"Kau tunggu di sini!"kata Shu Wu meninggalkannya.

"Mo Li Hua, kau balik ke sini!"jerit Li Yang Jian. Shu Wu Ji berlari mengikuti Sara. Sampai di depan rumah kelihatan ramai pekerja sedang cuba memadam api tetapi seperti tidak berjaya.

"Zumu!!!!!"panggil Sara.

"Hua er!!Jangan masuk!"jawab Zumu dari dalam.

"Shuang er,kita masuk sama-sama,"kata Wu Ji. Sara menggunakan pakaian mandinya yang basah untuk melindungi Wu Ji dan dirinya. Yuan Yuan tersenyum sendirian kerana tanpa perlu merancang Mo Li Hua akan mati malam ini bersama nenek kesayangannya.

Shu Wu Ji menendang pintu dan kiri kanan bilik itu sedang terbakar. Lao furen dan Zhang momo berpelukan di belakang katil. Kerana asap tebal Zumu dan Zhang momo terbatuk-batuk menelan asap.Shu Wu Ji dan Sara mengelak kayu2 kecil yang jatuh dari siling.

"Zumu, Zhang Momo,mari!"Sara memberikan pakaian basah itu kepada Shu Wu Ji. "Wu Ji, kau ambik Zumu, aku bawa Zhang momo,"arah Sara.

"Hao,"Shu Wu Ji menyelimuti Zumu dan memeluk orang tua itu dan membawanya keluar dari bilik itu. Api semakin marak.

"Zhang momo, Zhang momo tak apa-apa?"

"Li furen, selamatkan Zumu,tinggalkan momo di sini,"kata Zhang Momo terbatuk. Asap yang menebal menyesakkan nafas Sara.

"Hua er takkan keluar tanpa Zhang momo,"kata Sara membantu Zhang Momo berdiri.

"Ah...." Jerit Zhang momo. Sara memeriksa kaki Zhang momo dia melihat betis Zhang Momo terkena paku yang menembusinya. "Zhang momo tak boleh berjalan. Hua er pergi,"tolak Zhang momo. Sara berdegil dan mengendong Zhang momo di belakangnya. Entah kuasa apa yang membantu Sara, dia berupaya mengangkat Zhang Momo yang besar badannya.

"Nyang!!!"panggil Li lao ye. Dia menyambut lao furen dan membantunya duduk di atas kerusi. "Nyang....Zhen er ingatkan Zhen er tidak dapat berjumpa nyang lagi,"kata Li Laoye menangis di riba Laofuren. Da nyang zi juga menangis di sisi suaminya.

"Li daren, saya tinggalkan Li Laofuren sebentar,"kata Shu Wu Ji berlari ke arah rumah terbakar. Hatinya rawan memikirkan Shuang er atau Sara di situ. Sara membawa keluar Zhang momo betul-betul tepat masanya rumah besar itu ranap serta merta. Sara terduduk para pekerja mendapat Zhang momo yang tercedera dan Sara terduduk di situ.

"Shuang er!"panggil Shu Wu Ji melihat Sara menjadi lemah begitu.

"Panggil taiyi,"arah Sara terbatuk-batuk. Matanya kabur dan nafasnya tersekat dan dia pengsan di situ. Suasana yang kelam kabut itu membingungkan.

"Sara!!!"panggil Shu Wu Ji. Dia mencempung Sara jauh dari asap tebal itu ke tempat laofuren tadi.

"Hua er..."panggil Laofuren menangis. Shu Wu Ji meletakkan Sara ke bawah dan melihat pernafasannya. Sara tidak bernafas. Shu Wu Ji terus membuat pernafasan mulut ke mulut atau CPR.

"Apa yang kau ini?!"tolak Li Yang Jian.

"Dia tidak bernafas!"jerit Shu Wu Ji. Sesiapa saja yang menghalang dia menyelamatkan Sara malam ini dia bersumpah akan membunuhnya.

"Teruskan daren,"kata Zumu cemas. Shu Wu Ji tidak berlengah walau sesaatpun. Setiap tekanan setiap hembusan nafasnya dia berdoa kepada Allah untuk menyelamatkan Sara. Air mata yang menitis menyukarkan lagi fokusnya.Untuk kali ketiga dia menekan jantung Sara, Sara terbatuk-batuk dengan teruk. Shu Wu Ji mengesat peluh di dahinya. Dia menghela nafas panjang. Dan menyembunyikan airmatanya yang tumpah.Xiao Lian mengangkat tubuh Sara. Sara melihat wajah Shu Wu Ji dalam kesamaran malam.

"Terima kasih Wu Ji,"ucap Sara termengah-mengah dia masih memegang tangan Shu Wu Ji. Shu Wu Ji mengangguk-angguk. Yuan Yuan memandang Han Mei tidak puas hati Mo Li Hua masih hidup.

"Jian er bawa Hua er masuk ke kediaman utama,"arah Li Laoye. "Shu daren, terima kasih kerana menyelamatkan ibu saya, Zhang momo dan Hua er,"kata Li lao ye memberikan penghormatan. Shu Wu Ji hanya tersenyum dia berdiri perlahan-lahan. Li yang Jian cuba mencempung Mo Li Hua tapi Mo Li Hua menepis tangannya. Shu Wu Ji yang baru sahaja berdiri melihat Mo Li Hua menghulurkan tangannya kepada Shu Wu Ji. Shu Wu Ji menyambutnya dan membantunya berdiri. Semua yang ada di situ berpandangan. Shu Wu Ji memegang Sara kemas kerana takutkan dia jatuh kembali.

"Lao ye, Zumu, Danyangzi, Li Hua balik ke bilik dulu,"kata Sara perlahan. Dia berpaling dan bergerak perlahan dengan dibantu oleh Ah Chan dan Shu Wu Ji. Xiao Lian mengikuti mereka dari belakang. Hilang sahaja dari kelompok itu Sara jatuh pengsan sekali lagi.

"Li Furen!"panggil Xiao Lian cemas. Ah chan mahu mengangkat Sara tetapi dihalang oleh Shu Wu Ji.

"Ah Chan, pergi panggil taiyi segera. Aku takut dia sudah menyedut terlalu banyak asap,"perintah Shu Wu Ji. "Tunjukkan aku di mana rumah Li furen,"kata Shu Wu Ji kepada Xiao Lian.

"Chan jiangjun,"panggil Li Lao ye apabila melihat panglima itu bergegas. Mereka berjalan bersama-sama ke kediaman utama. "Hendak ke mana?"

"Li daren, Li furen pengsan dan saya mahu memanggil taiyi,"jawab Ah Chan.

"Pengsan?!kata Li laoye, Danyangzi dan Li yang Jian.

"Laoye, biar Jian er pergi. Lao ye dan danyangzi baliklah dulu. Nanti Jian er akan melaporkan,"kata Li Yang Jian sambil berlalu ke bilik Mo Li Hua.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now