- 8 -

3K 311 7
                                    

" K-kenapa? Bukankah makcik saya dah u-upah awak untuk b-bunuh saya? " soal Seorin membuatkan aku tersenyum sinis.

Aku dan dia berhenti di hadapan sebuah bilik.

Ini bilik untuk dia.

Aku membuka pintu bilik tersebut dan membawa Jaena masuk.

" Ini bilik kau. Mulai hari ini, kau tinggal dekat sini. Aku akan jaga kau. Pergi mandi dulu. Baju semua dalam almari tu jadi hak kau. Lepas mandi nanti turun ya. " kata aku sebelum beredar dari biliknya untuk turun ke dapur.

Wajah Seorin agak terkejut membuatkan aku tersenyum melihatnya.

Semestinya lah dia terkejut. Aku si pembunuh upahan, bagi layanan bak puteri raja padanya. Mana kan tidak dia terasa pelik.

--

" Pelik. " bisik aku sendiri.

Aku melihat sekeliling bilik. Semuanya cantik. Biliknya juga amat besar. Lebih besar berbanding bilik aku di rumah.

Rumah si pembunuh ini bukan biasa-biasa. Besar . Kaya ya jadi pembunuh upahan ni.

" Tapi, kenapa dia tiba - tiba jadi baik dengan aku? " aku berfikir sejenak.

Aku berjalan perlahan di sekitar bilik sebelum mencapai tuala yang telah tersedia di atas katil dan terus bergerak menuju ke bilik air.

--

Makanan semua telah siap terhidang. Simple je. Masakan orang bujang.

Derapan tapak kaki kedengaran sedang menuruni anak tangga. Wajah gadis kecil itu mula menjamah mata aku.

Mata kami saling bertentangan.

" Seorin, duduk sini. " aku memanggilnya. Dia kelihatan masih ketakutan . Dia hanya mampu menunduk dan berjalan ke arah meja makan dengan perlahan.

Dia mula melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan aku.

" Makanlah. " ajak aku. Dia mengangguk kecil lalu mula makan dengan teragak agak.

" Jangan risau, aku tak letak racun pun dalam makanan kau. " sambung aku lagi sambil tersenyum kecil.

Satu suap, dua suap. Masih perlahan. Masuk suapan ketiga, barulah Seorin makan dengan kelajuan normal.

" Em, awak? " panggilnya membuatkan suapan aku terhenti. Aku terus memandang ke dalan matanya sehingga dia tertunduk kembali.

" Er, tak ada apa. " katanya perlahan.

Aku cuma mampu tersenyum.

--

" Nak tanya ke tak? Kalau di tanya mesti tetiba dia nak bunuh aku. Haih. " aku bermonolog sendirian.

Aku memeluk tubuh di atas katil empuk yang tersedia buat aku. Fikiran aku bercelaru. Terlalu banyak persoalan yang berada di dalam kepala.

Apa motif lelaki ini sehingga dia melayan aku sebaik ini sedangkan dia seorang pembunuh? Dia nak bunuh aku diam - diam ke?

Aku terus saja baring menghadap siling bilik. Otak masih ligat mencari jawapan kepada setiap persoalan.

Kenapa? Kenapa dia layan aku sebaik ini?

--

tbc

[ ✔ ] ᴅᴇᴀʀ ᴍʀ.ᴋɪʟʟᴇʀ [ᴋɪᴍ ᴛᴀᴇʜʏᴜɴɢ]Where stories live. Discover now