik sedang berlangsung. Ugh, Encik Ji ajar Matematik bosan lah. Eunji meletak kepalanya atas meja dengan malas dan kepalanya menghala ke arah rakannya, Lee Jeno yang sedang tekun mendengar dan memahami apa Encik Ji sedang ajar.

Apalah yang seronok sangat sampai Jeno suka belajar Matematik? Aku nak faham pun susah. Kemudian, Eunji menoleh kepalanya ke arah lain, memandang rakan semeja dia, Huang Renjun yang sedang melukis dalam buku lukisan dia. Aku boleh nampak dah impian Renjun akan tercapai tak lama lagi kalau dia teruskan melukis secantik ni.

" Cantik tak? " Soal Renjun dengan perlahan pada Eunji. Eunji angguk kerana dia tahu lukisan Renjun sentiasa cantik tidak kisah jika Renjun sendiri kata lukisan dia buruk. Asalkan dia lagi bagus dalam melukis dari Eunji.

Renjun teruskan melukis dan abaikan pelajaran yang disampaikan di depan kelas mereka. Eunji menghembuskan keluhan berat kerana dia terlalu bosan dan tidak tahu apa hendak dibuat.

Kemudian, Eunji pandang belakang tempat dia dimana Na Jaemin dan Lee Donghyuck duduk. Jaemin, sebagai pelajar harapan sekolah, semestinya sedang tekun belajar tapi berbanding dia dengan Jeno, dia lagi bagus dari Jeno dalam segi akademik tapi bukan dari segi sukan. Hyuck pula sedang bermain-main dengan pen dia. Eunji mengerut dahinya melihat kebodohan Hyuck yang terserlah itu. Hyuck terjatuhkan pen dia dan Eunji menjadi saksi akan kebodohan Hyuck itu.

" A-apa tengok-tengok.. " Ujar Hyuck yang sudah kemerahan kerana malu. Eunji cuma masih lagi mengerut dahi dia. Eunji pandang ke depan semula dan fikirannya masih lagi kebosanan.

" Aku lapar ais krim lah. " Ujar Jaemin tiba-tiba, membuat mereka bertiga; Eunji, Hyuck dan Renjun dengar. Eunji turut setuju dengan Jaemin. Cuaca yang hangat lagi panas itu membuat mereka lapar akan sesuatu yang sejuk. Walaupun kelas mereka mempunyai dua kipas, ia tidak bantu mereka menghilangkan kehangatan tersebut.

" Weh, aku ada idea. " Idea bernas tiba-tiba Renjun ada. Eunji dan Hyuck teruja untuk dengar idea bernas Renjun.

" Jom ponteng kelas. " Kata Renjun dan Jaemin serta-merta membantah idea tersebut. Jaemin tidak mahu reputasinya tercalar.

" Kau dengar aku habis cakap dulu boleh tak? Kita ponteng kelas dengan memalsukan kebakaran sekolah. " Kedua-dua Eunji dan Hyuck kelihatan berminat untuk melakukan kerja gila itu.

" Korang tak rasa ni kerja gila kah? Siapa yang akan pergi tekan alarm tu? " Soal Jaemin. Kepala Renjun dan Eunji terus pandang Hyuck dengan serentak. Mereka tahu kerja-kerja gila seperti ini selalunya dilakukan oleh Hyuck.

fire escape Where stories live. Discover now