"Aku temankan kaulah kat sini.Takkanlah aku nak biarkan bff kesayangan aku ni kena denda sorang-sorang?Kalau kau kena denda,aku pun nak kena denda sekali.Susah senang kita bersama."

Tidak terharu langsung dengan jawapan yang diberikan oleh Jungkook,kepalanya pula aku libas dengan sikat.

"Heol!Kau tak payahlah nak susah senang kita bersama sangat.
Kaki kau tu baru terseliuh kelmarin sebab terjatuh masa tangkap arnab ada hati nak teman aku berdiri di luar kelas ni.
Nanti kaki kau makin sakit,aku juga yang susah.Dah pergi masuk kelas cepat!"arahku sambil menolak perlahan badan Jungkook.

Tetapi inilah Jungkook yang aku kenali.Degil dia Tuhan saja yang tahu.

Dia tetap statik di tempat dia berdiri.Tiada tanda-tanda dia mahu melangkah masuk ke dalam kelas.

"Tak nak!Alaa,bagilah aku teman kau berdiri kat luar kelas ni.Minggu lepas kau tolong aku cuci tandas sebab aku secara sengaja pancitkan tayar kereta cikgu disiplin.
Minggu ni biarlah aku pula yang teman kau berdiri di luar kelas.Lagipun..."ujar Jungkook sengaja meleretkan ayatnya.

"Lagipun?"

"Lagipun aku tak bolehlah nak tumpukan perhatian dalam kelas kalau kau tak ada di sebelah aku.Mood aku nak belajar terus hilang bila kau tak ada."sambung Jungkook lalu dia tersipu-sipu malu.

Muka malas nak layan aku pamerkan kepada Jungkook.Perangai dia memang begini.

Cakap benda pelik-pelik kat aku pastu malu-malu arnab.Tak faham aku.

Bercakap tentang perangai Jungkook,aku teringat kembali mimpi aku tadi.Mimpi di mana aku menanyakan sama ada dia membunuh adik Jin atau tidak.

Agak-agaknya kalau aku tanya Jungkook sekarang,apa reaksi dia?Adakah dia akan cekik aku seperti di dalam mimpi aku?

"Ehem!Jungkook?"

Tekak aku bersihkan sedikit untuk memulakan perbualan antara kami.

"Yes,babe?"

"Erm.Aku ada benda nak tanya ni.Tapi kau kena jawab dengan jujur tau soalan yang aku akan tanya ni."ujarku sambil memandang tepat ke matanya.

"Macam serious sungguh soalan kau ni.Apa yang kau nak tanya?Soal jujur atau tak tu,aku mana pernah tak jujur dengan kau.Kau je yang selalu tak jujur dengan aku."

Menyempat Jungkook kutuk aku ye.Tapi memang betul pun apa yang dia cakap.Dalam persahabatan kami,aku yang selalu tak jujur dan banyak menipu.

"Erm.Betul ke kau y-yang..."

Tergagap-gagap mulut aku mahu menuturkan soalan.Bukannya apa dibuatnya mimpi aku kena cekik dengan Jungkook tu jadi kenyataan macam mana? Siapa nak tolong aku?

"Aku yang apa?"

"K-kau y-yang?"

"Yang apa yang?"gesa Jungkook yang tidak sabar.

"Y-yang bu-bunuh?"

"Bunuh?"

"Hai peminat.Hai kawan peminat.Seokjin world wide handsome is here."

Sikit lagi aku nak menyatakan soalan aku secara penuh kepada Jungkook,percakapan aku dipotong oleh Jin yang sedang berjalan ke arah kami.

Apa dia buat kat sini?Tadi Jungkook datang teman aku kat luar kelas.Jangan kata Jin pun keluar kelas sebab nak teman aku kat luar ni.

KALAU BETULLAH CRUSH AKU DATANG TEMAN AKU YANG KENA DENDA KAT LUAR KELAS NI,AKU SANGGUP KENA DENDA HARI-HARI.

"Jin? Awak buat apa kat sini?"soalku yang sudah lupa tentang soalan yang mahu ditanyakan kepada Jungkook.

[C]Crush Minta Kaki | KSJWhere stories live. Discover now