"Kau tanya Shu Wu Ji..mana aku tahu nama penuh dia,"jawab Xiao Lian bercantum keningnya. Sara ketawa. Dia mengesat setitis dua airmata di tepi kelopak matanya. Shu Wu Ji yang terasa seperti ada yang memerhati memandang ke arah Sara dan Xiao Lian. Dia melihat dua gadis muda tu sedang ketawa.

"Xiankong,"panggil isterinya mengejutkan Shu Wu Ji. "Mari,"ajak isterinya. Shu Wu Ji mengangguk dan membawa isterinya ke dalam klinik. Sara seusai ketawa melihat saja Shu Wu Ji memegang Shu Furen dengan kasih sayang. 'Popo. Thank you. Aku sudah mencapai tujuan aku ke mari,'kata hatinya.

"Ayuh ke kedai itu,"ajak Xiao Lian menarik tangan Sara.  Sara memandang kepada Shu Wu Ji walaupun hanya melihat belakangnya dan tersenyum.  Dia menghela nafasnya dan berlari mengikut Xiao Lian.  'I am happy, I am really happy,' bisik hatinya. Banyak juga dia memborong pakaian, keperluan diri dan juga barang-barang perhiasan. Tidak pernah Sara merasa begitu bebas membeli seperti ini. Begini hidup orang-orang kaya fikirnya. Mereka bergerak ke kediaman Li Yang Jian yang tak jauh dari bandar besar itu.  "Inilah kediaman keluarga Li," kata Xiao Lian sambil memimpin Sara keluar dari kereta kuda itu.  Sara melihat senibina rumah itu dan tersenyum.  Sebesar kediaman Laksamana Zheng He berwarna hijau gelap dan berselang-seli merah.

"Wow!" kata Sara, menarik nafasnya. Kelihatan 4 orang pengawal di hadapan pintu gerbang.

"Hua er!" panggil Lao Furen.  Wanita tua itu berjalan tergesa-gesa dan diiringi oleh Zhang momo dan orang-orang suruhannya, tanpa berlengah Sara berlari ke arahnya.

"Zumu, janganlah jalan laju-laju," tegur Sara menghentikan langkah Lao Furen.

"Hua er dah balik," balas Lao Furen.

"Zumu, zumu sihat?" tanya Sara.

"Zumu bahagia dapat berjumpa Hua er. Hao Haizi," kata Lao Furen memegang wajahnya. 

"Kenapa Zumu?" tanya Sara memegang tangan orang tua itu.

"Kenapa kurus sangat ni?" tanya Lao Furen memusingkan badan Sara ke kiri dan kanan.

"Wei shenme? Tak lawa ke?" balas Sara ketawa.

"Hua er sihat tak ni?"

"Zumuuuu, Hua er lebih sihat sekarang. lebih sihat dari sebelum kemalangan," jawab Sara tersenyum. "Zumu, Yuan meimei dan Han Mei meimei mana?" bisik Sara.

"Gundik Yuan ada bersama Jian er di kediamannya. dan Gundik Han Mei ada di luar pergi ke kuil. Kenapa?"

"Zumu, jom kita bercakap di bilik Hua er," ajak Sara sambil menarik Lao Furen. Selang beberapa langkah dia berhenti.

"Kenapa  Hua er berhenti?"tanya Lao Furen. 

"Mana bilik Hua er? Hua er tak ingat," jawab Sara.  Semua yang ada di situ ketawa. Lao Furen menggeleng-gelengkan kepalanya melihat gelagat Sara.  Ya, Mo Li Hua selepas kemalangan ini amat berlainan. Sudah pandai ketawa, sudah pandai bergurau dan sudah nampak lebih berkeyakinan. 

Di rumah Salina sedang kecoh dengan kehilangan Sara. Sudah lebih 24 jam Sara tidak pulang dari hikingnya.  Polis yang datang bertandang yang juga anak-anak buah abang sulung Sara bertali arus.

"Mamatok, mak. Puas dah kami mencari Sara tapi tak jumpa. Keretanya masih di Templar Park itu menunjukkan dia tidak keluar dari tempat itu dengan sendiri," kata abang sulung Sara, Sulaiman. Salina dan Salmah tidak memberikan apa-apa komen dan hanya mendiamkan diri. Melihat kelakuan aneh ibu dan neneknya Sulaiman merasa hairan. "Mak, mamatok dengar tak abang long cakap apa ni?" kata Sulaiman.  Dia yang masih berpakaian rasmi Ketua Polis melihat sahaja kedua wanita penting dalam keluarga ini.  'Mak dan mamatok ni traumatized ke? Tak berbunyi sikit pun, ni' fikirnya.

"Yang abang long cemas tak tentu pasal ni kenapa? Patutnya mamatok dan mak yang lebih ni tidak," tegur Salmah.  Sulaiman terpempan dengan kata-kata itu. 

"Betul cakap mamatok tu. Sara tu dah dewasa, umur pun dah dekat 30. Bodyguard lagi. What could possibly happen? Orang jahat pun takut tenungan dia ni kan pulak nak menculik," tambah Salina.

"Mak dan mamatok ni macamana ya boleh setenang ini. Abang long tu tentu saja bimbang. Angah pun risau ni. Takut Sara tu buat benda-benda tak sepatutnya. Dah lah semalam sepatutnya hari pernikahan dia," Angah abang kedua Sara, Syahmil berbicara.

"Sara tu anak mak juga. Perempuan sorang pulak tu. Takkanlah mak ni tak sayang. Sekarang ni, carilah dulu. Kita tunggu call Sara ke. Mak percaya Sara tak apa-apa," kata Salina melindungin keresahan.  "Sekarang ini, along kau teruskan siasatan. angah kau boleh balik sampai ada berita nanti kami akan inform."

"Mak!" panggil Syahmil dan Sulaiman serentak.

"Sudahlah. Isyak dah masuk tu. Mari kita berjemaah," ajak Salmah lalu bangun dari sofa. Selesai berjemaah, Sulaiman dan Syahmil meminta balik pulang ke rumah masing-masing dan tinggallah mereka berdua di rumah itu.

"Mama rasa macamana?" tanya Salina sambil mencedok nasi ke pinggan ibunya.

"Entah, tapi rasanya Sara sudah tentu akan merentas masa," jawab Salmah menghela nafas panjang. Salina memandang ibunya.

"What makes you so sure?"

"Ini," tunjuk Salmah cincin mutiara di tapak tangannya. "Dia bercahaya pada masa yang lama semalam. Dan ini adalah sebahagian dari rantai itu. Mak ambik satu buat cincin. Tak pakai pun tapi saja."

"Sal tak tau pun? Masa Sara merentas masa tu pun mak dah ada cincin ni?" tanya Salina. Salmah menggangguk.  

"Kuasa cincin ni tak ada apa cuma it glows if rantai itu merentas masa," jawab Salmah lagi.  "Mak lupa pasal cincin ni sebab kali terakhir mak nampak masa mak baru nikah dan nyang Sal memberikan cincin dan rantai ini bersama. Selepas itu entah bagaimana yang tinggal hanyalah rantai dan cincin itu hilang. Nak jadikan cerita seminggu selepas Sara bertunang dengan Wu Ji, Wu Ji jumpa cincin ni di celah belabas rumah di Melaka."

"Ada kaitan ke Wu Ji dengan cincin ni?"tanya Salina. Salmah mengangkat bahunya.

"Satu keistimewaan cincin ni ialah dia kenal siapa yang boleh merentas masa dan rasanya selepas Wu Ji menyentuhnya mungkin pasal cincin inilah, Wu Ji balik ke masanya," kata Salmah.  Salina tidak terkata-kata mendengarkan bicara ibunya itu. "Cuma yang menjadi kerisauan mak ialah, di mana tubuh Sara berada." Salina mengurut-urut dahinya.

"Apa kata kita ke Templar Park esok.  Mak rasa cincin ni boleh tolong mencari Sara tak?"

"Cincin ini adalah sebahagian rantai itu. Jika kita bawa cincin ini, if it glows we know Sara will be close," kata Salmah. 

"Will she be ok?"tanya Salina. Salmah hanya menggelengkan kepalanya.

"Kalau pergi sekarang pun sudah gelap ni. Kita pergi awal pagi esok dalam pukul 7," cadang Salmah.  Salina bersetuju dengan cadangan itu.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now