ventotto

3.4K 152 26
                                    

Entah entah Zach dipengaruhi ubat- ubatan larangan.Sikapnya semenjak pulang dari Italy dua minggu lepas sangat pelik.Dia lebih banyak diam memerhatiku berbicara atau tingkah.Apa perbuatanku yang tidak disukainya, tidak dilarang seperti biasa.

"Apa yang awak cakap?" Aku bertanya sekali lagi bila melihat bibirnya seperti bergerak.

Dia kembali fokus pada televisyen. "Aku tak pernah bersikap macam ni, sehingga kau datang dan kacau semuanya."

Kacau? Apa yang aku buat hingga kacau hidupnya?

"Maksud awak?"

Dia menggeleng perlahan, mencium dahiku sekilas sebelum kepalaku digosok.Langsung dia berlalu ke arah tangga menuju ruangan bilik kerjanya sebelum berpesan.

"Tidur awal.Jangan berjaga larut malam semata-mata nak tengok drama tak faedah ni."

Jika dia sudah masuk ke ruangan kerjanya, maksudnya Zach tidak mahu diganggu.Aku kembali fokus pada televisyen hingga mengeluh mengalah.

Aku muak!

Muak dengan kehidupanku sekarang ini.

Muak dengan sikap Zach yang semakin hambar.

Muak dengan rahsia yang disimpannya selama ini!

Satu anggapanku sekarang ini ialah Zach sudah mempunyai seseorang yang diingininya.Mungkin mereka sudah menjalin hubungan lebih baik dari kami.Tapi, Zach hanya bimbang cara untuk memaklumkan padaku.Tanpa melukakan perasaanku.

Aku menekap dadaku.Merasa benci pada diri sendiri yang semakin lemah dan bergantung harap pada Zach.

Aku bangun pantas menuju ke bilik kerjanya.Risau menganggu kenteramannya jika mengetuk pintu, aku memulas tombol terus sehingga terhenti bila seperti suara bisikan.

"Awak jangan risau Sara...saya dah settlekan semuanya.Kalau apa apa yang awak rasa tak kena terus call saya atau Eric."

Dia masih larit berbicara pada telefon.Dari belakang tubuhnya aku dapat mengagak Zach tubuhnya tegang.

"Sara..."

Lembut suaranya menyebut nama yang aku mulai terasa mual.

"Kalau diorang datang tanya apa apa pada awak, jangan beri apa apa reaksi.Atau awak jangan dekat langsung dengan mereka."

"Pasal Lana, jangan risau.Dia tak tahu apa apa."

Aku mengetap bibir berjalan perlahan ke arahnya.Lutut terasa lemah untuk menuju satu langkah sekalipun.

Apa hubungan Zach dengan Sara? Rahsia apa yang disimpan mereka?

"Jangan bagitahu apa apa pada Lana.Jangan babitkan dia dalam hal ni."

Seperti dapat melihat bayanganku dari sebalik kaca dinding, Zach mengalih terkejut melihat aku yang berdiri kaku di hadapan mejanya.Air mata yang bertakung tak diendah.

"Sa-saya tahu aw-awak banyak berahsia pada saya.." bibir bergetar menahan tangis.

"Tapi bukan de-dengan Sara..bukan dengan orang yang saya per-caya."

"Cara, dengar dulu..."

"Saya dah letih Zach.Dah lama saya bersabar, awak sekejap over protective, sekelip mata jugak berubah tegang! Saya tak tahu apa yang rasuk saya supaya terus bertahan dalam rumah ni!Semua orang dalam rumah ni penipu!"

"Termasuk awak sekali Sara!"

Aku bergegas keluar menuju ke bilik.Mengunci terus walaupun aku tahu Zach langsung tak menurut langkahku.

Memang betul dia dah tak perlukan aku! Aku marah macam ni pun dia langsung tak pujuk seperti dulu!

Walau apa pun hubungan dia dengan Sara, mungkin mereka boleh berterus terang lebih awal.Lebih awal, lebih bagus aku tinggalkan rumah ini tanpa sakit hati.Sebab perasaan aku pada Zach tak boleh diundur lagi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 08, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

RevengeWhere stories live. Discover now