ventiquatrro

2.1K 133 1
                                    

"Taknak!"

"Lana.."

"Kan saya dah cakap yang saya taknak!" Aku mula menolak dada Zach yang mula mendekatiku.

"Okay fine, kita cari yang lain okay?" Kepalaku digosok lembut sebelum aku mula tersenyum.Tubuh berganjak laju memeluknya erat sebelum berlalu ke parking.

"Ini paling last, lepas ni jangan merungut lagi." Zach memberi peringat sebelum kami tiba di hadapan bangunan besar.Aku mula rasa tidak selesa melihat bangunan mewah seperti ini.Tetapi terpaksa berganjak keluar dari kereta juga melihat Zach yang sudah sedia membuka pintu keretaku.

Aku cuba mengawal wajah apabila pintu hotel dibuka.Biliknya terlalu besar dan mewah.Hanya kami berdua yang akan menginap di sini.Aku mula mengerling Zach yang sedia memerhati riakku.

"Please excuse us.." Staff hotel yang masih berdiri tegak di pintu mengangguk patuh sebelum beredar.

"Ini suka?"

Aku menggeleng perlahan.

"Again Lana?"

"Terlalu besar.Kita cuma dua orang aje menginap.Awak memang suka habiskan duit dekat teman wanita awak ke dulu-dulu?" Aku mula memprotes.Menolak tangannya yang masih merangkul pinggangku.

"Cara, apa kita tinggal sini semalam ni aje.Besok kita cari tempat yang kau suka?"

Aku mula sejuk hati mendengar pujukannya.Selepas malam pertama kami, hilang sikap buruk Zach.Diriku juga tidak dikawal ketat seperti dulu.Bodyguard yang berada penuh di sekeliling perumahannya juga semakin kurang.Sedikit sebanyak, aku terasa sedikit lega apabila dia mula mendengar permintaanku agar tidak terlalu mengawalku bila kami sudah berkahwin.

Aku memerhati wajah letih Zach.Terasa diri semakin memberontak kerana diriku yang cepat mengalah dan kasihan apabila mula melihat wajahnya yang sugul.

"Kalau awak nak jugak tinggal sini, awak tidur sorang-sorang.Saya cari tempat lain!" Aku beredar ke pintu meninggalnya seorang diri.

•••

"Kan saya dah cakap, kalau cari betul-betul akan jumpa punya." Aku tersenyum senang apabila menjumpai tempat yang tepat dengan citarasaku.Dari arah bilik kami, pemandangan pandai sudah tenang menjamu mata.

Aku berganjak ke katil melihat Zach yang sudah terbaring keletihan.Baju kemejanya sedikit basah akibat peluh.Aku menaiki katil memarik tangannya dari dahi.Butang kemeja mula dibuka sebelum ditanggal.Dia hanya diam dengan tingkahku.Setelah selesai melempar bajunya di lantai, tubuhnya dipeluk pantas.

"Aku tak sangka honeymoon kita akan letih macam ni..."

Aku mengangkat wajah melihat Zach yang mengumam tetapi mata masih tertutup rapat.

"Saya tak suka royal suite macam tu.Rasa membazir sangat.Kan bagus simpan duit pada benda yang lebih baik nanti.Walaupun duit awak banyak sekalipun, saya tetap tak suka." Aku mula mengusap rahangnya yang mula ditumbuhi bulu.

"Awak tak nak makan dulu?" Aku mula bertanya apabila tiada jawapan darinya.Zach hanya menggeleng tanpa suara.Terasa bersalah pula kerana menderanya.Aku berganjak menarik stokin dari kakinya.Bajunya di lantai tadi diambil lalu dicampak ke dalam raga.

Aku mula mendekati ke arah gagang telefon untuk memesan makanan sebelum berlalu ke katil semula untuk menemani Zach.

•••

"Zach...bangun..." Bibir didekatkan ke arah cuping telinganya.Zach mengalih wajah.Aku tersenyum melihat tangannya yang mengapai sebelah mencari tubuhku.

Matanya terbuka memerhatiku yang sedia bediri di tepinya.Aku menarik laju tanggannya supaya bangun dari katil.Dia menguap sambil terpaksa bangun mengikutiku ke arah ruang makan.

"Kita makan dulu...lepas tu keluar.." Aku menuang susu ke gelas kami.

"Lana.."

"Hmm..." Tangan sibuk mencapai pinggan di rak.Aku kembali duduk di sisinya.Menunghu Zach yang seperti hendak memberitahu sesuatu.

"Kenapa?"

"Tolong jangan berkira.."

"Maksud awak?"

"Jangan rasa bersalah nak guna duit aku.Lagipun ni percutian pertama kita..."

Sudu di tangan terlepas.Aku mengalih badan menghadapnya yang masih tenang makan.

"Awak rasa menyesal kahwin dengan saya?" Aku mula sakit hati.

Kali ini dia pula yang berhenti makan.Badannya turut mengalih menghadapku.

"Jangan cakap sesuka hati benda macam tu.Lagipun duit tak ada masalah dalam hal ni.Buat apa kita datang jauh jauh tapi tak menikmati percutian ni?"

"Awak sendiri tahu kan yang saya tak suka kalau perempuan tu asyik bergantung pada duit lelaki aje!" Aku mula menolak pinggan.Nikmat makan mula hilang!

Honeymoon tak bermakna!Kalau macam ni lebih baik kami hanya duduk di rumah.

"Lana..cuba jangan-"

"Dah, saya taknak bertengkar.Awal perkhawinan lagi kita dah bergaduh." Aku menepis rambut yang berjuntai di dahi.Wajah Zach enggan dilihat.

"Ini bukan bertengkar, aku cuma nak ingatkan kau.."

"Saya tak nak awak ingatkan saya macam tu." Mataku mula terasa pedih.Ini bukan bulan madu yang aku inginkan.Air mata yang ditahan jatuh jua.Aku mendengar Zach mengeluh sebelum tubuhku dirangkulnya.
Terasa usapan lembut di kepala sebelum dikucupnya.

"Kenapa cengeng sangat ni semenjak kahwin?" Aku terhenti menangis mendengar pertanyaannya.Tangan mengelap pantas mata sambil menolak tubuh Zach.

"Mana ada!"

"Ada.." Dia mula menyakatku.

"Kita baru kahwin seminggu!"

"Tapi dah kenal lama."

Aku bangun terus dari kerusi tetapi ditahan Zach.

"Tengok, baru cakap sikit dah mula terasa.Makan cepat."

Aku mengawal senyuman.Zach menarik kembali pingganku lalu diletakkan sudu ke tanganku.

"Lepas ni kita ke zoo nak?"

"Zoo?"

"Saya teringin sangat nak ke zoo!" Aku menahan geram apabila Zach seperti berfikir lama.Dia meraup wajahnya sehingga kening berkerut.

"Tengok tu! Pelik sangat ke kalau orang dewasa pergi zoo!"

"Tak pelik...tapi...kita pergi nanti bila dah ada baby."

Anak? Baru seminggu kahwin dah mula sebut anak?

"Saya pergi sendiri macam tu," Aku beredar langsung ke bilik untuk bersiap.Panggilan Zach tidak diendahkan.

Kalau tahu bulan madu aku begini dengannya! Lebih baik aku ajak Eric.Walaupun beku, tapi tak menyakitkan hati!

•••

My final exam only one month more!

Wish me luck so I can focus to finish this story as soon as possible!

RevengeWhere stories live. Discover now