1-Meet

419 8 2
                                        

"Bismillahirahmanirahim..."

Fail kuning dibuka perlahan-lahan.

Ini ialah hari yang teramat penting dalam hidup pelajar lepasan SPM. Dan salah satunya ialah

Syifa Ayuni

"Alhamdulillah.... Tahniah Ayu." Ibu dan ayah berkata.

Tangan disapukan ke muka tanda syukur seorang hamba kepada ilahi.

"Terima kasih ibu, ayah. Ayu tak sangka ini rezeki Ayu. Kalau mama dengan baba ada mesti diorang banggakan...." Sayu kedengaran isi hati diluahkan.

Ayah dan ibu saling berpandangan.

"Ayu memang tak nak cari diorang ka? Kalau Ayu nak ayah boleh tolong. Diorang mesti tengah rindukan Ayu."

"Tak apa lah Ayah. Ayu redha. Ayu tak kisah pun. Lagipun kalau betul diorang rindukan Ayu mesti diorang dah lama cari Ayu kan..."

Ibu dan ayah Syifa hanya mampu menurut. Bukan mudah nak pujuk hati anak dara sorang ni.

Jujur dia juga rindukan mereka. Namun bagi dia ini semua ialah takdir.

Syifa Ayuni. Anak pungut yang diambil oleh Encik Zul di Rumah Sinar Bakti. Umur 18 tahun.

Nak kata tak ada mak bapak? Bukan sahaja ada malah siap boleh hidup senang-lenang lagi.

Dia? Dibuang macam barang rosak. Tunggu orang pungut ja.

Encik Zul dan Puan Hanani masih awal 50-an. Diorang ni dah lama kahwin tapi masih tak dikurniakan anak. So diorang ambil lah dia jadi anak angkat.

"Dah la tu. Meh balik. Nanti ibu masak sedap2 untuk Ayu ya."

Dan langkah pun diambil untuk pulang.

Tanpa disangka ada yang memerhati.

***

"Apa maksud kau ni?!"

"Isha akan pastikan kita habiskan masa yang indah dekat overseas nanti sayang...."

"Nonsense!"

Call end

"Tiber gila perempuan ni. Entah sapa lah dia tu. Silap nombor agaknya." Desis hati Fathan.

Tiba2 sesuatu menerjah akal fikirannya.

Overseas.......

Fathan mengusutkan rambutnya. Tanpa dia sedar ada insan yang sedang memanggil.

"Fathan...awak dekat mana tu. Mari turun sini kejap. Mama dengan baba ada hal nak bincang ni." Seloroh mama.

"Jap ma. Han tengah mandi ni." Balas Fathan kembali.

1....

2....

"Baik kamu turun sekarang Fathan. Ingat mama tak tahu helah kamu yang tak seberapa menjadi tu." Suara mama dinyaringkan.

Bukan niat untuk marah tapi hanya sekadar peringatan keras.

Sebab?

Inilah mama...

Sharifah Dayana Ainiyah. Suri rumah yang kuat membebel. Kalau boleh sampai matahari berganti planet zuhal pun dia still nak membebel. Mulut dia ni made of machine gun rasanya.

"Yer ma...." Fathan hanya akur.

Habis la dah kantoi da.....

DEVIL'S IRISWhere stories live. Discover now