Bab 1

554 18 4
                                    


Sedikit sedutan Alusmitai. Kak Yayah bagi khas untuk Dearies yang memudahkan kerja semua orang dengan #dudukdirumah 😘
____________________________________________________________

Dari jauh, Suria memerhatikan saja aksi Jihan mengatur langkah ke arahnya. Jalannya menunduk sahaja. Sedang mensusun strategi bagaimana nak berhadapan dengan Suria, mungkin.

"Cik kak ni... Haish! Geram betullah!" gerutu Suria. Kena rasuk ke apa, sehingga tiba-tiba sahaja memutuskan hubungan dengan Hazman. Telefon tidak. Tulis suratpun tidak. Menyepi, membisu seolah-olah antara mereka tidak pernah ada apa-apa. Persis orang asing yang tidak mengenali antara satu sama lain.

Yang membuatkan Suria berkali ganda geram dan kecewa, Jihan langsung tidak berkongsi apa-apa dengannya. Hek tidak, hok pun tidak. Beberapa minggu kebelakangan ini, Jihan sering mengelak darinya. Ada sahaja alasannya agar tidak perlu berdepan dengan Suria. Ada kelas, ada group discussion, tak ada mood nak pergi shopping, dan macam-macam lagi. Kerana Suria juga sibuk, tidaklah dia perasan sangat akan perubahan perilaku Jihan.

Sehinggalah Hazman menghubungi dia dua hari lepas, bertanyakan tentang Jihan. Bertalu-talu soalan yang Hazman lontarkan kepadanya, hampir kesemuanya dia tak mampu jawab. Khairi tidak membantu. Suria cuba juga mengorek maklumat, manalah tahu dia maklum tentang 'penyepian' Jihan.

"You should know better, right? I kat Chicago. How am I supposed to know what's going on with her?" Pic suaranya tiba-tiba naik oktafnya. Lain macam kedengaran di telinga Suria.

Bluek! Orang tanya saja, manalah tahukan... itupun nak cranky. Suria mengomel sendirian apabila teringat akan perbualannya dengan Khairi kelmarin. Dia tahu Khairi tengah sibuk dengan assignments yang berlambak. Pun begitu, ada terdetik dalam hatinya yang Khairi tahu tentang sesuatu tetapi dia cuba menyembunyikannya daripada pengetahuan Suria. Agaknyalah... naluri seorang perempuan tetapi mungkin juga dia silap. Sebelum Khairi naik angin (setakat ini belum pernah berlaku) lebih baik dia berhati-hati. Sarang tebuan jangan dijolok.

Derap boot Jihan semakin menghampiri, lantas mengejutkan Suria dari lamunannya. Dia kembali memandang tajam ke arah Jihan. "Aku ni kawan dia yang paling rapat. BFF til jannah, gitu," Suria mengomel. Tetapi mengapa dia tidak tahu tentang perkhabaran duka yang berlaku kepada dua sahabat syurga yang dia sayang terlampau amat ini. Jika tidak kerana Hazman yang maklumkan (selepas dua bulan), mungkin sampai ke sudah dia tidak tahu yang antara mereka berdua sudah 'over'! Kawan jenis apa aku ni? Eeeeee... sakitnya hati! Suria menepuk-nepuk dadanya berulangkali. Mungkin sebak ini mampu hilang. Mungkin....

"OK. I'm here. Mengapa nak jumpa saya di sini?" Jihan menyua satu bar coklat kepada Suria. Seperti terjongket sedikit hujung bibirnya, cuba membuang senyum. Suria menggeleng, menolak pemberian Jihan. Matanya menancap tajam, riak wajahnya serius. Jihan tidak membalas renungannya. Dia asyik menoleh ke arah pelajar-pelajar yang lalu lalang. Ada yang berjalan sendirian, ada yang berkumpulan. Sesekali kedengaran hilai tawa mereka, mungkin ada sesuatu yang menggeletek hati.

Ah! Siapalah tidak ceria melihat keindahan kampus ini. Musim luruh yang keemasan dan kemerahan menjadi halwa mata. Suhupun tidak begitu dingin, angin sepoi-sepoi bahasa sesekali menampar pipi.

"Mengapa tak bagitahu saya?"

"Bagitahu apa?" Jihan pura-pura tidak faham, sambil cuba berlagak tenang.

Suria menghela nafasnya dalam-dalam, cuba menahan kesabaran, lantas bekata, "Hazman...." Hanya sepatah kata yang terlahir.

Alusmitai (TO BE PUBLISHED)Where stories live. Discover now