"Malas?" tanya Laofuren untuk kepastian. Sara mengangguk.

"Sa.. Er Li Hua keletihanlah zumu. Rasa nyang dan tiye akan marah Li Hua tak?"

"jangan khuatir nanti zumu bagi alasan untuk Hua er," jawab Laofuren memegang tangan Hua er. "sekarang mari makan. Sejuk nanti tak sedap," kata Laofuren. Sara duduk di sisi laofuren dan menikmati makan malam dengan berselera.

"Zhangfu," panggil danyangzi ibu mertua Sara. Suaminya baru sahaja berbaring di katil. "Hua er tidak dapat mengadap kita pun apabila sampai," komplen Danyangzi.

"awak ni, Hua er baru sembuh dari kemalangan. Perjalanannya jauh. Nyang bagitahu tadi yang Hua er kepenatan," jawab Li Laoye. Jawapan itu mendiamkan isterinya.

Ada tiga kereta kuda menanti  di hadapan kediaman Li. Malam itu kesemua pembesar dan menteri dijemput untuk makan malam di istana.

" Tiye, Nyang, "tegur Li Yang Jian lengkap berpakaian formal.

"Jian er, Yuan Yuan, sangat berpadanan malam ini," puji ibunya.

"Terima kasih danyangzi," balas Yuan yuan tersenyum simpul.

"Lao ye, danyangzi, Li jiangjun, Yuan xiaojie, Lao furen menyampaikan pesan untuk bertolak dulu," tegur Zhang Momo.

"Kenapa?" tanya Li Laoye.

"Li furen katanya membuat persiapan akhir untuk persembahan malam ini," jawab Zhang momo. Yuan Yuan terketawa besar.

"Apa yang si gemuk tu boleh buat?" ejek Yuan Yuan. Semua yang ada di situ memandangnya. Li Yang Jian berdehem.

"Kalau macam tu kita pergi dulu," kata Yang Jian. "Pesan dengan zumu tak boleh lambat," kata Yang Jian kepada Zhang momo. Zhang momo dengan tergesa-gesa pergi dari situ. 

"Hua er , persembahan apa yang akan hua er buat sebentar nanti?" tanya Lao Furen apabila berjalan bersama-sama ke pintu gerbang. 

"Zumu, ianya satu persembahan. Persiapan dua hari tak banyak yang boleh dilakukan tapi Hua er dan Xiao Lian berjanji akan membuat yang terbaik," janji Sara sambil memeluk lengan wanita tua yang dikaguminya. Mereka tiba di perkarangan istana hinggap itu tepat waktunya. Kelihatan ramai yang sudah berada di situ dalam pelbagai warna.

"Li furen, Xiao Lian merasa sangat gugup," bisik Xiao Lian sebaik sahaja mereka melangkah ke balai rong seri. 

"Errlang, itu Li Furen," bisik Yuan Yuan dan menunjuk kepada Mo Li Hua aka Sara bersama Li Lao furen melangkah masuk. Li Yang Jian terkejut kerana dia langsung tidak tahu yang selepas kemalangan itu Mo Li Hua berpenampilan baru.  "Dengar kata, selepas kemalangan itu berlaku, taiyi hanya membenarkan dia memakan sayur dan ikan sahaja. Segala daging adalah dilarang," beritahu Yuan Yuan. Li Yang Jian melihat wajah cantik Yuan Yuan.

"Kenapa?"tanya Li Yang Jian.

"Mengikut khabar angin, ia adalah untuk Mo Li Hua mengembalikan ingatannya yang langsung hilang," bisik Yuan Yuan. Dia sendiri terkejut melihat Mo Li Hua yang tidak boleh diejek gemuk olehnya lagi.  Dan dia merasa tidak puas hati kerana rancangannya membunuh Mo Li Hua gagal sama sekali. 

Shu Wu Ji dan pembantunya juga hadir di situ. Dia tidak terlalu mengendahkan tetamu yang datang kerana hatinya tidak berada di situ. Hatinya masih berada bersama Sara. Kehilangan Sara mencipta lohong yang sangat besar dalam hatinya.

"Err lang pihak istana meminta setiap keluarga yang dikurniakan pangkat malam ini membuat satu persembahan untuk hwangshang." beritahu Yuan Yuan.  Li Yang Jian tahu tentang itu dan dia sangka Mo Li Hua akan menolak permintaan itu. "Yuan Yuan harap dia takkan memalukan keluarga kita," bisik Yuan Yuan lagi.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now