(❀◦‿◦)

1.4K 88 10
                                    

"Sekarang, untuk perlawanan penentuan kejuaraan di peringkat antarabangsa, dipersilakan peserta bernombor 5803 iaitu Gempa dan peserta bernombor 5678 iaitu Halilintar untuk masuk ke gelanggang. "

"Woooaaahhhhh!!! "

Kedengaran begitu ramai sekali para penyokong bersorak dengan riuh-rendah sekali sebagai tanda memberikan sokongan ke atas 2 orang peserta yang kini sedang berjalan masuk ke dalam gelanggang perlawanan.

2 orang remaja lelaki yang lengkap berpakaian uniform taekwondo dan dilengkapkan pula dengan tali pinggang yang menunjukkan taraf kedudukan mereka dalam rangking kelab yang tersohor di serata dunia itu. Blackbelt. Mereka berdua berjalan seiringan walaupun keduanya berada di sisi gelanggang yang bertentangan antara satu sama lain. Masing-masing menunjukkan wajah datar dan seolah-olah tidak memperdulikan sorakan yang riuh itu.

Seorang pengadil lelaki yang ditugaskan untuk menjaga gelanggang berjalan masuk ke dalam gelanggang dan memberikan tunduk hormat kepada 5 orang pengadil yang setiap seorang bertugas di setiap bucu gelanggang dan seorang lagi di tengah hadapan gelanggang.

Selepas itu, pengadil tersebut memberikan arahan kepada 2 orang peserta tadi untuk segera masuk ke dalam gelanggang. 2 peserta itu akur dan masuk ke dalam gelanggang yang menjadi tumpuan ramai orang.

Di situlah satu-satunya gelanggang yang bakal menentukan siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara Kejohanan Pertandingan Taekwondo Peringkat Antarabangsa yang ditempatkan di negara Malaysia.

Pengadil tadi memberikan arahan untuk mereka tunduk hormat di hadapan barisan pengadil lain dan saling menunduk di hadapan antara satu sama lain.

"Cha ryuht, kyung nae!"

"Taekwan! "

Kedua peserta terakhir itu menundukkan badan mereka 90 darjah dan berdiri tegak semula. Mata mereka saling bertatapan antara satu sama lain. Riak wajah mereka jelas memperlihatkan keseriusan yang ada di dalam jiwa mereka.

Pengadil tadi mengarahkan mereka untuk berpusing ke belakang supaya nombor yang dipakai di bahagian belakang mereka mudah dilihat oleh pengadil yang akan menandakan markah mereka.

"5678 merah! 5678 merah! 5803 biru! 5803 biru! Baiklah, pandang ke pihak lawan masing-masing. "

Sesuai dengan arahan pengadil, mereka bertatapan semula.

"Open your stand, choon bi! "

Mendengar arahan yang khusus dalam taekwondo, mereka pun mula membuka kekuda dan bersedia untuk berlawan. Masing-masing saling memberikan pandangan yang serius kepada pihak lawan. Semua orang termasuk mereka mula berdebar melihat suasana yang hangat dan tegang itu.

"Choon bi... Sei.. Jak! "

Maka, bermulalah perlawanan mereka berdua. Masing-masing mula bergerak untuk mencari titik serangan pihak lawan. Kedua belah tangan mereka berdua dengan sigap melindungi badan mereka terutama dada masing-masing bagi mengelakkan pihak lawan daripada datang dan menumbuk.

"Whoooooo!! Go Halilintar!!! "

"Gempa! Gempa! Gempaaaa!! Go Gempa!!!"

Suara sorakan semakin kuat bergema di dalam dewan yang luas dan tertutup itu. Pihak penyokong yang setia menyokong team masing-masing mula memberikan sorakan padu buat team mereka.

Halilintar, peserta bernombor 5678 yang memakai pelindung berwarna merah segera menghampiri Gempa, iaitu peserta bernombor 5803 yang memakai pelindung berwarna biru.

Dengan pantas Halilintar mula mengangkat kaki kirinya dan menendang badan kanan Gempa namun serangannya dapat ditepis oleh Gempa. Tidak membiarkan pihak lawannya mara, Gempa mula melangkah untuk mendekati Halilintar dan menghalakan tumbukan padu kepadanya.

Champion! [✅✔✅]Where stories live. Discover now