Epilog

27 0 0
                                    

Angin yang bertiup kencang seiring dengan pertempuran sengit di antara dua sahabat seakan mahu menggoncang seluruh bandar itu .

" Amir ! Sudah lah , jangan kita bergaduh lagi ! Maafkan aku Mir . Maafkan aku ! " Air mata Nazri menitis sambil memujuk Amir supaya tenang .

" Kau pengkhianat ! Patutnya dah lama kau mati kat tangan aku ! " Suara garau daripada badan Amir bergema dan sungguh menakutkan . Mata Amir yang sudah menghitam dan dalam keadaan terapung , Amir sudah tidak dapat mengawal pergerakan si Putera Iffan .

" Iffan ! "

Suara yang cukup dikenali Putera Iffan dan Amir . Perlahan tubuh Amir semakin turun ke atas tanah dan wanita itu terus menghampiri Amir tanpa rasa takut .

" Maafkan aku . Aku yang bersalah dalam semua hal ni . Aku tak patut ikutkan nafsu cinta ni! " Tangisan Umaira membuatkan semua terdiam.

" Dunia kita dah tak sama Iffan ! Amir tiada kena mengena dengan kisah lampau kita . Lepaskan dia Iffan . Aku merayu !" Tangisan Umaira semakin laju jatuh ke tanah .

Tangan Amir menyentuh bahu Umaira setelah Iffan menjadi semakin tenang dan perasaan serba salah menerpa hati dua pria yang berkongsi jasad itu.

Dunia Kita Berbeza 🕯️Where stories live. Discover now