BAB 5

448 5 0
                                    

SELEPAS beberapa lama berada di hospital, doktor telah membenarkan Puan Khaty pulang ke rumah. Syukur alhamdulilah, pembedahan telah berjalan dengan lancar.

Encik Nordin kini mampu mengoyak senyum lebar dan melepas nafas lega. Isterinya sudah hampir bebas kanser. Dia cuma perlu ke hospital untuk pemeriksaan susulan setiap tiga bulan sekali untuk memastikan tiada sel kanser yang kembali aktif.

Mereka semua menyambut kepulangan Puan Khaty dengan sedikit jamuan kecil-kecilan.

Kini, rumah yang dulunya suram kembali bertukar ceria dengan gelak dan ketawa. Derita yang pernah menyapa kini berganti bahagia.

Senyuman Dian memudar apabila bayangan ugutan Cek Farouk tiba-tiba menjengah kepala. Kerisauan mula menyerbu benak yang mula bertanda tanya.

Kebahagiaan ini sampai bila akan mampu bertahan?

Dia takut kemunculan lelaki itu pada bila-bila masa sahaja bakal meregut kebahagiaan mereka. Melihat cahaya keceriaan yang jelas terpancar di wajah Encik Nordin menyebabkan Dian tidak sampai hati untuk berterus terang kepada abahnya.

Biarlah aku sendiri selesaikan perkara ini diam-diam. Tak payah ganggu abah, getus hatinya.


SEDANG leka menyusun buku-buku lama yang berselerakan di atas lantai, seseorang muncul memberikan salam. Kedatangan lelaki itu disambut dengan senyuman lebar.

"Ya, Encik Reza. Silakan duduk."

Dian membawa agen hartanah bernama Reza itu ke sudut membaca di hujung kedainya. Mereka sama-sama melabuh punggung.

"Macam mana dengan perkembangan pembelian kedai saya? Puan Sarah okey ke?"

Dian teruja. Kedatangan agen itu diharapkan akan membawa berita gembira tentang penjualan kedainya.

"Sebab tu saya datang nak jumpa Cik Dian ni. Sebenarnya, ada berita buruk."

"Berita buruk?"

Berubah air muka Dian. Gusar.

"Tapi, Cik Dian jangan risau. Ada juga berita baik."

"Apa berita buruknya, Cek Reza?"

Berita baik itu tidak menarik perhatiannya. Dia lebih risaukan tentang berita buruk.

"Puan Sarah tak jadi nak beli kedai ni. Dia minta kita pulangkan wang deposit."

"Apa? Kenapa tiba-tiba? Hari tu bukan ke Puan Sarah dah confirm nak beli? Dah bayar deposit, kan?"

Dian sedikit terkejut.

"Ya. Memang betul, Cik Dian. Tapi, itu sebelum dia dapat tahu keluarga Cik Dian..."

Encik Reza berjeda. Wajahnya kelihatan serba salah.

"Kenapa dengan keluarga saya?"

"Betul ke keluarga Cik Dian ada berhutang dengan along? 30 ribu ringgit, kan?"

"Along?" Berita itu membuatkan Dian sendiri berasa terkejut.

"Kami tak ada hutang dengan mana-mana along," sangkalnya.

"Habis tu, mana Cik Dian ambil duit 30 ribu ringgit untuk kos pembedahan ibu Cik Dian baru-baru ni?" Encik Reza mempersoal.

30 ribu? Kos pembedahan? Farouk! Dian getap gigi.

"Memang betul saya ada buat pinjaman untuk kos pembedahan ibu saya, tapi..."

"Jadi, betullah," celah Encik Reza sebelum Dian menjelaskan dengan lebih lanjut.

LOVE YOU, MRS EXWhere stories live. Discover now