('°̥̥̥̥̥̥̥̥ω°̥̥̥̥̥̥̥̥`)

712 71 4
                                    

1 TAHUN KEMUDIAN

"Hali, Cikgu Kaizo panggil! "

Gopal, rakan sekelas Halilintar memanggil namanya sebagai menyampaikan arahan kepada Halilintar. Halilintar yang sedang sibuk mengulangkaji matapelajaran sejarah hanya mampu mendengus sebelum bangun dari tempat duduknya dan berjalan keluar dari kelas untuk menemui Cikgu Kaizo yang juga dikenali sebagai jurulatih yang melatih Halilintar dan pelajar yang lain dalam taekwondo.

Tok! Tok!

Halilintar mengetuk pintu bilik Cikgu Kaizo sebelum memulas tombol pintunya dan mengintai keberadaan cikgunya di dalam bilik. Dan dia menemui Cikgu Kaizo bersama dengan beberapa pelajar lain yang dia kenal adalah rakan satu kelab taekwondo yang sering mengikuti perlawanan taekwondo bersama-sama dengannya.

Halilintar membuka kasut sekolahnya lalu melangkah masuk ke dalam bilik dan menghampiri yang lain selepas menutup pintu bilik Cikgu Kaizo.

"Baiklah, memandangkan korang dah ada, kita mulakan dahulu perjumpaan kita pada hari ini. Semua ambil tempat. "

Sepertimana arahan Cikgu Kaizo, para pelajar di situ termasuk Halilintar mengambil tempat duduk mereka yang memang tersedia khas untuk para pelajar sekiranya ingin memulakan sesuatu perbincangan.

Tidak hairan jika disediakan tempat duduk. Ini kerana Cikgu Kaizo juga merupakan guru disiplin sekolah itu. Jadi sudah tersedia khas bilik untuk mana-mana cikgu yang mempunyai jawatan khas di sekolah elit itu.

Tidak mahu membuang masa, Cikgu Kaizo mula mengedarkan helaian borang kepada setiap murid di situ.

"Yang lebih ni cikgu nak korang edarkan kepada yang tiada. Baiklah, cikgu tak nak buang masa banyak dengan korang. Seperti yang kita ketahui macam sebelum ini juga, minggu depan perlawanan taekwondo akan diadakan. Dan cikgu harap korang yang sebelum ini pernah masuk akan masuk pertandingan ini sekali lagi. Cikgu faham mungkin ada sesetengah dari korang semua adalah pelajar SPM. Tetapi sijil perlawanan taekwondo cukup mahal dan ia juga dapat membantu korang semua untuk memohon mana-mana universiti nanti. Dan, kamu juga boleh gunakan sijil yang kamu perolehi sebagai bukti sekiranya kamu ingin mengajar mana-mana budak tentang seni mempertahankan diri. Faham, kan? "

Semua pelajar di situ mengangguk faham. Mereka sudah biasa mendengar perkongsian menarik tentang pertandingan taekwondo. Bukan sahaja pertandingan. Malah, kepada sesiapa yang menyertai latihan taekwondo dan sekiranya mereka berjaya mencapai tahap black belt (peringkat paling atas), mereka secara automatik lulus dalam lesen untuk mengajar ilmu taekwondo kepada pelajar lain tanpa perlu dipantau oleh jurulatih. Ini kerana, untuk memperoleh black belt, mereka perlu melalui peringkat putih, putih jalur kuning, kuning, kuning jalur hijau, hijau, hijau jalur biru, biru, biru jalur merah, merah, merah jalur hitam dan akhirnya hitam.

Jika mereka yang mempunyai black belt ingin meneruskan lagi latihan, mereka akan ada tahap juga. Iaitu hitam tahap pertama, tahap kedua, tahap ketiga, tahap keempat, tahap kelima dan akhirnya tahap keenam. Tetapi, ia berbeza mengikut warna peringkat tali pinggang.

Sekiranya mereka bukan lagi memperoleh black belt, dan mereka tekun serta aktif dan lakukan yang terbaik dalam ujian kenaikan tali pinggang, mereka akan diberi kelebihan 'lompat' tali pinggang. Yang mana, sebagai contoh sekiranya seseorang itu tali pinggang kuning dan dia melakukan yang terbaik dalam ujian kenaikan tali pinggang, jurulatih mempunyai kuasa untuk beri 'lompat' tali pinggang iaitu mereka tidak perlu memperoleh jalur hijau. Sebaliknya, mereka akan terus ke peringkat hijau.

Setiap peringkat mempunyai sebabnya masing-masing. Kerana di setiap peringkat tali pinggang mereka perlu mempelajari dan menguasai setiap apa yang mereka perlu pelajari mengikut peringkat tali pinggang mereka. Dan latihan mereka akan diulang berulang kali sehingga mereka betul-betul ingat dan sehinggalah mereka bersedia untuk mengambil ujian kenaikan tali pinggang.

Bunyinya macam sukar, tetapi sebenarnya ia cukup menyeronokkan. Terutama sekali untuk Halilintar. Dia sering 'lompat' tali pinggang kerana kehebatannya dalam menguasai seni mempertahankan diri itu. Jadi tidak hairanlah dia cepat memperoleh tali pinggang black belt berbanding yang lain walaupun mereka mendaftar pada tahun yang sama.

Sekarang mereka sedang fokus mendengar akan apa yang diberitahu oleh Cikgu Kaizo. Seperti yang diberitahu oleh Cikgu Kaizo, masa yang diambilnya juga tidak lama jadi lebih kurang dalam masa 20 minit perjumpaan mereka selesai. Semua murid mula beredar selepas mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Kaizo.

Kini hanya tinggal Halilintar dan Cikgu Kaizo. Sudah menjadi kebiasaan bagi murid dan guru itu berbual kecil selepas tamatnya perjumpaan. Tambahan pula Halilintar memang sengaja tidak mahu masuk dan belajar dalam kelas pada waktu itu. Waktu Sejarah. Bosan!

"Cikgu, ramai ke peserta untuk tahun ni? "

"Hmm... Nak kata ramai tu tak tahulah. Tapi mungkin sama macam tahun lepas punya. Kenapa? "

"Tak... Saya ada tertunggu lawan saya dari sekolah lain. Harap-harap tahun ni pun dia masuk. "

"Maksud kamu Gempa? Lawan kamu yang boleh tahan hebat tu? "

Halilintar mengangguk sambil mengetap bibirnya. Dia tidak sedar dia mengetap bibirnya itu kerana ia adalah tindakan spontan. Entah kenapa sebaik sahaja mendengar nama Gempa disebut membuatkan hatinya berdegup tidak keruan. Mungkin kerana tidak sabar untuk bertemu lawannya yang hebat itu?

"Saya juga tak pasti sama ada dia akan masuk ataupun tidak tahun ini. Ingat lagi tendangan kamu pada Gempa tahun lepas?"

Soalan Cikgu Kaizo membuatkan Halilintar seolah-olah tersedar akan sesuatu. Baru dia teringat, dia tidak sempat bertanya akan keadaan Gempa sewaktu mereka bertemu. Timbul perasaan risau kepada Gempa apabila mengingat kembali bagaimana keadaan Gempa. Adakah Gempa baik-baik saja? Adakah Gempa terluka? Bagaimana keadaan kepala dia? Ada darah? Ada kesan teruk tak?

"Uuhh... Cikgu ada dengar tak tentang khabar Gempa selepas perlawanan tu? S-saya risau... "

"Hm? Kenapa kamu nak risau? "

Seketika Cikgu Kaizo terdiam. Dia seolah-olah tertangkap sesuatu di sebalik ucapa Halilintar tadi.

"Tunggu... Kamu risaukan keadaan dia ke? Sebab kamu tendang dia? "

Halilintar tidak ragu-ragu dalam menganggukkan kepalanya. Jujur dia sangat risaukan Gempa sekarang. Dia berharap Cikgu Kaizo tahu serba sedikit akan keadaan lawannya itu.

Cikgu Kaizo terdiam seketika. Dia faham perasaan Halilintar. Pasti Halilintar rasa serba salah kerana telah menendang Gempa dengan begitu kuat. Jangan salah faham, sebenarnya Cikgu Kaizo sendiri pun perna merasai tendangan Halilintar sewaktu budak itu melakukan ujian kenaikan tali pinggang. Dan sakitnya sampai dia kena cuti 1 minggu. Itu pun dia terpaksa datang ke sekolah kerana banyak tugasan walaupun dia masih rasa sakit pada rahangnya.

"Hmm... Cikgu sendiri pun tak pasti. Sebab kalau cikgu ingat Gempa tidak ada cedera atau berdarah sama sekali. Mungkin dia oklah tu. "

Halilintar mengangguk faham. Selepas meminta diri untuk beredar, Halilintar terus berjalan menuju ke kelasnya. Sambil-sambil dalam perjalanannya itu dia melihat ke arah borang penyertaan di tangannya. Perasaan teruja mula timbul dalam diri Halilintar kerana tidak lama lagi dia bakal bertemu dengan Gempa semula. Dan pada pertemuan kali ini, dia mahu mengetahui segalanya tentang Gempa. Termasuk nombor telefon, sekolah dan tempat tinggalnya. Halilintar tekad.










Hoho~ debaran menanti~ 👀👀💕

Ok guys! Author harap kamu semua jaga kesihatan dan kebersihan, ya?

Satu mesej daripada Author pada semua, Author sayang semuaaa~ 😆😆💕

Champion! [✅✔✅]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora