otto

3.6K 173 3
                                    

                            ***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

***

Awal pagi lagi Zach dah mengejutkan aku.Badan terasa lemah..lebih tepat lagi malas.Selimut ditarik kuat dari badanku.Langsir diselak luas sehingga cahaya menyelinap.Hilang keselesaan! Aku mencelik sedikit mata memerhatinya yang sudah bercekak pinggang di kaki katil.

"Buon giorno, cara."

Again! With his sexy accent Italian.

Lenganku ditarik dari baring.Badan dilembikkan agar lebih berat, supaya dia mengalah menarikku.Tapi, sia-sia.Badanku ditarik seperti angin.Sangat mudah bagi badannya yang dua kali ganda berotot dariku.

"Kenapa awal sangat gerak?" Mata cuba dicelikkan.

"Cepat Lana.."

Mata terbuka sebelah.Dia sudah duduk di sebelahku tanpa dipelawa.Aku menggosok mata lebih kuat.Terasa berat kelopak mata walaupun semalam sebelum pukul 10 malam, badan dah nyenyak tidur.

Bunyi pekikan suara dari bawah mengejutkan aku.Zach bangun terlebih dahulu melangkah keluar sebelum memesan beberapa kali untuk aku bersiap.

Lagak mak orang!

Selesai mandi dan bersiap ala kadar, suara kuat televisyen dari bawah menyebabkan langkah dibuka lebih lebar.Zach tak pernah menonton televesyen dengan suara yang kuat begini.Tubuh budak lelaki yang berbaring di sofa diperhati lama.Seperti mengetahui keberadaan aku, laju dia bangun dan membetulkan duduk sambil tersenyum menggoda..

Flirty smile?

"Hi gorgeous!" Tangan kecilnya melambai mesra padaku.

"Um, hi," balasku lambat.Kaki hendak melangkah ke dapur kerana mengetahui keberadaan Zach di situ sebelum terasa tanganku ditarik.Aku tersentak memerhati budak lelaki tadi sudah menarikku duduk di sebelahnya.

Macam perisik caranya bergerak!

"Duduk dulu dengan saya..teman berborak sambil..um..tonton televisyen," lagak seperti orang dewasa.Dengan sebelah kaki yang diangkat ke atas lututnya.

"Umur berapa ni?" teragak-agak aku bertanya.

"Saya Dean, 11 and a killer girls," tangannya disua padaku sambil mengerjipkan sebelah matanya.Rasa geli hati semakin membuak.Risau dia terasa jika aku ketawa.

"I'm Lana, 21 and still single," tangannya disambut jua.Dia dah tersenyum manis mengangkat kening.Ketawa pecah juga akhirnya tetapi dia masih selamba menggoda.

"Still available huh?"

"Yeah, of course!" laju aku mengeya, mengikut rentaknya.Siapalah yang mengajar menggoda gadis seperti ni.Pasti dewasa nanti suka musnahkan hati semua gadis.

Seperti Zach..

"Uncle Zach tak bagitahu pulak yang gadis seperti bidadari wujud dalam rumah ni.Pandai betul dia sembunyi.." lagaknya seperti tidak berpuas hati pada Zach.Dengan kening yang berkerut menahan geram.Aku tergeak kecil dengan gelagat comelnya.

RevengeWhere stories live. Discover now