"Minta, Yasmin" Aku mengambil balang cookies yang dipegang Yasmin.

"Apa Abang ni? Tarik-tarik!" Nada suara Yasmin naik lagi.

"Dah kenapa budak ni?" Vivy memegang dahi adik nya itu.

"Datang bulan kot" tambah Kak Nad.

"Rimas lah, Yasmin nak balik dulu!"

"Eii, nanti lah. Orang rumah belum balik lagi. Tak takut ke macam hari tu?" Vivy mengingatkan adik nya yang degil ni.

Yasmin duduk lagi sambil memainkan phone nya. Aku nampak Yasmin macam zaman dia budak dulu, kuat marah, tapi comel.

"Zafril buat apa kat Yasmin?" Tanya Kak Nad.

"Tak ada" Jawab ku.

###

Yasmin POV

Sedap je mulut kau, Abang Kimi. Tak ada konon. Hati aku tengah sakit ni.

"Abang Kimi ni pergi lah sana!" Aku menyuruh dia berhambus dari hadapan aku.

"Mana boleh Yasmin halau boss Yasmin sendiri"

"HAH?! Boss? Yasmin kerja dekat SZY?" Along Vivy dan Kak Nad dua-dua terkejut. Memang selama ini tak ada seorang pun yang tahu aku kerja dengan Abang Kimi. Dah nak 3 bulan kerja, malam ini kantoi.

Aku mengangguk.

"Asal tak pernah cakap?" Tanya Along Vivy.

"Nak tahu pun buat apa" Jawab ku.

"Saja"

"Kauorang settle lah masalah kauorang, bising lah" Sambung Along Vivy sambil mengajak Kak Nad untuk ke dapur.

Sekarang, aku dengan Abang Kimi je dekat sofa ruang tamu ni.

"Yasmin ni kenapa marah-marah? Kan dah lari Kak Nad dengan Vivy" Tanya Abang Kimi.

"Abang kenapa tak lari?" Tanya aku.

"Abang nak tengok TV, jom kita buka lawak je, boleh gelak" Abang Kimi menukar channel drama tadi dengan SEPAHTU. Bukan main dia gelak, aku masih sakit hati ini.

Aku tahu aku tak layak untuk sakit hati, tapi kenapa Rania?

"Yasmin, tengok lah dia jatuh tangga pun masih boleh gelak HAHAHA" ucap nya sambil gelak.

Aku tak menjawab tetapi masih melayan lawak yang aku tak tergelak sama sekali.

Tiba-tiba iklan, terus Abang Kimi diam dari ketawa.

"Yasmin percaya Abang bercinta dengan Rania?" Tanya nya tiba-tiba.

"Tak kan Abang nak tipu pasal perasaan Abang pulak"

"Hm... Yasmin, awak percaya ke dengan cinta pandang pertama?"

Aku menggeleng. "Yasmin hanya percaya dengan cinta pandang kedua, tak kan baru jumpa dah jatuh cinta" Jawab ku.

Abang Kimi sekarang tutup TV. "Patut lah dulu tak suka Abang" Aku baru tersedar akan jawaban aku tadi.

"...kalau macam tu, jom lah kita bercinta kali kedua?" Sambung nya.

Aku tak rebah nak bergerak dari duduk bersila apatah lagi nak menjawab.

"Rania?"

"Tak kan lah Abang suka dia, jom lah? Tapi yang lain tak boleh tahu, kita bercinta senyap-senyap" Ajak nya. Wajah aku terus bingung.

"Backstreet? Kita bukan tak dapat restu"

"Tahu. Abang risau kalau orang tua kita tahu, kita mesti kena suruh kahwin. Kita slow dulu, kita bercinta dulu. Yasmin kenal lah Abang dulu, Abang tak nak ulang silap lama. Tak nak paksa Yasmin terima Abang disaat Yasmin tak tahu apa-apa pasal Abang. Kita memang rapat, tapi tak untuk menjadi pasangan"

Speechless. "Couple? Mana boleh, syarikat Abang tak benarkan semua tu"

"Abang tahu, betul Yasmin cakap, merepek lah syarat tu. So Abang kena buang esok"

Aku tergelak nipis. "Senang eh? Berapa banyak dah pekerja yang Abang pecat sebab benda tu. Okay, kalau Abang nak jadi boyfriend Yasmin, Abang kena pekerjakan balik semua orang yang Abang dah pecat sebab syarat merepek tu. Esok orang tu kena ada tau, baru Yasmin terima Abang"

"Macam tu sekali?" Tanya nya menggelabah.

Aku memangguk. "Abang kena bertanggung jawab. Kalau tak boleh, sorry lah, kita tak boleh couple. Tak adil untuk yang lain"

"Okay, Ini Zafril lah. Abang boleh buat semua tu dalam satu malam"

Aku tersenyum sambil menaikkan kening.

CINTA KALI KEDUADonde viven las historias. Descúbrelo ahora